Khamis, Disember 15, 2011

Penantian yang tertunda



Assalamualaikum

Ya Allah...
Peluklah hati ini di saat ku mulai merasa gelisah, dalam penantian penuh kesabaran ini, terkadang hatiku merasa rindu pada dia insan yang ku cintai dalam diam..

Ya Rabb...
Biarlah Ku simpul dalam setiap do'a-doa dalam Istikharahku kepada-MU Rasa ini,,,agar kelak Engkau Satukan hatinya dan hatiku yang kan bertaut dan bersemi indah karna Redha-MU....

Ya Rabb...
Tuntunlah Hati hamba agar hanya mahu menerima CINTA seorang Insan yang benar benar Pilihan-MU bukan Semata-mata Pilihan Nafsuku..

Ya Rabb...
Jika dia memang baik untukku, agamaku, masa depan dunia dan akhiratku, boleh membimbing dan membawaku lebih dekat pada-Mu, Maka dekatkanlah diriku dengannya dan satukanlah kami dalam pernikahan yang sakinah, mawaddah, warrahmah.. Tapi kalau bukan dia yang terbaik, Maka jangan biarkan kekagumanku menjadi suka apalagi cinta. Jadikanlah kekaguman ku seperti orang lain kagum padanya,,Engkaulah Maha membolak-balikkan hati Maka kutitipkan rasa ini, kuserahkan semuanya pada-Mu,kerana semua ini adalah milik-Mu. 
Aamiin ya Rabbal’ alamiin
 
Ya A'lim..
Seandainya dia benar benar bukan jodohku, Engkau jauhkanlah aku dan dia. Sepertimana Engkau pisahkan langit dan bumi. Sepertimana Engkau jauhkan utara dan selatan, barat dan timur. Sepertimana Engkau pisahkan syurga dan neraka..

Credit to : FaceBook Coretan Ilmiah

Selasa, Disember 13, 2011

do it! And u will know.

Assalamualaikum.


Dear my friends,

Try to make me angry like angry bird? 

TRY la buat aku marah.


Biaq ampa tau aku macam mana aku payah nak sejuk daripada kepanasan.


Biaq ampa tau aku memang tak suka kat orang yang suka buat aku marah.


Biaq la suma member member tau yang aku ni memang payah nak tacing tacing. Dan aku jugak payah nak melegakan diri dari ketacingan.






Dan. Tak perlu try lagi dah. Aku memang tengah marah dan dah marah. Ampa memang nak cari pasal ngan aku tym yang tak sesuai. Tak perlu kata apa apa.

Sorry sebab aku memang dah sangat tacink. T I T I K

Isnin, Disember 12, 2011

Bila aku dah berusaha . . .

Assalamualaikum





Bila aku dah berusaha. Tapi aku tak dapat apa yang telah aku usahakan. Semestinya aku
rasa kecewa yang teramat sangat.


Siriesly.. Aku memang kecewa. Aku memang sedih. Aku tak tau apa nak buat untuk mengurengkan perasaan yang tak best nih. HuwAaaaa...








Why do I always wait when I know you will never come.




Aku memang masih menunggu. Kekalau diluluskan permohonan aku. Kekalau . . . . 

iskk..



Ujian adalah tarbiyah dari Allah.. Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya..

Selasa, Disember 06, 2011

PSPM 1

http://www.whatissocialnetworking.com/


Result for PSPM 1 akan diumumkan pada 6/12/2011 pada pukul 3.00 petang.

5 orang pelajar ditangguhkan keputusannya dan diminta berurusan dengan perpustakaan. 

Cuak!

Apa saja yang berlaku, akan ku terima dengan hati yang terbuka.


Sambil tu, aku nak cari pasal projek BI mengenai Social Networking.
Blurr lagi lah teacher! 

Antara Ciri-Ciri Suami Pilihan. Siapa yang tak mahu...

credit to. gilerkentang


TUJUH GOLONGAN YANG DINAUNGI ALLAH DI AKHIRAT KELAK
 
1) Imam yang adil.
(Imam ini termasuklah golongan para pemimpin dan hakim. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi untuk menjadi pemimpin yang adil.) 
 
