Rabu, Mei 15, 2013

Hobi


Assalamualaykum..


ini kalilah aku nak menyentuh sedikit tentang hobi. im pretty sure semua orang ada hobi sama ada sedar atau tidak. skema giler ayat..

aku pon ada gak hobi. hobi yang selama ni aku tak sedar yang aku ada hobi tersebut. hobi yang dah menjadi amalan aku setiap kali bayar barang kat cashier, simpan resit. tak kira lah apa resit sekalipun, aku akan simpan sampaila tiba masa untuk aku hapuskan. bila masa untuk hapuskannya? bila aku rasa resit resit tu dah tak lagi bermakna dalam hidup aku. hehe. aku suka tengok balik resit tu, dan aku kira jumlahnya berapa. giler la. masa tu baru sedar berapa banyak duit yang telah aku guna.. betapa membazirnya aku. betapa aku nih perombos!

resit sem ini..


insaff.


selalu sangat aku tengok hobi manusia yang sangat merapu. nonsense. tak make sense bagi aku. for example, hobi suka mengumpul almari antik yang berbentuk bulat. terlalu fanatik sampaikan sanggup beli dengan harga yang mahal semata nak buat koleksi. sesungguhnya aku tak faham dengan hobi yang sebegitu.

aku bukan apa sangat. bila pikir balik, lebih baik kau derma duit tu kepada orang yang memerlukan. itu lebih baik dari membazir tak tentu pasal.

sebab aku fikir, ramai orang yang sangat bersusah payah nak bagi anak bini seauap nasik. kekadang tak makan dua tiga hari. punyalah susah nak kumpul duit untuk bayar yuran, itu ini. tapi kita? sesuka hati ja membazir beli benda yang kita tak guna semata mata nak letak dalam almari kaca buat tontonan anak cucu.

for what?
Bermulanya pengembaraan


kepuasan? we always want more and more. bila masanya kita akan puas? bila? aku persoalkan sebab ramai yang tak tahu erti susahnya nak dapatkan sesuatu. sebab mereka sentiasa dapat apa yang diidamkan.

'it just five ringgit'

for someone yang tahu apa nilai RM0.10 akan faham betapa berharganya nilai RM5. tapi, kalo someone yang tak susah mengeluarkan RM50, RM500, RM50000 sebab dia nak beli peti besi yang ada ukiran coke untuk kepuasan diri sendiri? agak agak dia tau tak yang rm5 tu boleh bagi aku kenyang blerp blerp makan nasik pecal kat restu?

appiciate apa yang kita dapat, apa yang kita ada, apa yang dimiliki. ibu bapa, keluarga, harta benda, kesenangan, kebahagiaan, kemuliaan, keimanan, dsb. jagalah sebaik yang mungkin. and please dont ever say pada orang lain

'benda tak sampai spuloh hengget tu pon hang tak mampu beli'

yes, sepuloh hengget memang bukan amount yang besar. but you have no idea what are they facing in their life. benda nampak kecik kat mata kita, tapi kat mata orang lain tak sama. kadangkala kita tak tahu disebabkan perkara kecik macam tu boleh buat hati orang lain terluka. 

orang selalu kata, 

mural di Rumah As-Salam

I like the last line. Tanpa pengorbanan apalah erti kehidupan. Sungguh menyentuh perasaanku ini. Haha. truly la, tanpa semua tu aku takkan tau apa itu hidup. memang aku bukan orang susah, aku bukan orang senang. memang aku tak pernah rasa lapar sebab tak dak duit nak beli beras, memang aku tak pernah alami semua yang aku tuliskan kat atas.. tak dapat aku bayangkan, tapi itu realiti yang orang lain rasa. situasi kita berbeza, tak pernah sama. 



Truly sorry for those statement,
rekrometeo



2 ulasan:

Cik Tia berkata...

RM5 pun macam dah jadi satu hal yang besar bagi saya, inikan lagi RM5? hewhew .. btw , hobi awk sama macam kawan saya. suka sangat simpan resit kepuk2 :D

a i m z berkata...

haha..sy simpan, pastu dah boring buang la..heh99

typo ur name