Rabu, Ogos 24, 2011

Segmen : JOM JOIN GADIS BLOGGER


 

Nak join ? klik banner atas yerk. 
(lately aku suka sangat ngan segmen segmen)

Nah, ditag kepada

Kenapa perlu pegang pegang ?




Assalamualaikum..
Aku nak story ckit pasal hari aku shopping raya kat Pekan Rabu minggu lepas, hari Sabtu kot tak silap aku. Just beli baju raya ja la kan. Hehe. Dah biasa beli last minit cam ni. So, baju pon kurang la kelawaannya kan. .
My sis bajet RM100 seorang. Semuanya 6 orang, yang perempuan ja la. Yang lelaki, kena la beli sendiri. Bajet bajet la nak beli apa guna RM100 tu. Hehe.

Yang aku nak storynya bukan la pasal baju raya yang aku beli. Aku nak story pasal perangai bebudak sekolah zaman skang nih yang kurang kemaluan. Ish, kurang malu laa. Kan aku shopping kat Pekan Rabu, sah sah ramai orang, tua, muda, semua ada laa.. Dah la aku shopping hari sabtu, memang sesak la kat jalan raya tuu.
Nak dijadikan story. Aku ternampak perbuatan yang memang dilarang la dalam agama rasmi negara Malaysia ni, Agama Islam. Aku ternampak couple couple yang berpegangan tangan, pegang pegang tanpa segan silu beb. Kat tengah tengah pulak tu.
Aku bukan hapa, just tak sedap mata memandang la kan. Bebudak tu dalam umur 14-16 tahun kot. Bebudak sangat lagi tuu. Dah pandai nak touch n go. Bila jumpa mereka mereka, aku pon ‘Posa kot’, tak pun ‘Astaghfirullahal azim..’. Kuat jugak aku cakap tuu, sampai bebudak tu nengok  aku. :)

Ngeh ngeh. Kiranya aku tegur la jugak. Aku heran la jugak mikir bebudak ni. Member aku, sedara mara aku pon kapel jugak. Tapi tak la touching touching. Bole ja hidup sampai skang. Penting sangat ka nak pegang pegang tangan segala nih? Kan lagi baik pimpin tanga orang tua yang nak naik jejantas tuuu. Dapat jugak pahala berganda ganda. Kan? Kan??

p/s : pesanan untuk diriku jua. :| Insan lemah menaip. kalau salah tolong tujukkan yang betul.

Selasa, Ogos 23, 2011

keBLURan melanda

Assalamualaikum . . . . . .


Hari ni hari first aku membuka buku. Hehe. Aku try nak buat assignment math tu.
Siap landing atas katil. Dengan buku buku yang sepatutnya. Aku pon bawak keluaQ la kertas assignment math tu.
sesapa yang ada mind map polynomial , tolong la sumbang kat aku. :)
Macam selalu. Aku akan blur. Tak reti nak buat. Kenapa soalan ni lain dari apa yang aku belajar hah? Heran betol la aku. :|
Dah la buku rujukan matah tak bawak balik kg. Macam mana la aku nak siapkan assignment nih?? Adoi.. Terasa menyesal yang TERamat la pulak tak bawak balik buku rujukan. Huhu.
Apa buleh buat. Aku kena jugak la kerah otak sesapa untuk siapkan keja aku yang banyak tuu. Huhu.
Terasa rajin pulak mengupdate. Kehkehkeh.

Sabtu, Ogos 20, 2011

kecelaruan fizikal



assalamualaikum..

sesori kepada visitor. Aku tengah membaiki belog ku. So, kalau sekali buka kaler hijau, dua kali buka kaler putih. Hehe. sori yepp.

okeh
tengkiu atas kerjasama anda

stick here!

Khamis, Ogos 18, 2011

Demi masa depan. .



Uii uii. Tak lama lagi aku nak balik rumah! Wee. Tak sabaQ dah nii.

Haaa. Aku qasa la kan, lepas raya ni aku dah tak mau bawak laptop mai KMK dah! Aku nak tinggal kat rumah.

Sebab apa? Sebab, bila ada laptop, keja aku mengadap laptop jaa. Tambah pulak ada hotspot kat KMK. Aku nak bertaubattt. Kalau boleh, aku nak concentrate kat stadi aku jaa.

_ Harap ja la. Tapi mintak mintak menjadi la apa yang aku rancang nih _

Emm. Kalau tinggal laptop kat rumah. Bermakna aku dah tak boleh update la belog aku. It’s okeyy! Sekali sekala berkorban sama demi masa depan, walaupun ianya belum pasti. ngeh!

Dah la masa SPM dulu aku tak korbankan apa apa. Hah. Ni la masanya nak korbankan bebelog, movie, laptop, etc, etc . .

Dah. Cukup! Cakap banyak banyak, nanti tak buat apa yang aku nak buat pulak. Hehe.
:)

mood = cuti raya + citi mid sem

Alhamdulillah..



Jom. Aku dah nak balik rumah niii. Dah siap pack barang. Tinggal laptop ja tak simpan  lagi. Hihhihi.

Bahagia la wehh. Nak berbuka kat rumah. Nak sahur kat rumah. Walopon makan ikan kerin/telur goreng/ikan bilis goring or etc etc jaa, tapi tetap kat rumah lagi terbaekkk. Ngeh ngeh.

Aku nak listkan homework aku. So, bila aku on9 aku akan terbayang bayang homework aku nih. Haha

  • -         Report Fizik
  • -         Report Kimia
  • -         Tutorial Fizik
  • -         Tutorial Matematik
  • -         Assignment Matematik
  • -         Amali Sains Komputer
  • -         BI


Ngeh! Banyak kot. [Mesti tak sempat siap] Sudah! Aku akan cari time nak siapkan semuanya. Erkk.

Okeh. Aku balik rumah bermakna aku akan malas nak update entri. K..
Babaii~

Home sweet home!

Rabu, Ogos 17, 2011

BEN ASHAARI, PENDAPAT SAYA IALAH


 

Jom klik banner to tau apa kebenda.

SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER


 



Nama panggilan Blogger        :   El Aimz Rekrometeo
Tarikh mula ada blog               :   November 2010
Mula aktif                                     :   20 Januari 2011
Rakan blogger terkini               :   88 orang
Target tambah rakan               :   12 orang






Nah. Lagi segmen yang aku teringin nak join. Ngeh ngeh ngeh.
Jom sesame memenuhkan ruang yang ada. 
Sesapa nak join, just klik banner atas ni. :) 

Selasa, Ogos 16, 2011

makan dalam talam lagi .



Alhamdulillah..

Hari ni aku makan free lagi. Weee. Jimat duit wey. Apasal aku makan free? Hehe.
Akceli, kemarin ada kelas koko. Tapi cikgu suruh aku and classmate aku berkumpul kat masjid. So, kami pon pi la masjid. Rerupanya cikgu nak kami tolong siapkan bahan untuk buat bubur lambok dan lauk untuk berbuka puasa.

Aku, bebudak pompuan klas aku, ditugaskan untuk hiris daging yang mentah. Orang utara kata besiang daging. Hehe. So, kami pon besiang la.. Sampai habis. Berbau jugak la tangan kami yang wangi nih.

Sebagai upah, ustaz simpan kat kami bubur lambok. Woo. Best. Best. Ustaz pesan suruh kami berbuka kat masjid.

Hah. Sebab tuu la aku ajak member aku gi buka puasa kat masjid. Dah la free. Hehe.
Hari first berbuka kat masjid. Makan lauk gulai daging.  Makan dalam talam tauuu. 4 orang setalam. Hehe.Fuhh, daging yang aku besiang tadi tuu. Haha. Sedap O.oo.  Ditambah lagi dengan cucur cucur yang sedap. Memang tak sia sia la aku pi buka posa kat masjid. Selalunya, RM5++ aku belanja untuk berbuka. :)

bukan hidangan ini yer. hanya untuk tatapan umum.:)

Harini, berbuka lagi di masjid. Makan nasi berlaukkan ayam masak apa ntah. Yang aku tau makan jaa. Hee. Kali ni memang makan banyak laa. Sampai perut aku buncit gituuu. Mau tak banyak, ada member mai tambah nasik tuu. Hoho. Aku makan ja. Rezeki jangan ditolak!

Esok?  Rasa qasanya berbuka kat bilik ja kot. Sekali sekala berbuka kat bilik sendiri kan. :))  

Sabtu, Ogos 13, 2011

Pehal kau tengok tengok ?


Aku and member member tersayang~ berbuka puasa kat kafe lagi. Hoho.
Suasana kat kafe *bising sangat*

Aku heran betol la dengan bebudak nih. Tiap tiap hari bercakap. Tak letih ka? *Konpius seketika* Puasa ka tak bebudak nih? Haha.

Disebabkan bising. Aku tak dapat dengar Azan. So, aku pon menadah tangan, baca doa buka puasa + doa makan.

Ada la sorang budak tuu. Tengok aku baca doa. Aku agak marah

‘Apa tengok tengok? Tak penah tengok oQang baca doa ka?’

Aku takda la jerit kuat kuat. Just bising kat tepi telinga aku ja. Haha. Yang sebetulnya, budak tu heran tegok aku sebab aku baca doa. Padahal tak masuk lagi waktu berbuka. Huahahaha. Sori yer kak. Termarah.