2) Pemuda yang kuat beribadat.
(Sukar untuk menemukan pemuda masa kini yang rajin beribadah, rajin ke masjid, rajin mengunjungi majlis ilmu dan sebagainya. Biasanya kita sering lihat orang yang lebih dewasa/tua (umur 35 tahun ke atas yang sudah berkeluarga) yang cenderung ke arah hal-hal ukhrawi kerana kita beranggapan yang tua lebih hampir dengan mati. Sedangkan hakikatnya mati tidak mengenal usia. Sesungguhnya bertuahlah bagi wanita yang mendapat suami dari golongan ini. ) 
 
3) Orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah.
(Segala urusan (mesyuarat, ke pejabat, dan lain-lain) yang dibuat adalah ibadah. Bukan bertujuan maksiat dan kejahatan) 
 
4) Orang yang digoda oleh perempuan cantik dan kaya tetapi ditolak dengan berkata “Sesungguhnya aku takut akan Allah.”
(Iman dan ketaqwaan golongan ini sangat hebat kerana perasaan takut kepada Allah mengatasi nafsunya. Dalam konteks dunia hari ini, lihatlah betapa ramai umat Islam yang tewas kepada nafsu sendiri. Kita memang tiada kuasa untuk menghalang atau membanteras maksiat yang berleluasa sehinggakan peluang untuk melakukan maksiat sangat terbuka luas tetapi kita mampu untuk mendidik jiwa dan keluarga kita supaya sentiasa dekat dengan Allah.) 
 
5) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
(Kenapa masjid? kerana sebenarnya fungsi masjid bukan sahaja sebagai tempat untuk menunaikan solat malah ia adalah sebuat tempat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Kita mungkin kaya dengan ilmu fardhu kifayah tetapi bagaimana dengan ilmu fardhu ain? Jasad kita perlu makan untuk hidup tetapi bagaimana pula dengan roh kita?
 
Apabila kita sering mengunjungi masjid, sekurang-kurangnya roh kita telah diberi makan dengan sewajarnya. Berkunjunglah ke masjid kerana saya pasti anda akan beroleh manfaatnya. Banyak tazkirah, kuliah magrib, bacaan kitab, dan pelbagai lagi ilmu akan diperoleh apabila kita sentiasa dekat dengan masjid.
 
Sesungguhnya dalam hal ini para lelaki lebih afdhal untuk sering mengunjungi masjid kerana mereka merupakan tonggak keluarga. Besarlah harapan para isteri kepada suami jika ilmu yang diperoleh boleh dijadikan panduan dalam mentadbir rumah tangga.) 
 
6) Orang bersedekah dan memberi kerana Allah sehinggakan tangan kiri tidak tahu tangan kanan yang memberi.
(Ini adalah orang yang ikhlas beramal dan tidak menunjuk-nunjuk. Sebenarnya digalakkan juga untuk dipublisitikan apabila ada dermawan yang menderma dengan tujuan menggalakkan orang lain juga turut beramal. Hal dia nak menunjuk atau riak dan sebagainya itu adalah urusannya dengan Allah.
 
Kita tidak sepatutnya mencemuh mereka yang suka menderma ini dengan kata-kata yang sinis seperti “alah nak menunjuk la tu” atau “bagi kalau tak ikhlas buat apa?” dan macam-macam lagi sebab sebagai hamba Allah, kita tidak mampu untuk mentafsirkan apa yang tersirat dalam hati manusia. Ikhlas itu terlalu subjektif untuk dinilai. Hanya Allah sahaja yang tahu rahsia hati setiap hambaNya.
 
Para lelaki juga dinasihatkan oleh Rasulullah supaya menjadi seorang yang pemurah. Petikan daripada hadis Nabi Muhammad saw, terdapat 3 sifat yang dikira buruk untuk lelaki tetapi elok untuk wanita. Sifat-sifat tersebut ialah malu, bakhil dan takut. Cuba fikirkan kenapa?) 

7) Orang yang sentiasa berzikir kepada Allah sehingga mengalirkan air matanya. (Allahuakbar!)


:) and terjumpak pulak 

Perempuan, kurangkan agenda mencari si soleh dan berusaha menjadi si solehah.

*terasa*

Isnin, November 28, 2011

Kau Telah Pergi.

AKu nak bagitau semua. Yang. Dia telah pergi meninggalkan KMK.

Setiap pertemuan ada perpisahan.

Aku tujikan lagu ni kat ang, Kau Sahabat Kau Teman


Kah kah kah.. Akan ku kirimkan doa serta fatihah kepadamu, moga ang menjadi lebih rajin dalam usaha keras untuk menjadi nurse. HAHAHA

Haa. Satu lagi,  

Bayangan Ilham


Aku yg merinduimu dengan sepenuh jiwa
Hati ku kosong bila kau jauh menyepi
Tercari-cari serpihan indahnya cinta

Dalam keheningan malam mengejar bayang ilham
Antara sedar dan dilamun igauan cinta
Airmata ku mengalir dalam kepasrahan

Demi cinta ku rentasi belantara
Yg membelenggu naluri hatiku

Demi cinta ku selami samudera
Yg melemaskan hembusan nafasku

Aku persembah seluruh ragaku
Walau hanya sedetik
Dapat bersama mu



:).

Khamis, November 24, 2011

I'm Sorry.



Assalamualaikum.

Hari ni aku outing ke Klinik Changlun sebab tak sehat (?). Aku pon mesej member aku, sesambil ajak depa join aku. CtZ yang memang kebetulan tak sehat pon menyahut seruan aku. :) So, berteman lah aku ke klinik menaiki van kolej.

Akceli, aku sangat tensyen. Tersangat! Tension sebab kelas aku yang tak BEST (sungguh aku tak suka). Dapat pulak chekgu yang baEk. Lepas tu, semalam dapat tau yang budak x-pdt sampai xx yang kena reject. Aku nak nangis dah nih. Total semua yang tak melepasi syarat syarat sampai xxx. Even tak confirm lagi, aku tetap terasa sadis. Lagi, roomate aku Nana dah nak pegi SPA minggu depan, dia dapat nurse (kata nak quit minggu depan, tup tup harini dah nak fly!). Member aku, Gnie pon nak pegi jugak. Aku sangat sedih!

Disebabkan stress tu lah aku mendapat sakit kepala, rasa macam nak demam dan sebab tu jugak laa aku pegi Klinik. Bukan sesaja nak ponteng kelas yerk. Aku masuk kuliah Kimia tadi pon macam bengong bengong sikit.


Tensionnya hari ni.... dan aku nak mintak maaf kat member member aku, AC, Mirah Said, Gnie, Mirah Jusoh, Jah, and semua lah sebab aku rasa aku dah buat depa merasssai ketensionan aku nih. Sorry sesangat. 

Tak lupa jugak kat Atikah, sorii sangat. Semalam aku baru baca balik mesej mesej yang minggu lepas. Aku ingat kan Atikah KSS yang antaQ mesej, dan aku pon reply guna no satu lagi kat Atikah KSS. Rupa rupanya Atikah KMK punya mesej. Terasa bersalah pulak. Kak mintak maaf naa Tikah, tersilap reply mesej kat orang lain.. :)


..

.

Result PSPM 06/12/11.


waiting~

Isnin, November 21, 2011

Apa yang membuatkan aku seronok

Hah. Cer teka apa yang boleh buatkan aku rasa seronok?


...


..

 ...


Ok. Aku bagitau. 


 
ini makanan. Credit to en. Google

Tak kesah laa makanan apa pon. Asalkan halal. Aku just tak makan kulit ayam yang berlemak dan lemak lemak ja. Yang lain aku hentam jers. HAHA


Selain makanan... Aku jugak suka hati bila......

Cancel? Credit to Mr. Google too.
Apa yang cancel? HAHA! Ni nak habaq mai. Kelas cancel juga boleh mengembirakan aku.

OK! Harini kelas amali Fizik dibatalkan. Sebabnya Cikgu MC kerana anaknya masuk hospital. Err. Kesian pulak kat cikgu tu. Apa apa pon aku doakan anak cikgu cepat sembuh.

Ahad, November 20, 2011

tanya sama pokok

APA JAWAB POKOK... KOK. KOK. KOK. (tak tau liriknya) :)

ASSALAMUALAIKUM.




Sebelum menunding jari kepada orang lain. Tanya diri kita dulu. Apa salah kita. 

Sebelum menuduh orang lain. Tanya dulu diri kita. Apa yang telah aku lakukan sampai dia jadi begitu?

Sebelum berkata apa apa. Fikir dulu menggunakan akal yang waras.



muak dengan perangai yang suka menuduh orang lain. Termasuk la diri aku dulu. 
Aku tak komen pasal orang lain. Aku just komen pasal diri sendiri yang selalu nak salahkan orang lain.


