Jumaat, November 30, 2012

Senyuman




Assalamualaikum Orang kampung!!


Rindu sama Kampung Banggul Wan Awang! Iskk. Tidak menjadi kebiasaan aku untuk berada di hostel sewaktu hujung minggu. Owh.. Sangat sedih perasaan aku sekarang nih. Huwaaa.. Tetiba jadi skema semacam. 



Story sebenarnya pasal post aku yang sebelum nih. Nak sambung cerita, sebab. Semalam tak nyempat nak taip disebabkan kebizian yang tak melampau hingga membuatku rasa gelisah tak tentu arah untuk menyiapkan assignment BI.


Yesterday. After kelas BI (LMT 100). Aku dan coursemate aku berjalan jalan di sekitar Dewan Budaya, USM. Suddenly, aku hampir hampir (hiperbola disini) terlanggar seseorang yang berbaju kemeja kelabu berbelang belang. Lantas aku dongakkan kepala. Jeng jeng jeng. Maka dengan ini aku pon melihat tanpa ragu untuk melemparkan senyuman dalam hati. Hanya sesaat itu, aku rasa gila sementara. Member member aku pasti tahu dengan siapa aku terserempak! Kuikuikui. Hormon tetiba jadi tak betul.

Jejalan di tapak WUS sampai habis gerai kami jelajah. Kami mengambil keputusan untuk menjamu selera kat Restoran Subaidah. Wah, jodoh hari tu berpihak pada aku. Sekali lagi mamat itu ku temui. Pastinya dia pon sama melangkah ke Subaidah. HAHAHA. Aku senyum meleret leret kot. Sampai dekat tempat mengambil lauk. Fuhh. Hampir hampir aku pengsan sebab tanpa diduga dia ada kat belakang aku dan aku terkejut. (hiperbola). Well, member aku pon mengajak aku pi tempah tempat duduk. Takut aku gila kat situ.

Tak habis habis nak lalu depan aku kan? Haishh. Sumpah aku tak buleh nak tengok mamat tuh. Otak aku macam sewel seketika. HAHA. Know what.. Dia duduk belakang aku kot. Kami makan sekali (pembohongan semata). Dan sekali lagi. Kami keluar bersama sama dari restoren Subaidah USM mengikut pintu yang berlainan. Muahahaha. Aku puas hati leh tengok dia dari jarak yang dekat.. Cuma aku takut bila dia macam kenai aku. Mintak mintak la dia tak kenai! Aminn.. Hahaha.



Kesimpulannya disini. Aku sebenaqnya dah tak minat kat dia. Cuma aku tak leh blah bila tengok dia. Otometik mulut aku tak leh coverr nak senyum dan tangan aku mesti nak taip something kat henfon pastu send kat member. Dah jadi kebiasaan. So, member member pistachioo. Harap faham bahawa aku tak minat sangat dah kat dia. Sesaja ja hormon aku nak galak sket ngan hampa. MUAHAHAHAHA.


Sekian, Wassalaam.

Khamis, November 29, 2012

HARI ini



Assalamualaikum.



15 Muharram. 


Yaa. Hari ni adalah hari lahir aku dalam tahun hijrah. Aku dah pon 21 tahun mengikut kelendar hijrah.


Dan.


Ada story hari nih. hahaha.


Rabu, November 28, 2012

Lirik Lagu Kosong - Najwa Latif



Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong .. kosong 

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong


Credit to : http://anizyn.blogspot.com/2011/09/najwa-latif-kosong-lirik.html#ixzz2DWTcNKbn

Selasa, November 27, 2012

Lelaki




Assalamualaikum..



Baru aku tahu. Rupanya lelaki pun ada perasaan.



Tambahan. Aku tak tau kenapa aku baru sedar hari nih. Gila la aku nih.

Woops. Lupa nak gelak penuh kekejaman. HAHAHAHAH :'(





BAHAGIA BERSAMANYA





Ari Lasso - Arti Cinta

One more time. Nak hupdate ja, muncul lagu nih. Tensyen sekejap. Actually, aku agak gumbira hari nih. Sebab aku.. Aku pon tak tau kenapa. Mungkin Allah letakkan rasa itu kat aku. InsyaAllah, akan aku cuba pertahankan rasa itu. Rasa bahagia bila bersamaNya, mengadu padaNya, merayu padaNya, meminta padaNya.. Hanya kepadaNya. Aku ingin rasa ini berkekalan. 

Baru sekarang aku sedar. Hanya dengan rahmatNya aku dapat kenal mereka mereka juga dia. Dan aku sedar, untuk melupakan itu perlu usaha yang kuat beserta doa yang tak putus. Aku cuba mengambil iktibar dari itu. InsyaAllah. :))



Isnin, November 26, 2012

Hikayat Putera Comel




Assalamualaikum.



Hikayat putera comel. Hahaha. comey kah tajuknya?  Secomel apakah?





Aku nak cerita pasal putera comel yang telah mendiami hati ini sejak (?)... Noob. Mahu dituliskan namanya. Terlalu ramai hurufnya. Pilihanku, sembunyikan saja. Moga Allah pertemukan kami satu hari nanti.



Sungguh 1000 yang berlalu tu tak sama dengan yang seorang tuh. Kecomelannya, kemanjaannya, dengan malu-malu kucingnya.. Buat aku rindu gila. Terbayang bayang diminda.



Actually, aku rindu sama itu sepupu sepapat aku yang masih suci murni aka baby. Hikhikhik. Sungguh, depa sangat comel. Harusnya aku meletakkan tajuk 'HIKAYAT PUTERA PUTERI COMEL'. Hehe. InsyaAllah, aku akan jumpa bebudak comey nih time kenduri kawen kak aku nanti. InsyaAllah, andai diizinkanNya. 





(Hafiz & Dato' Siti - Muara Hati) terlagu di media player. Demi cinta~





Ya Allah, ku bersyukur atas kurniaanMu yang tidak terhitung untuk hambaMu ini. Alhamdulillah, terima kasih Ya Rabb.. 'Tiada duka yang abadi'. 





Ahad, November 25, 2012



aku bukan lah seorang yang baik. secara zahir dan batin. sungguh aku tak bohong. 



bila aku terpikiaq perangai aku yang super super super demm macam zzzzzzz. macam manakah perangai anak anak aku nanti? aku sedih beb. siries.. aku nak nanges.. aku takmau anak anak aku nanti lagi teruk dari aku. 

dan.

aku baru belajar nak perbaiki diri. susah kan? nak kontrol nafsu yang selalunya tak sama dengan apa yang diinginkan. aku nak something, tapi tak tercakap. aku takut. aku marah. aku sedih. aku tau, bila kita nak berubah ke jalan yang lebih baik. Allah akan datangkan ujian. aku tau tu. tapi aku masih lagi nak pertikaikan. masih lagi.. 


esok test. dan aku kena study. aku nak cepat habis belajar. 


akulah yang kau sakiti.




telur dah mengalami keretakan. and at last..

aku merendam telur ayam dengan air panas. jangan pikir menda bukan bukan lak.. sebab esok pagi aku nak makan telur rebus. malam nih pon aku nak jugak makan telur ayam tuh.


sebab..


aku lapar. sungguh. aku sangat lapar. dan esok ada test. aku masih belum mula study. mungkin aku mengharap untuk dapat F! 



**time nih terpasang pulak lagu ari lasso-arti cinta**

selama jantungku masih berdetap, selama itu pula engkau milikku.
selama darahku masih mengalir, cintaku masih takkan pernah berakhir..

ini ja lah yang sempat aku tangkap. T_T. 


**the best damn things avril lavinge - when you're gone. aku rindu.**


everything that i do. reminds me on you..




Sabtu, November 24, 2012

kau pergi tak kembali


Assalamualaikum..



bawa dia pergi, jangan datang lagi, kerana aku sudah benci..
(ikut rentak : bawaku pergi - zizan feat kaka)



kak aku mengoffer nset abg ipaq aku, samsung galaxy mini android RM200. Kebetulan pulak nset aku mengalami kerosakan. 


okeh. tak payah bercengkerama sangat. 


aku taktau nak ka dak. tapi abg ipaq aku kata leh try dulu. haha. aku try buang 2, 3 bulan. pastu bagi balik. harharhar.




mana mungkin aku dapat menerima yang lain.. aku masih sayang sangat dekat Zylo. kahkahkah.





wasalaam.

Jumaat, November 23, 2012

depa kata aku macam tu..



sumber : facebook



Bulan Julai

Kuning 
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!


sumber : facebook
https://www.facebook.com/SelaluTengokPic







Okeh. Ini mereban tak tentu hala. Merapu yang teramat.




wallahu'alam..

Rabu, November 21, 2012

Syahid





Sibuk memikirkan tentang 


HATI

PERASAAN

KEBENCIAN

KESUKAAN

KEINGINAN

KECINTAAN

SESEORANG

ETC..

ETC...



Lupa pada mereka yang menunggu kita disana. 



PRAY FOR GAZA.


aku dan AKU



Assalamualaikum..




Berulang kali aku ingatkan. Aku adalah aku. Aku bukan dia. Aku bukan mereka. Aku tahu aku.. Aku tak baik. Aku tak cantik. Aku tak manis. Aku tak rajin. Aku tak pandai. Aku tak sempurna. Aku tahu itu.