Aku pon duduk diam diam. Dalam hati nak marah jer bebudak yang buat bising tuu. Tapi, sabo ja la. Bulan puasa ni tak baik marah marah kan. :)

Seminit dua menunggu. Akhirnya masuk jugak Maghrib. Yeahh. Aku and the gang baca doa. Hirup air. Ada lagi yang masih membuat bising. Haha. Member aku,

 ‘Woi, orang dah makan kenyang neh, hahaha'. 

Keadaan menjadi senyap. Aku *LEGA*.

Rupanya, bila masuk makanan barulah mulut mereka tidak membuat bising. Pelik kan? Tak pelik pon. Dah sifat manusia kot. Tak makan, bising. Makan, sunyi sepi. Kah kah kah.

ke hairan an . .



Aku heran laa. Apasal tiap kali aku nak study, nak buat homework, mesti aku cepat ja menguap. Macam tadi, aku nak buat assignment matematik yang banyak tuu. Punya la semangat giler nak buat.

Tapi, lepas aku belek belek soalan. MakAiii banyaknya soalan log (ln) dengan exponent (e). Ayoyo, gua tarak leti maa. Ok lagi. Aku pon cari la soalan yang senang sikit. Aku pon mula menulis, mengira. Tup! Adey, tak dapat jawapan. Hampir sepuluh minit aku buat soalan tu. walaupun ada bantuan buku rujukan, aku tetap tak boleh buat soalan tu.

Lastly, aku letak kepala atass bantal dan tido. Nah amekau. Puas hati kan.

Aku ni bukan la malas nak buat assignment or homework. Kekadang aku just tak reti nak buat ja. Tak paham soalan. So, aku pon tak buat la. Lagi satu, aku memang tak akan buat soalan tutorial matematik. Sebab apa? Sebab aku rasa soalan assignment dah banyak. So, tak sempat buat kot. :) –alasan-

MATEMATIK, KAU MENGUJI KESABARANKU.
FIZIK, KAU NI SUKA KAT AKU KER?
KIMIA, KAU MACAM ADA UDANG DISEBALIK MEE.
SAINS KOMPUTER, I LOVE YOU VERY MUCH LAH.

HIDE OR SHOW UR NAVBAR



Hiii.

Selamat pagi ~

Aku dah bangun dari pukul 4 pg lg ni. Sesambil bw. Follow menfollow kat segmen Z..
Banyak jugak blog yang takda navbar. Aku pon dulu tak da jugak navbar tu. Tapi skang ni dah ada la kan. Tu pon sebab ada insane yang prihatin menegur. Katanya susah nak follow.

Ok. Aku mengaku, memang susah pon nak follow.

So, aku menyarankan supaya bloggers buka blog sendiri dan tengok kat atas blog sendiri. Ada atopon tak navbar tu.

Kalo tak da. Meh aku tolong. Nah, aku kasi kat sini . Bukak la kalau rajin.

Hoho. :)


AKU MENUNGGU 18 hb OGOS 2011 . .
AKU NAK BALIK RUMAH ! ! !

Jumaat, Ogos 12, 2011

Hari yang memenatkan . Tapi , best .

Fuhh. Memang penat weyy. Hari ni outing dengan member member kesayangan ke Jitra. Dari KMK ke stesen bas Changlun, macam besa naik teksi yang tambangnya RM 2 ! Mahal tak mahal? Tetap naik teksi jugak. Sebab agak jauh nak berjalan. :)

Sesampai ja kat Jitra. Aku and the gang melilau lilau dulu kat pekan tu. Satu Pekan Jitra tu kami pusing kowt. Sampai longgaQ jugak la skru lutut aku nih. Satu, satu kedai kami masok. Ngee.

 Pastu baru la ambik port kat Aneka a.k.a Jitra Mall.
Aku tak da la shopping sakan sangat. Just beli baju selai, inner selai, tudung selai jugak, megi, air pepsi, and yang paling penting kontet lens. Haha. Member member ada jugak yang shopping raya. Sakan tuu. Beratus jugak habis. (nasib baek la elaun masuk sikit…) Tapi ok la kan. Tym tym camni memang tengah sale pon kan..
shopping~

Aku? Qasa qasanya hampir semua kedai speq mata aku masuk. Niat asalnya memang nak beli kontet lens pon. Tapi sesambil tu tengok jugak la speq. Tengah dok try speq RM99, tetiba member aku bagi satu speq. Cantik. Lawa. Dan aku pon try. Ermm.  ‘Aku nakkkkkkk!’ dalam hati ja la. Tapi dalam otak dok pikiaq jugak pasal duit duit. Lastly, aku mbek keputusan. Tak pa la, tak payah beli lagi. RM190 kot haga diaa.. Mencurah curah air mata dalam hatiku ini! :’(