Yuppp. Aku begitu! Dan aku mahu berubah.
 
That's it.

Dunia baruku hancur


Ni dia jadual baru aku!

Kemarin aku agak bersemangat nak p kelas. 

Tapi aku dah berubah fikiran.
Setelah masuk kelas tadi.

Tunggu masa nak rombak kelas!



Ya Allah. i__i. kuatkan laah diriku ini.
 


Rabu, November 16, 2011

HANTARAN

ASSALAMUALAIKUM..


Credit to facebook. Ngee..
Ni aku terjumpa tepi longkang, dibuang oleh seorang lelaki. :)

pernah baca harga hantaran kawin mengikut tahap pendidikan semasa?

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
... DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000...

mahal ke? murah je...

ini jawapan balas pihak lelaki

UNTUK WANITA YANG SEBOK DUK PASTE KAT WALL DIORANG PASAL HARGA HANTARAN SEMUA TUH HA BACA NIH:

Mak Cik : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ".

Mat : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat "..

... Mak Cik : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap ".

Mat : "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 20ribu.. 200ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus dan pernah rebore.. TUihh!!.. Anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan! =))
 
KOMEN AKU : Err. Ni budak kolej aku post. "Komen aku kat dia ; dah tu gatal jugak.HAHA" Bagi pihak lelaki, kalau dah tau mahal, kumpul la duit.. bercintan pandai, kumpul duit tak tau pulak. Pastu komen banyak banyak. Yang pihak perempuan pulak, letak ikot kemampuan la. Nak letak mahal mahal tu boleh, tapi kena cari yang kekaya.:) 

Khamis, November 10, 2011

MIMPI YANG NGERI



Assalamualaikum . .


Semalamkan.. 

Aku. Aku tidur. Lewat jugak laa. Dalam pukul 2 pagi camtu.
Ok. 
Akceli aku nak taip entri pasal mimpi. =)

jom tidur .



Lebih kurang macam ni laa. Mimpinya pulak . .


....

...

..

.


aku besarkan gambar !
 

Dan itu amat menakutkan aku.

ouch!
Aku terasa benci akan perasaan ini. 

Aku harap dalam alam realiti tak macam tu yahh.
Amin...




TAPI AKU PERCAYA BAHAWA MIMPI ITU HANYALAH MAINAN TIDUR .

Rabu, November 09, 2011

pujaan hatiku



hiii.

ni la ZYLO aku.


dengan pertolongan ZYLO la aku dapat snap snap.
walaupun aku snap tak cantik.
:) 
tapi ZYLO tetap baik hati.
hahaha. =)
seronok giler kat rumah wey..
boleh makan sesuka hati.
:)(:

Selasa, November 01, 2011

Bermulanya episod baru . .


Assalamualaikum.

Lama dah rasanya tak update. =) kan..

Aku skang ni baru ja lepas exam FIZIK KERTAS 1 pukul 3.30 petang tadi. Best pulak jawab soalan objektif. Bulat bulat, pastu guna pensil 2B untuk lorek jawapan kat kertas jawapan OMR. =) hehe.

Exam yang lain, Matematik, Sains Komputer. Aku rasa, memang susah. Tak da la susah sangat, Cuma susah payah la aku nak kira. Ngee. Banyak mistake yang aku dah buat. Memang salah aku pon kan. . :) sapa suruh tak stadi banyak banyak . .

buruk ka tulisan aku ? ?


Walaupun aku tak yakin sangat yang aku akan ada lagi kat KMK semester yang akan mendatang dengan penuh mimpi ngeri. Aku nak jugak bagitau, aku akan memulakan semester 2 ni di kelas S2K1T1 A ß (panjang kan nama kelas aku)

walaupun mungkin tak lama, aku nak jugak bagitau. Kot kot la ada yang dapat sekelas dengan aku. =)

Episod baru akan bermula. Tak lama lagi. =) wish my classmate ok ok belaka.

Paper Kimia -à Hari Khamis ( 3/11/2011)

Selasa, Oktober 25, 2011

sapa nak join ? ?



 assalamualaikum . .


Ni femli sebelah abah. semua ada, except tok and tokwan.



Ni pulak femli belah mak. ramai kan? tu tak semua lagi . .


Nak join? Kena daftar dulu la. :) (: . Tempat agak terhad buat masa skang nih. Haha.

Ahad, Oktober 23, 2011

I call them . .


Assalamualaikum.....

Outing day + hepi besday. :)

Aku and member just g Cmart ja. Dah takda istilah beli belah menghabiskan elaun (bagi aku kot) sebab aku nak spend my elaun untuk makan =)


this is me. AIMZ
disebabkan lighting yang terlampau, muka aku menjadi begitu. Atau mungkin disebabkan cahaya keimanan yang terpancar? ngeh. ngeh. ngeh. perasan

we.

Ni sapa pullak ? ? Nak ja menyemak ngan aku kan.. =) 


kek sapa nih ? ?

Ni la kek yang kami beli untuk Amirah Said. Kecik sajer.. Nak beli yang besar nanti tak habis pulak. Nak beli yang mahal tak cukup bajet. =) Tapi kek ni sedap. Terasa lapaq pulak!


this is Jaizah. call her JAH.
Sambil menunggu ketibaan pengantin. Ter.serlah. wajah jelita yang sangat kelaparan. Walau cuba buat muka slamber, tapii aku tau hang lapaq. Muahaha.

Hazinie Paulo. opps! Hazinie Pauzi laaa...
Muka habis hepi tuu. Macam la besday dia. =) psss. Muka dia lepas kenyang memang hepi semacam. peliks.

Hazinie aka Jinie and besday girl - mirah said-
Gnie nie.. Nak jugak laa tiup lilin tuu. Kata nak bagi kat someone kek tuu. Tup tup, dia yang habehkan. :| kesian . . .

we are KMK-ian
nih balik KMK jalan kaki ja dari KFC. Nak naik teksi, rasa macam membazir. Jalan kaki itu lebih baik. buleh bakar bakar lemak jugak =)
erk. perjalanan sebenar adalah 1 KM. -dan la nak pecah lemak- 

ni la kawan aku. yang depan sekali tu Myrah Jusoh.

Dalam perjalanan balik KMK, tejumpa la jalan yang cantik. dengan pokok getah ditepi jalan. Santik giler la wey. Dulu aku memang penah berangan nak jalan di jalan yang macam kat gambaq tuu. sweettss.


Asimah Ghazali. call her AC disinii....

Jalan TAR baru kot ehh. Sebab tu nampak cantik.. eh, bukan Jalan TAR tempat shopping tu, jalan tar jaa.. 

Kawan aku tang terbalik. eh. Terbaik lah.

Terbaik ka? wat eva lah. Tapi, thanks for being my prend. Kalau ampa takda, aku mungkin tak kekal kat sini wehh. Bukan ayat sedih tapi hanya pembohongan semata mata. Muahaha. :)


Padang KMK

Apa motif gambar nih? Aku just nak sempitkan kat sini, KMK ka, KMPP kaa, KMM kaaaa, kakaka kaa. semuanya ada padang. Kan? ka kolej matrik lain tak da padang? =)  tak tau, aku stdy kat KMK ja, hehe..


Just nak mengingatkan. Dalam hati sapa yang tauuu. kita sedih kaa. kita hepi kaa. kita geram ka.. =) Even diri sendiri pon tak tau nak mentafsirkan perasaan tu, tetambah la orang lain kan.. Dihati ini, hanya Tuhan yang tahu..

betui dak mirah said? Hehe. sori tak ucap besday. tu suma dah plan dari awai lagi.

.v.


moral gambar last. Dalam hati sapa yang tauu. Jangan terasa. Jangan ambil hati. semua, eh bukan semua yang aku taip tu bukan la betul betul. 
Sesetengahnya hanya la igauan, gurauan, merapuan semata mata.


sekian.

Rabu, Oktober 19, 2011

Setelah setahun berada di Kolej Matrikulasi Kedah !

Aku tak berani menjanjikan pointer yang tinggi.
Aku tak berani berjanji bahawa aku akan ada di KMK pada semester yang akan datang.

Huuuuuuuuuuuwaaaaaaaaaaaaaaaa

Padanlah dengan muka aku kan. Sapa suruh main main dalam kuliah. Sapa suruh tak buat tutorial sendiri. Sapa suruh ponteng easy fizik. Sapa suruh pi klinik time badan masih sehat walafiat. Kan dah miss kelas fizik. Sapa suruh tak mensyukuri nikmat sehat yang ALLAH bagi. Bila dah sakit baru nak menyesal.

