Jumaat, Ogos 12, 2011

dakwah

Dengan rasminya aku telah deactivate akaun FB ku. Haha. Why aku deactivate?
Mungkin , aku dah tak best nak on FB.
Mungkin , aku hypertension malam ni.
Mungkin . . . aku dah tak da sebab . :]
Wat eba la kan. Yang penting, aku tak perlu lagi buang masa berFB. Bila pk pk dua tiga kali, ada apa dengan FB sampai orang buleh addict sangat dengan FB tu.
Serasa aku, tak da la menarik sangat. Just nak lempar perasaan , etc , etc . . .
Tapi, ada jugak yang menggunakan FB untuk kebaikan. Berdakwah , etc , etc . . . Yang tu ok la jugak kan.

Sebut pasal dakwah! Aku teringat something.

Minggu lepas lepas, time kelas Pendidikan Islam, aku and bebudak kelas aku diperdengarkan dengan satu ceramah agama daripada seorang India yang telah memeluk agama Islam. Tak silap aku la kan, beliau dah Islam lebih kurang 25 tahun gitu.

Dalam ceramah tu, beliau story mory pasal hidup beliau, macam mana dia boleh memeluk Islam.

Dulu, beliau orang kuat agama Hindu. Sampai jadi setiausaha ka apa ntah, kat kuil mana ntah. Tapi kuil tu macam, femes gitu. Dalam dok membaca kitab Hindu tu (nama pa ntah kitab tu), dia terbaca ayat lebih kurang :

‘ Tuhan itu Esa. Tuhan hanya satu. Tiada siapa yang boleh melihatKU. Aku tidak boleh dicipta dengan tangan tangan manusia’ .

Hah, aku dah tak ingat da. Tapi, memang lebih kurang laa ~.
So, lepas baca ayat tu, beliau terfikir.

Tuhan hanya satu?  <”aikk,kenapa tuhan aku ada banyak?”>
Tak da sapa yang boleh lihat tuhan?  <”apa yang aku lihat sekarang nih?”>
Tak boleh dicipta dengan tangan tangan manusia?  <”bukankah patung patung nih dibina dengan tangan manusia?”>

Kat situ lah, si penceramah tu keliru dengan agama yang beliau anuti. So, beliau pon mencari cari agama yang sebenar. Lama jugak la dia nak cari. At last, jumpa Islam. Aku pon tak tau sangat macam mana beliau sampai boleh jumpa Islam. Sebab Ustazah aku kata, time’s up!  Hehe.

Best woo dengar story ustaz tu.

Aku bersyukur dilahirkan dengan nikmat Islam dan Iman. Kalo tak, tak tau la macam mana hidup aku skang ni kan. Huhu.

Ustaz tu pesan, ‘sebarkanlah dakwah walaupun hanya menyebut syahadah!’.

2 ulasan:

Si Single berkata...

yup!kite ptot bersyukur dgn nikmat iman dan islam yg dah dikurnia sejak kite lahir lagi....

a i m z berkata...

aa.. betol2..

typo ur name