Hah. Ada lagi. Aku TERnampak MA yang aku penah story tym aku gi klinik tu kat sini dan kat sini. Memula, aku just tengok beliau dengan femli beliau tengah shopping raya. ‘Eh, cam kenai’. Lepas jalan selangkah dua, ‘Ha, MA tuu’. Ish, aku tym tu macam hepi tak hepi. haha. Tetapi, lepas aku pikiaq balik, beliau dengan anak and isteri beliau laa. Aduss. Hancus hatiku. Ngeh ngeh ngeh.

dakwah

Dengan rasminya aku telah deactivate akaun FB ku. Haha. Why aku deactivate?
Mungkin , aku dah tak best nak on FB.
Mungkin , aku hypertension malam ni.
Mungkin . . . aku dah tak da sebab . :]
Wat eba la kan. Yang penting, aku tak perlu lagi buang masa berFB. Bila pk pk dua tiga kali, ada apa dengan FB sampai orang buleh addict sangat dengan FB tu.
Serasa aku, tak da la menarik sangat. Just nak lempar perasaan , etc , etc . . .
Tapi, ada jugak yang menggunakan FB untuk kebaikan. Berdakwah , etc , etc . . . Yang tu ok la jugak kan.

Sebut pasal dakwah! Aku teringat something.

Minggu lepas lepas, time kelas Pendidikan Islam, aku and bebudak kelas aku diperdengarkan dengan satu ceramah agama daripada seorang India yang telah memeluk agama Islam. Tak silap aku la kan, beliau dah Islam lebih kurang 25 tahun gitu.

Dalam ceramah tu, beliau story mory pasal hidup beliau, macam mana dia boleh memeluk Islam.

Dulu, beliau orang kuat agama Hindu. Sampai jadi setiausaha ka apa ntah, kat kuil mana ntah. Tapi kuil tu macam, femes gitu. Dalam dok membaca kitab Hindu tu (nama pa ntah kitab tu), dia terbaca ayat lebih kurang :

‘ Tuhan itu Esa. Tuhan hanya satu. Tiada siapa yang boleh melihatKU. Aku tidak boleh dicipta dengan tangan tangan manusia’ .

Hah, aku dah tak ingat da. Tapi, memang lebih kurang laa ~.
So, lepas baca ayat tu, beliau terfikir.

Tuhan hanya satu?  <”aikk,kenapa tuhan aku ada banyak?”>
Tak da sapa yang boleh lihat tuhan?  <”apa yang aku lihat sekarang nih?”>
Tak boleh dicipta dengan tangan tangan manusia?  <”bukankah patung patung nih dibina dengan tangan manusia?”>

Kat situ lah, si penceramah tu keliru dengan agama yang beliau anuti. So, beliau pon mencari cari agama yang sebenar. Lama jugak la dia nak cari. At last, jumpa Islam. Aku pon tak tau sangat macam mana beliau sampai boleh jumpa Islam. Sebab Ustazah aku kata, time’s up!  Hehe.

Best woo dengar story ustaz tu.

Aku bersyukur dilahirkan dengan nikmat Islam dan Iman. Kalo tak, tak tau la macam mana hidup aku skang ni kan. Huhu.

Ustaz tu pesan, ‘sebarkanlah dakwah walaupun hanya menyebut syahadah!’.

Khamis, Ogos 11, 2011

Ngeh! Puas!



Ngeh! Puas!

Aku puas buleh sahur ari ni. Aku makan
Nasik + kicap + ikan kembong bakar + milo panas .

Walaupun makan sorang sorang ditemani rumate yang tengah tido, aku tetap merasai kenikmatan bersahur. Alhamdulillah . .

Aku pon tak sure bole jumpa ramadhan lagi ka tak lepas ni. Tapi , aku tetap sia siakan peluang yang ada skang ni. Peluang untuk dapatkan pahala berlipat ganda.

Sungguh tak sedar diri la aku ni. Dush! Dush! Penampo untuk diri sendiri. 

Selasa, Ogos 09, 2011

Segment Nak Kumpul Link

 


Nah. Satu lagi segmen yang aku nak join. :)
Sesapa nak join, just klik gambo atas.
Jom join reramai.

tarikh tutup 11August11 :: 9am

Isnin, Ogos 08, 2011

R A M B U T



Sehelai rambut wanita yang di lihat oleh lelaki bukan muhrim dengan sengaja.
Balasannya :
70,000 tahun dalam neraka,
sehari akhirat = 1000 tahun di dunia,
seorang wanita yang masuk neraka akan menarik 2 orang lelaki,

1 - ayah kandung

2 - adik beradik lelaki

3 – suami

4 - anak lelaki kandung

SANGAT DAHSYAT HUKUMAN ALLAH MENGENAI TUNTUTAN MENUTUP AURAT.

P/s: buat kaum wanita (termasuk aku!), bantulah suami/ayah/abang mu dari azab neraka ALLAH yang amat dahsyat. NAU'ZUBILLAH MIN ZALIKH
:)

typo ur name