Semuanya sapa suruh! Padahai diri sendiri yang tak mengawal nafsu untuk online 99 jam, makan 44 jam, tido 55 jam.

Kalau buleh aku nak gtau mak and abah yang aku tak mau mak and abah letak harapan yang tinggi kat aku. *sad*


Berusahalah selagi waktu masih ada. =)
Berusaha hingga ke titisan ayaq mata terlast!
Jangan hampakan harapan mak abah.

Rabu, Oktober 12, 2011

rasa teruk gila kentang

Assalamualaikummm….


Harini aku nak share sikit pasal Speaking MUET aku. >straight to da point< =)
Aku, candidate A! memang rasa siyoot gila la dapat candidate A. aku ni da la poor nak speaking. Nak speaking Malay pon kekadang ada problem, tambah lagi la dalam English. HUHU!

Seriously, aku rasa teruk giler kentang.

Dah la pagi tadi badan aku buat hal. Sakit pinggang + ginjal ku sakit giler. Aku ni kan spesel sikit, dalam badan ada kerang. 

HAHA. SAKIT wooo, nak makan biskut pon terketaq ketaq. Lepas makan ubat, 45 minit lepastu baru macam lega sikit. Tu pon tak fully lega lagi.


TASK A.

ALHAMDULILLAH.. aku dapat soalan senang ja. Cuma, cam besa la. Aku selalu taktau certain perkataan. Padahal perkataan tu senang ja. Memang terok lah aku. Dah la banyak aaaa… a…..

Group aku yang lelain oke ja. Ada jugak yang agak tersekat, tapi tak la seteruk aku. Diorang memang oke la bagi aku..


Task B. Discussion.

OK laaa. Ok dari yang prektis. Even aku agak banyak tak tau perkataan yang seswai. HAHA. Yang aku terasa TERUK gila kentang tu, sebab aku tak fokus kat candidate lain yang tengah cakap. Tup tup dia tanya aku agree ka tak. Malu siyoot kot, aku hentam ja aku agree dengan point dia padahal dia cakap pasal point lain. Adoiii. Time tu aku rasa cam nak hempuk kepala aku kat dinding jaa. =)

Its okee. Just 15%. Bak kata examiners tuu.

Tulis banyak banyak pon  dah tak guna. Kalau tulis essay tu berguna la jugak. Hehe.


What you give, you get back!

Selasa, Oktober 11, 2011

Isnin, Oktober 10, 2011

tu pon tak tau ka ?

Seriesli. Aku sangat taktau apa yang aku minat.

Seriesli. Aku sangat taktau nak isi kos apa nati.

Seriesli! (eja pon tak betui)

Aku keliru menjadi buntu!

So, sebagai inisiatif lain. Aku pon tanya la kak kak aku dengan harapan depa buleh tulong aku.

Jawapan dari kak sulong : Tukang masak
komen* bila masa la aku ni suka memasak? =) aku pon heran. Dan aku tau ada udang disebalik jawapan tu. HAHA

Jawapan dari kak kedua : Engineer
komen* aku sememangnya tak dak minat langsung kat engineer. IDK. Mebi disebabkan aku ni agak emas tulin, sebab tu dia rasa aku seswai jadi engineer kot.

At least, membantu jugak lah dari tak. HAHA.

Malam Yang Dingin Membuatku . .

Sumpah aku LAPAR wehh!

Aku laparr nasik.. Macam mana nak buat nehh? ? Nak beli, kefe dah tutup.

Nak masak masak megi, macam tak sehat pulak. Adoii.

Tetiba. Aku teringat kat rumah. Rindu rindu la pulak. Nampak sangat lerr.. Bila lapar, baru nak ingat rumah. Hehe =)

Kalau aku ada kat rumah tym nih, musti aku dah bukak periuk nasik. Pastu cari lauk. Kalo tak da, aku goreng telur ka, ikan bilis. Hah. Sedap wehh. Makan ngan kicap pulak. Tambah budu sket. Piauunyaa. 

Sedap wehhh..

Aku kempunann….

Isk . . Isk . . Isk . .

Jumaat, Oktober 07, 2011

typo ur name