TAPI




Mengapa kau tak ingin mengerti. Ini aku. Aku, di luar kotak pemikiranmu. Jangkaanmu tentang aku meleset, bukan salahku. Kerana aku tidak memberi kata tentang jangkaanmu itu.




MAAF. Kata indah yang penuh pengertian. Aku tak mampu berkata kata lagi. Kerana aku tahu, kata kata aku hanya menyakitkan hatimu. Sahabatku, maaf atas kelemahan aku.








Bibir mengukir lagu yang tiada siapa tahu peritnya didalam jiwa meronta. Hanya Dia.. Hanya Dia mengerti..


Jatuh




Andai kau


JATUH


bangunlah kembali



ALLAH sentiasa bersama kita




Khamis, November 08, 2012

Kerana aku kekurangan . . .




Kalau tak mampu MENCINTAI, jangan pernah sentuh hati seseorang..
Kalau tak mampu SETIA, jangan pernah mengukir janji..

Kalau tak mampu MENGGENGGAM HUBUNGAN, jangan pernah beri harapan..


Kerana HATI MANUSIA itu...

Terlalu BERNILAI untuk DISAKITI, terlalu MAHAL untuk DISIA-SIAkan dan terlalu BERHARGA untuk DIHANCURkan.






kopipes dari facebook

Kerana aku kurang merasai. Kerana aku kurang perasaan, mungkin. :)


Rabu, November 07, 2012

Malam Khamis




Dua Lebih Baik



Assalamualaikum..


Berbicara tentang 'couple'. Aku lebih senang mengatakan ia lebih baik. Bagiku. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pendapatku ini. Ahh. Apa aku peduli. Yang penting, aku merasa nikmat memilikinya. Mak dan abah selalu juga perli perli. Kata mereka, tak sesuai bagi pelajar seperti aku ini. Sekali lagi aku tidak ambil peduli. 

Dulu aku tak merasa peritnya. Bahagia sentiasa dirasa bersama. Senang atau sakit, dia lah peneman setia. Tapi sekarang tidak lagi. Selalu saja buat masalah. Bingung aku memikirkan cara. Penat aku belikan dia baju baru, belanja makanan. Tidak juga dihargai. Kadang kadang, bila aku perlukan, dia tidak juga hadir. Sia sia saja aku hulurkan bantuan padanya. Aku sedih teramat sangat. Akhirnya disini juga aku luahkan..



Bicara ini tentang dua telefon bimbit yang aku miliki. Bukan soal cinta manusiawi yang tidak pernah ~ lost word.

Kurang Lebih


Aku guna sejak tahun 2006 lagi. Cikai, mungkin sesuai dengannya. Yang real, kaler kuning. Susah sangat nak cas budak nih. Aku ada dua charger untuk dia. Tapi, dua dua macam tak ngam. Haissh. Aku belikan dia baju kuning, dia suka. Aku belikan dia betri baru. Dia kata bergaya. Tapi kenapa? Susah nak cas? Layan aku seperti orang kaya yang boleh beli berjuta charger untuknya... :'(


Black

Zylo nama diberi. Beli september 2010. Aku sayang gila kat dia. Semua gambar cantik, kalau pandai ambik, walau tak sesuperb DSLR. Aku suka dia sejak pertama kali aku sah menjadi tuannya. Aku belai dia sentiasa. Aku beli baju baru supaya lebih menutup aurat. Dia sakit, aku hantar ke hospital. Tu masa ada waranti laa. Sekarang, buat hal lagi.. Aku bukan anak jutawan mahupun anak perdana menteri nak merawat dia sentiasa.. Suka layan aku macam ni kan?




Aku kalau boleh tak mau ada yang lain selain mereka.. Maknanya aku tak mau perabih duit beli hempon baru... Sebab aku suka guna cikai dan zylo. Bagi aku depa terbaik. Lagipun aku bukan gila gadget. HAHAHA. 



Mereban dan merapu!





Wassalaam.

Selasa, November 06, 2012




Pagi tadi.... Aku mimpi pasai seseorang. Mak, Bapak, adik beradik dia suma hentam berlakon dalam mimpi aku..





Tetiba..





Petang tadi. Dia yang aku mimpi tu mesej aku.







Kenapa!? Nak mintak aku lupakan mimpi tu ka?














Wallahu'alam..


Isnin, November 05, 2012

Haramkah


Bila jatuh cinta?


I'm not in love BTW


Aku percaya suma orang nak yang halal.



But. Please don't misunderstand. Aku bukan nak post pasal jiwa hati aku. Aku cuma nak post lagu Haramkah by Melly Goeslaw. Sebab aku baru tengok Ketika Cinta Bertasbih 2. 


Haram-haramkah aku

Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan
*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

**

Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin


Reff:

Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta




"Susah nak bermujahadah bila hati dah terpaut"



Movie VS Janji


SalaamAlaykum..


Rumah..


Here I am.. :) Baru lepas habis tengok movie. 8 Jam, Salam Cinta dan skang nih dengar Ketika Cinta Bertasbih 2. Menyentuh jiwa dan sebagainya. Sedih jugak weh. HAHA. Tertouching jugak aku kan. Ingatkan jiwa tak dak sentimental langsung. Syoq jugak aa layan cita cita camni, sekali sekala. Hehe.



Google


Janji ditepati. Haha. Segala janjian yang telah aku lemparkan, insyaAllah sedaya aku cuba pegang sampai betul betul aku tak mampu lagi tunaikan. Boleh? Hehe. Aku siries wey.. Takut... Dalam mengharap redha Allah swt. 


Ehh. Know what? Hari Sabtu, 3 Nov arituu. Aku, Wawa, Bella and Yaya pi BJ aka Bukit Jambul. Kami pi baling bowling. Haha. Best. Aku nak ucapkan Tengkiu kat WAWA sebab ajaq aku baling boling. Tak dak gambaq nak bagi..


Sebab..


My Lovely Blackie aka ZYLO telah koma. :'(. Mohon doakan semuanya pulih seperti sediakala.





Wassalaam.



Ahad, November 04, 2012

Real time real campus life




Assalamualaikum...







I'm stalking someone yang memboringkan. HAHAHA. Satu femli serupa ja. Takleh nak belah pi mana..






SHE. Why too hard to understand you hah?! Penat pikiaq nak buat lirik, skrip lagik. HATE you more than words can say!! SHE, please be nice with me. Or you will get hurt again and again!  Benchi dalam suka. Riang dalam derita. HAHA. Janjimu ku ingati setiap masa. Bait tulisan itu terpampang di minda. Ingin ku tuntuti katamu itu. Tapi, aku pasti 'mu' lupakan. Waiting, waiting and waiting. JUST WAIT AND SEE!! Sampai bila boleh bertahan? Astaghfirullah... InsyaAllah, dengan kekuatan yang diberi olehNYA segalanya mungkin. 




Shut down the heart for a while. Hibernate your feeling towards the henpon yang rosak. Restart your akal fikiran kurniaan Allah. Don't forget to lock anything that easily pecah menanti relai serta mata menjadi air. Sleep for a minutes and hours. Log Off of the something that i want to log it off. Focus on your assignment yang aku rasa macam assignment budak seni tuu. Oww. ......   Senyap sunyi. Tiada idea. Masih kosong. Kosong. dan KOSONG. :) GOOD what.. Kosong is better than negative one. HAHA.







Pabila kisah assignment dan jiwa bersatu. Ianya menjadi sesuatu yang aku rasa sesuatu. 




Diamku ada duka menanti bersulamkan doa yang mengalir di hati dalam usaha membuang noda yang sekian lama kukuh diminda tentang rela paksa tidak tahu apa apa di samping ada yang tidak mengerti bait kataku sukar memahami juga payah aku selami rentaknya yang aku ingati selalu tak pernah membenci mungkin terlebih menyayangi buatku rasa berdosa yang aku tak ingini tapi mendatang tanpa aku silakan perginya tanpa aku sedia melupakan satu persatu assignment menyesakkan fikiran walau cuti sedia menunggu mungkin kali terakhirnya seusai ini belayar adalah aku. ayat tanpa penanda


Sadisnya bukan kepalang hanya Allah sumber kekuatan. Mudah mudahan segala urusan dipermudahkan.


\^^/ wassalaam.




Jumaat, November 02, 2012

Test 1 CO



Esok test Computer Organisation. 



dan hari ni aku study https://www.topup2u.com/

sama ada aku gila atau waya. hahaha.. 










Khamis, November 01, 2012

Tolong


kopipes


Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Jodoh Itu akan dapat di rasa dengan KEHADIRAN Seseorang Itu Yang Membuatkan Kita Merasa LEBIH TENANG, LEBIH BERTAMBAH AMAN, Malah LEBIH TINGKATKAN KEIMANAN-Ustaz Don


"Kadang-kadang manusia tersalah menganggap cintanya kerana Allah padahal percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan drpd pencipta makhluk itu sendiri.Allah diketepikan.Mungkin matlamatnya dah betul dan jelas,tapi jalannya tidak sesuai dgn syariat.Bukan senang nk bermujahadah apabila hati sudah terpaut."-Seindah Mawar Berduri(Ustazah Fatimah Syarha)

#Dengan bercinta selepas nikah,syariat tetap terpelihara#


Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…



**Rasa macam penah post dah. Kalau dah penah post, inilah repost.**

typo ur name