Rabu, Ogos 24, 2011

Kenapa perlu pegang pegang ?




Assalamualaikum..
Aku nak story ckit pasal hari aku shopping raya kat Pekan Rabu minggu lepas, hari Sabtu kot tak silap aku. Just beli baju raya ja la kan. Hehe. Dah biasa beli last minit cam ni. So, baju pon kurang la kelawaannya kan. .
My sis bajet RM100 seorang. Semuanya 6 orang, yang perempuan ja la. Yang lelaki, kena la beli sendiri. Bajet bajet la nak beli apa guna RM100 tu. Hehe.

Yang aku nak storynya bukan la pasal baju raya yang aku beli. Aku nak story pasal perangai bebudak sekolah zaman skang nih yang kurang kemaluan. Ish, kurang malu laa. Kan aku shopping kat Pekan Rabu, sah sah ramai orang, tua, muda, semua ada laa.. Dah la aku shopping hari sabtu, memang sesak la kat jalan raya tuu.
Nak dijadikan story. Aku ternampak perbuatan yang memang dilarang la dalam agama rasmi negara Malaysia ni, Agama Islam. Aku ternampak couple couple yang berpegangan tangan, pegang pegang tanpa segan silu beb. Kat tengah tengah pulak tu.
Aku bukan hapa, just tak sedap mata memandang la kan. Bebudak tu dalam umur 14-16 tahun kot. Bebudak sangat lagi tuu. Dah pandai nak touch n go. Bila jumpa mereka mereka, aku pon ‘Posa kot’, tak pun ‘Astaghfirullahal azim..’. Kuat jugak aku cakap tuu, sampai bebudak tu nengok  aku. :)

Ngeh ngeh. Kiranya aku tegur la jugak. Aku heran la jugak mikir bebudak ni. Member aku, sedara mara aku pon kapel jugak. Tapi tak la touching touching. Bole ja hidup sampai skang. Penting sangat ka nak pegang pegang tangan segala nih? Kan lagi baik pimpin tanga orang tua yang nak naik jejantas tuuu. Dapat jugak pahala berganda ganda. Kan? Kan??

p/s : pesanan untuk diriku jua. :| Insan lemah menaip. kalau salah tolong tujukkan yang betul.

1 ulasan:

Marina berkata...

tak penah bercinta waktu sekolah....

typo ur name