Khamis, Mei 30, 2013

Lirik Pendusta – Alif Satar


Indah sungguh tika dahulu
Tingginya sungguh cintamu
Bila waktu telah berlalu
Tertusuk semua hatiku

Bukan tak mencintaimu
Segala hanya untukmu
Tapi kau tak pernah tahu
Betapa hancur hatiku

Chorus
Kau katakan cinta
Semua memang ku punya
Tak pernah untuk berubah
Ku katakan dusta
Segala yang kau kata
Tak pernah untuk setia

Bukan tak mencintaimu
Segala hanya untukmu
Tapi kau tak pernah tahu
Betapa hancur hatiku

Ulang Chorus 4X
Kau katakan cinta
Semua memang ku punya
Tak pernah untuk berubah
Ku katakan dusta
Segala yang kau kata
Tak pernah untuk setia



credit to : http://www.1liriklagu.com/lirik-pendusta-alif-satar/



from heart of,

Rabu, Mei 22, 2013

Ter hack kah


Assalamualaikum.


Someone is trying too hard to get my email and facebook. Just to let that someone know. 

Padia weh? Nak bukak emel ngan fb aku mai la jumpak elok elok mintak pass. Aku boleh bagi. Tapi bagi pelempang

Hahahaha. Done kan?



Selasa, Mei 21, 2013

CS LOG OFF NIGHT


Assalamualaikum..



Belon siapakah ini?


Overall Dinner CS.. Best der. Hahaha. Puas hati la. Sponser from Redhat, etc etc (tak ingat sebab aku bukan sekretariat. hoho) Tau tak, ada sorang budak dapat hadiah IPAD fron our sponsor. Puih. Giler ku jeles sampai sekarang. Makan pon oke laa. Aku makan sampai kembong perot. Bergambar dengan member sampai penat tak bergaya dah. Hihi.


Time tukar hadiah, aku dapat yang nih.

Alhamdulillah.. Aku dapat earphone! Macam tau tau ja earphone aku tak best. Kuikuikui.  Balik bilik ja terus try. Sekarang pon masih lagi ditelinga. Yang paling bestnya, siap ada waranti setahun. :) Best best best, syoq syoq syoq... Harga dia? Aku pon tak tau. Murah atau mahai, asalkan aku boleh guna..




Sekian,

Isnin, Mei 20, 2013

Salahkah Begini?



Assalamualaikum.




Mungkin. Sebab aku..... Aku jadi sikit ‘baik’. Aku berubah sikit. Sikit laa. Tak banyak mana pon.

Disebabkan itu, aku rasa tak ikhlas. Terasa nak berhenti berubah. Terasa nak tunggu sebenar benar ketulusan hati. Aku tak mahu berubah disebabkan manusia..

Ya! Mungkin bukan kerana Allah pada mulanya..

Tapi . . .

Aku lupa. Yang hidayah-Nya itu datang dalam pelbagai cara. Pelbagai bentuk..


Mungkin, dia adalah pengantara.
Walau antara aku dan dia tak pernah bersua ?
Walau aku dan dia tak saling mengenali ?


Aku lupa pada kuasa-Nya.
Aku lupa, Dialah yang memiliki apa yang ada di langit dan dibumi.


.:: dengan rahmat-Nya, moga kita sentiasa dilindungi dari maksiat ::.




Aku harap akan terus istiqamah. Dan tak lupa pada perjuangan aku.


2011/2012



Rabu, Mei 15, 2013

Hobi


Assalamualaykum..


ini kalilah aku nak menyentuh sedikit tentang hobi. im pretty sure semua orang ada hobi sama ada sedar atau tidak. skema giler ayat..

aku pon ada gak hobi. hobi yang selama ni aku tak sedar yang aku ada hobi tersebut. hobi yang dah menjadi amalan aku setiap kali bayar barang kat cashier, simpan resit. tak kira lah apa resit sekalipun, aku akan simpan sampaila tiba masa untuk aku hapuskan. bila masa untuk hapuskannya? bila aku rasa resit resit tu dah tak lagi bermakna dalam hidup aku. hehe. aku suka tengok balik resit tu, dan aku kira jumlahnya berapa. giler la. masa tu baru sedar berapa banyak duit yang telah aku guna.. betapa membazirnya aku. betapa aku nih perombos!

resit sem ini..


insaff.


selalu sangat aku tengok hobi manusia yang sangat merapu. nonsense. tak make sense bagi aku. for example, hobi suka mengumpul almari antik yang berbentuk bulat. terlalu fanatik sampaikan sanggup beli dengan harga yang mahal semata nak buat koleksi. sesungguhnya aku tak faham dengan hobi yang sebegitu.

aku bukan apa sangat. bila pikir balik, lebih baik kau derma duit tu kepada orang yang memerlukan. itu lebih baik dari membazir tak tentu pasal.

sebab aku fikir, ramai orang yang sangat bersusah payah nak bagi anak bini seauap nasik. kekadang tak makan dua tiga hari. punyalah susah nak kumpul duit untuk bayar yuran, itu ini. tapi kita? sesuka hati ja membazir beli benda yang kita tak guna semata mata nak letak dalam almari kaca buat tontonan anak cucu.

for what?
Bermulanya pengembaraan


kepuasan? we always want more and more. bila masanya kita akan puas? bila? aku persoalkan sebab ramai yang tak tahu erti susahnya nak dapatkan sesuatu. sebab mereka sentiasa dapat apa yang diidamkan.

'it just five ringgit'

for someone yang tahu apa nilai RM0.10 akan faham betapa berharganya nilai RM5. tapi, kalo someone yang tak susah mengeluarkan RM50, RM500, RM50000 sebab dia nak beli peti besi yang ada ukiran coke untuk kepuasan diri sendiri? agak agak dia tau tak yang rm5 tu boleh bagi aku kenyang blerp blerp makan nasik pecal kat restu?

appiciate apa yang kita dapat, apa yang kita ada, apa yang dimiliki. ibu bapa, keluarga, harta benda, kesenangan, kebahagiaan, kemuliaan, keimanan, dsb. jagalah sebaik yang mungkin. and please dont ever say pada orang lain

'benda tak sampai spuloh hengget tu pon hang tak mampu beli'

yes, sepuloh hengget memang bukan amount yang besar. but you have no idea what are they facing in their life. benda nampak kecik kat mata kita, tapi kat mata orang lain tak sama. kadangkala kita tak tahu disebabkan perkara kecik macam tu boleh buat hati orang lain terluka. 

orang selalu kata, 

mural di Rumah As-Salam

I like the last line. Tanpa pengorbanan apalah erti kehidupan. Sungguh menyentuh perasaanku ini. Haha. truly la, tanpa semua tu aku takkan tau apa itu hidup. memang aku bukan orang susah, aku bukan orang senang. memang aku tak pernah rasa lapar sebab tak dak duit nak beli beras, memang aku tak pernah alami semua yang aku tuliskan kat atas.. tak dapat aku bayangkan, tapi itu realiti yang orang lain rasa. situasi kita berbeza, tak pernah sama. 



Truly sorry for those statement,
rekrometeo



Isnin, Mei 13, 2013

Kau Tipu Aku




Betapa remuk jantungku
Kau tipu aku
Kau tipu aku
Betapa sakit hatiku
Kau buang aku
Kau buang aku

Ku tatap langit yang hitam
Saat menanti malam
Kau pun tak kunjung datang
Kau buat gelap pelangi
Lalu kau datang lagi
Membuat luka ini


Chorus
Kau jangan mencoba untuk di sini
Kau jangan mencoba untuk kembali
Bila kau di sini
Biar ku yang pergi


Kau telah ingkari semua janjimu
Kau telah ingkari semua sumpahmu
Sudah usai sudah cerita tentang kita


Jangan pernah kau di sini
Jangan pernah kau kembali
Jangan pernah kau di sini




Ulang Chorus 2X

Betapa remuk jantungku
Kau tipu aku
Kau tipu aku






Sabtu, Mei 11, 2013

Khamis, Mei 09, 2013

Harap pada Yang Satu

assalamualaikum..

baru saja tadi aku dapat mesej yang aku tak harap akan muncul. memang luar sangkaan aku. selalu macam tu, aku teragak agak nak reply, nak baca. but then, its going smooth.. (betul kah ayat nih? haha) smooth sangat la.. aku yang terasa jugak lastly..

little bit sad. mungkin aku yang terlebih mengharap.. mungkin aku, bukan dia. ya, aku la tu yang harap bulan jatuh ke bumi, lepas tu aku boleh ambik bulan tuh. siram sampai besar. itu harapan yang agak mustahil kot.. sama lah ceritanya dengan harapan aku tuh.

.:: mungkin dia tak tau apa yang aku mahu. apa yang aku tunggu. apa yang aku maksudkan. dia, sesuatu yang mustahil bagi aku. ::.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Isnin, Mei 06, 2013

Itu pilihan mereka

Assalamualaikum..

Ya Allah... Kau lapangkanlah hati dan jiwa kami dengan ketentuanMu... Perjuangan ini takkan terhenti disini..

Di dunia boleh terlepas, tapi tidak di akhirat nanti. Janji Allah itu pasti!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ahad, Mei 05, 2013

PRU 13

Assalamualaikum..

Maaf, entri berbau politik. Tak suka sila tekan pangkah. Hahahaha. Tiada paksaan untuk membaca entri ini. Hihi.

Aku harap, dan aku mahu malam ini cerah dan terang. Oppss. Tak kisah la sapa menang.. Tapi biarlah menang bermaruah.

Maaf sekali lagi kalau tak suka. Aku memang berat sebelah. Hahaha. Who cares? Hak aku der.

wassalamm.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jumaat, Mei 03, 2013

PRU. Apa pilihan anda?


Assalamualaykum...






Bersediakah anda untuk PRU 13? Haha. 

Aku belum cukup umur nak mengundi. Tapi tetap semangat nak balik rumah! Support mereka yang boleh mengundi. Ngehngehngeh..

Rabu, Mei 01, 2013

May Allah bless you


Assalamualaikum..


Ada kenangan yang perlu disimpan, ada kenangan yang perlu dipadam dan ada yang perlu dilupakan.. Seandainya terlalu sulit untuk menutup tirai kenangan semalam, berdoalah kepada Allah agar Dia memberikan hatimu keredhaan menerima segala kenangan sebagai suatu jalan kehidupan yang berlangsung seiring takdir hidupmu yang telah sedia ditetapkan…



The One up there loves you.
Many body down here cares for you.
Happy Birthday.
-30 April-


thanks for your advice. thanks wanna still being friends. miss you more than words can say.
truly,

typo ur name