Assalamualaikum..
Berulang kali aku ingatkan. Aku adalah aku. Aku bukan dia. Aku bukan mereka. Aku tahu aku.. Aku tak baik. Aku tak cantik. Aku tak manis. Aku tak rajin. Aku tak pandai. Aku tak sempurna. Aku tahu itu.
TAPI
Mengapa kau tak ingin mengerti. Ini aku. Aku, di luar kotak pemikiranmu. Jangkaanmu tentang aku meleset, bukan salahku. Kerana aku tidak memberi kata tentang jangkaanmu itu.
MAAF. Kata indah yang penuh pengertian. Aku tak mampu berkata kata lagi. Kerana aku tahu, kata kata aku hanya menyakitkan hatimu. Sahabatku, maaf atas kelemahan aku.
Bibir mengukir lagu yang tiada siapa tahu peritnya didalam jiwa meronta. Hanya Dia.. Hanya Dia mengerti..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan