Google it! |
Hangat.. membasahi pipi
Datangnya hanya sekali sekala.
Hanya ketika ku merasa perit.
Dia berikan aku peringatan.
Terlalu sedikit waktu ku fikirkan.
Dia berikan aku nikmat.
Aku menjadi leka.
Lalu Dia berikan pula ujian bernama dugaan.
Aku salahkan Dia.
Kenapa aku? Mengapa bukan yang lain?
Aku alpa.
Dia perancang Terhebat.
Dia tidak mahu aku tersasar.
Dia mahu aku sentiasa mengingati-NYA.
Ku bersyukur, pada-MU Tuhan..
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang Menguasai hari pembalasan.
Ampuni dosaku, Ya Allah..
Kealpaanku pada-MU buatku terleka.
Leka dengan permainan dunia.
Tunjuki aku jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang orang yang KAU kurniakan nikmat kepada mereka.
Bukan jalan orang orang yang KAU murkai.
sincerely created : aimz
2 ulasan:
nape ni pah ?
ujian memerlukan kesabaran..
Catat Ulasan