Rabu, April 18, 2018

Sedih


Assalamualaikum

Hi. I'm writing here sebab aku tak tau nak cakap kat sapa.

Dulu aku langsung tak penah menitik ayaq mata kalau tengok cita sedih. Kering betui hati aku. Tapi lepas abah meninggal, aku jadi cepat touching. Tengok movie sedih sikit, aku boleh menangis. Yang berkaitan dengan kematian la mostly.

Hilang orang yang sayangkan kita, yang sanggup buat apa saja untuk bahagiakan kita..

I dont even know what words I should use.

Rasa tu sakit sangat.

Khamis, November 16, 2017

C.A.N.T.I.K

Assalamualaikum.


Cantik. Lawa. Comel. Segak. Hensem. 

Semua hat aku tulih kat atas tu memang subjektif. Mata orang ni lain lain, hati pon lain lain. Kita punya keinginan pon tak sama. 

Yang aku nak katakan kat sini.. 

Orang yang lawa ni sememangnya beruntung sangat. Nak cari keja pon senang, sedap mata memandang katanya. Hang bodo pon tak pa, ramai yang nak ajaq hang jadi pandai. Hang nak mintak cuti pon bos laju ja approve. Hang tak sihat, ramai yang nak ubatkan. Hahaha 😂

Tapi cantik yang orang suka la.. Yang tak belagak tak kena tempat. Tak perasan cantik tak tentu hala. Bukan jenis suka bergosip, mengata belakang, pemalas, etc etc.

So, kepada yang cantik, lawa, comel, hensem, segak. Gunakan muka anda sebaiknya. Kepada yang tak lawa, lek ja kita. Huahahahahahaha 

Khamis, Mei 18, 2017

Abah dah tak dak



22/12/1952 - 9/5/2017



Tanggal 9 Mei 2017, 240am abah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Abah yang sangat disayangi semua. Allahu. Pedih rasa bila dapat tau abah dah tak ada.

Aku keluaq rumah 8/5/2017, 740pm. Pi kerja kat penang sebab aku keja shift malam. Dapat call 240am tu, abah dah takdak. Allah.. Aku keluaq tu, abah sihat walafiat. 😢 I dont know how to describe the feeling. Hari tu last aku salam abah, cium tangan, pipi, dahi abah yang masih hangat. Tak sampai sepuluh jam, aku hanya cium abah yang sudah sejuk. Ya Rabbi..

Moga Allah tempatkan abah dikalangan orang orang beriman. Tenanglah abah disana. Rehatlah dengan penuh keindahan abah. Kami sayang abah sangat sangat. Tak terbalas jasa abah membesarkan kami. Terima kasih abah.. Moga kami yang masih disini berusaha jadi soleh solehah. Allahuu.

Khamis, Mei 26, 2016

Marriage




Assalamualaikum.

Pertama kali aku menaip pasai marriage. Sebabnya disini aku nak bagi sikit pendapat aku pasai perkahwinan. Aku terbaca pasai arrange marriage VS love marriage. And surprisingly ramai yang macam excited dengan arrange marriage.

Why.

Aku rasa faktor drama dan movie yang selalu dok bubuh cerita pasai arrange marriage. Nampak seronok kan. Acah acah bercinta lepas nikah. Lepas nikah baru nak kenai nama, mengaji mana, etc etc. Kat TV memang nampak sweet. Realitinya sapa yang tau.

Aku tak la anti arrange marriage. Cumanya, bagi aku, sama ada arrange atau atas pilihan sendiri, kena ada rasa cinta to the other-half-will-be. Both side should feel the same lah, kalau sorang ja buat apa. Lagi, bagi aku kena tau pasai the other-half-will-be tu. Dengan sapa dia kawan, apa dia buat, apa dia suka, apa benda dia tak suka. 

Aku tak menafikan, cinta lepas nikah tu lebih barokah. Tapi kena ingat jugak, kita ni kena usaha untuk mengelakkan any worst situation. Bukan senang rasa sayang tu nak ada kan. Tak semua orang, lepas nikah ja muncui rasa suka, teruih nak berubah jadi baik. Aku ni bukannya suggest pi bercinta sakan. Pi bercuti berdua bagai pulak semata nak kenai hati budi. Be in the middle. Kenai la dulu, masa bertunang boleh berkenalan kan? Kalau rasa dia bukan the one, Allah akan tunjuk tanda tanda yang dia bukan yang terbaik. Andai kata semua dah jadi, itu ujian namanya. Okay.


Opps, mintak ampun. Budak tak penah couple, tak menikah lagi bagi pendapat pasai marriage.

typo ur name