Assalamualaikum Orang kampung!!
Rindu sama Kampung Banggul Wan Awang! Iskk. Tidak menjadi kebiasaan aku untuk berada di hostel sewaktu hujung minggu. Owh.. Sangat sedih perasaan aku sekarang nih. Huwaaa.. Tetiba jadi skema semacam.
Story sebenarnya pasal post aku yang sebelum nih. Nak sambung cerita, sebab. Semalam tak nyempat nak taip disebabkan kebizian yang tak melampau hingga membuatku rasa gelisah tak tentu arah untuk menyiapkan assignment BI.
Yesterday. After kelas BI (LMT 100). Aku dan coursemate aku berjalan jalan di sekitar Dewan Budaya, USM. Suddenly, aku hampir hampir (hiperbola disini) terlanggar seseorang yang berbaju kemeja kelabu berbelang belang. Lantas aku dongakkan kepala. Jeng jeng jeng. Maka dengan ini aku pon melihat tanpa ragu untuk melemparkan senyuman dalam hati. Hanya sesaat itu, aku rasa gila sementara. Member member aku pasti tahu dengan siapa aku terserempak! Kuikuikui. Hormon tetiba jadi tak betul.
Jejalan di tapak WUS sampai habis gerai kami jelajah. Kami mengambil keputusan untuk menjamu selera kat Restoran Subaidah. Wah, jodoh hari tu berpihak pada aku. Sekali lagi mamat itu ku temui. Pastinya dia pon sama melangkah ke Subaidah. HAHAHA. Aku senyum meleret leret kot. Sampai dekat tempat mengambil lauk. Fuhh. Hampir hampir aku pengsan sebab tanpa diduga dia ada kat belakang aku dan aku terkejut. (hiperbola). Well, member aku pon mengajak aku pi tempah tempat duduk. Takut aku gila kat situ.
Tak habis habis nak lalu depan aku kan? Haishh. Sumpah aku tak buleh nak tengok mamat tuh. Otak aku macam sewel seketika. HAHA. Know what.. Dia duduk belakang aku kot. Kami makan sekali (pembohongan semata). Dan sekali lagi. Kami keluar bersama sama dari restoren Subaidah USM mengikut pintu yang berlainan. Muahahaha. Aku puas hati leh tengok dia dari jarak yang dekat.. Cuma aku takut bila dia macam kenai aku. Mintak mintak la dia tak kenai! Aminn.. Hahaha.
Kesimpulannya disini. Aku sebenaqnya dah tak minat kat dia. Cuma aku tak leh blah bila tengok dia. Otometik mulut aku tak leh coverr nak senyum dan tangan aku mesti nak taip something kat henfon pastu send kat member. Dah jadi kebiasaan. So, member member pistachioo. Harap faham bahawa aku tak minat sangat dah kat dia. Sesaja ja hormon aku nak galak sket ngan hampa. MUAHAHAHAHA.
Sekian, Wassalaam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan