Sekali lagi.
One more time. Entri sakit yang lepas.
Aku g Klinik Changlun dengan member aku, Ct Z. Haha. Aku saja nak teman beliau ja. Lagipun aku memang malas nak masuk kelas Fizik. Sebab. Sebab, aku tak buat homework ag. Muahaha.
Ct Z demam minggu lepas. Baru hari ni dia nak g klinik. So, dia pun ajak la aku yang malas ni. :). Macam besa, aku and Ct Z g melangkah ke pejabat penyelia Blok B.
Ambik surat, tulis nama, isi borangg. Aku dengan cool, buat buat muka sakit. Batuk. Haha. Nasib baek la penyelia tu pecaya aku ni tak sehat. Kalo tak, maunya dia hambat aku g masuk kelas.
Jahat ehh? Tak ar, bagi aku, biasa ja. Aku bukan nak monteng, just nak cari pengalaman ja hehe. Luas pemandangan, banyak la pengalaman. Duduk dalam kolej ja, sekali sekala g klinik pulak kan??
Dalam pukul 8.45 pagi camtu, sampaila van KMK yang cantik tu. Menganto la 14 org bebudak yang sakit kononnya, ke Klinik Changlun.
Lepas daftar daftar suma, dapat no giliran. Aku dengan Ct Z pon bersantai la kat depan bilik mengecheck pesakit yang ntah apa sakitnya. :))
Akceli, aku agak takut. Takut dapat MA yang sama lagi.
348. Tingg. Namber aku tu. Tapi aku tak perasan. Aku ingatkan namber aku 349. Duduk seminit, ada la pembantu apa ntah, manggil nama aku ‘AFIFAH’.
Aiseyy, dengan tak berapa sedap hati, aku pon masok la bilik pemeriksaan tuh.
MA : Hah, kamu ni dah kerap sangat sakit. Tak best ka duduk sini?
AKU : Aish, mana ada. Best ja dok sini.
MA : Kali ni kamu sakit apa pulak?
AKU : Saya.. Sakit perut. Kat belah kanan nih.
MA : Kamu ni tensyen kot.
Aku diam …. MA tu pon cek la tekanan darah aku. Dua kali gak la dia cek. Last last, dia kata tekanan darah OK. Pastu..
MA : Kadang tu otak kamu tak suka dok kat sini. So, banyak la sakit. Sat sakit kepala, sakit perut..
AKU : Eh, ada kena mengena ka otak dengan sakit perut?
MA : ya la, dah kamu tak suka dok sini, banyak la sakit.
AKU : Owh. Ya ka..
MA : Kamu ni petang petang turun exersice dak?
AKU : …. Emm. Dak..
MA : Patut la. Kamu kena exercise, baru la sehat.
AKU : Tak sempat la cik.. Kelas habis pukul 5.
MA : Ha. Pukul 6 turun la main main, jogging kaa.
AKU : Penat kot cik. Tak laqat dah time tu..
MA : Eleeh. Alasan ja tuh.
Zzzzz….. Dah sikit sikit, privacy harus dijaga. muakaka. Aku tak ingat dah semua dialog aku ngan MA tuh. Haha.
(bukan yang sebenar, tapi lebih kurang) :)
Aisey, malu jugak la aku nak jumpa MA tu. Dah la ari tu aku cita ntah apa apa kat dia. Haha. Ni masuk kali ke tiga aku jumpa MA tu. Dalam sebulan, dah tiga kali aku g Klinik Changlun tuu. Maunya dia tak kata keqap sakkitts..
Lepas cek penyakit aku yang tak sakit ni, aku pon p la ambik ubat ubatan. Free. Tu yang aku suka.
Hahaha.
Aku plan, lepas raya pulak la aku g klinik. Hoho. Homesick pulakk.
Sapa nak join?? Sila contact aku yer..
Haha.
Keyh. Babaii. See me next tymo..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan