Ohoooii..
Hari ni aku g ceramah matematik. Program ketiga minggu ni. Hari khamis, program kimia. Jumaat, Fizik. Sabtu pulak baru laa matematik.
Banyak kan program. Ya la, tak lama lagi dah nak UPS a.k.a Ujian Pertengahan Semester ataupun bebudak bijak pandai panggil Ujian Paling Senang.
Muahaha.
Takut pulak aku nak menaipnyoo.
Cikgu yang bagi ceramah tu kasi tau, UPS kali ni senang. (senang la kot bagi dia) sebabnya, banyak silibus yang susah susah dah di cut.
Yupp. Betol la tu. Tak tipu pon. Sesi lepas lepas, tak silap aku, ada 4 jam kuliah untuk math, fizik, and kimia. Sesi yang baru, hanya ada 3 jam kuliah seminggu. Ok tak? Ok la kan. Tapi, sesi baru ni ditambah satu subjek.
Untuk pelajar sains, bole la pilih modul yang disukai. Ikut kemampuan. Aku hanya mampu ambik modul 2. Dan sememangnya aku modul 2 sejak tahun lepas lagi. :).. Bebudak modul 1 dan bebudak baru bole la pilih modul yang depa suka.
Modul 1 – Matematik, Fizik, Kimia dan Biologi.
Modul 2 – Matematik, Fizik, Kimia dan Sains Komputer.
Modul 3 – Matematik, Biologi, Kimia dan Sains Komputer.
Kalau bebudak akaun, sama ja la macam dolu dolu. Tak da perubahan. Nama kelas pon maintain ja, [A1T4(a)]. Tapi kalau bebudak sains, panjang woo nama kelas, [K2S2T4(a)], nih kelas aku. :) Kekadang, aku pon tersilap letak nama kelas, C1T4(a). Tu kelas masa aku PDT..
Tersasar jauh ke Korea la pulak aku nih.
Akceli, aku nak share sikit pasal something yang aku dapat dari program matematika tadi.. Cikgu ada mention pasal Problem Solving.
Yaitu ;)
- ü Understand
- ü Plan
- ü Do
- ü Check
Yeppa yebba.
UNDERSTAND
- First sekali kena la paham masalah tu macammana. Kalau dalam math, kena paham soklan la kan. Baca la soalan, interpret, integrate, and so ooon. Buat la apa yag patut untuk memahami apa kehendak soalan tu.
PLAN
- Pastu, kena ada plan, strategi yang bagus untuk selesaikan masalah. Tengok klu yang dibagi dalam soklan tuu. Pastu. Plan, nak guna formula mana untuk solve problem. Nak solve soalan arithmetic jangan la guna formula untuk geometric pulak ann. Lain soalan, lain la jalan penyelesaiannya. Lain masalah, lain la plan.
DO
- Lepas faham, dan plan. Tiba lah masanya untuk menyelesaikan masalah. Try out loud your planning dehh. Guna formula, sketch (untuk graph), guess, simplify dan apa yang patut larr.
CHECK
- Lastly, baru la checking tym. Check! Jangan tak check. Kalau planning, strategi tadi tak menjadi. Ulang semula dari atas. ( understand ) Ahaaaa. Lepas check, pegi la ke soalan lain pulak. :)
Sama jugak kalau kita mengadap masalah dalam kehidupan sehari hari kita. Guna step yang sama untuk selesaikan masalah kita. Pahami masalah, plan nak guna formula mana, bertindak dan pastikan cara yang kita ambil tu betul.
Ngeh. Ngeh. Ngeh.
Terasa macam counselor la pulak aku nim. Huhu.
Ok! Dah habis apa yang aku nak menaip.
Jumpa lagi lepas aku habis berUPS nanti yepp.
Bubbye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan