Assalamualaikum..
Kempulan Nasyid UNIC datang semalam.. 13 Februari 2012, Isnin malam Selasa. Hehe. UNIC datang bukan lah sesajer nak melawat. Of course la buat konsert. Simfoni Harmoni bersama UNIC kot nama konsert tuu. Akceli tak la konsert sangat, ada selingan dengan motivasi dan perkongsian pengalaman hidup member member UNIC kepada warga Kolej Matrikulasi Kedah sesi 2011/2012.
Yang aku tau, tahun lepas punya konsert UNIC lagi best, lagi meriah. Lagi feeling feeling lahh.. Haahaa. Bebudak seniorita dapat la bezakan konsert tahun 2011 atau 2012 yang meriaahh lagik.
Okeh. Kembali ke tajuk asal.
Google it. |
Ilham tentang Ujian Mengikut Kemampuan ni sebenarnya datang dari members UNIC, semasa motivasi yang diorang bagi tuhh..
Katanya, Allah bagi ujian kepada kita kerana kita mampu untuk hadapinya. Aku percaya, Allah takkan bagi diluar kemampuan kita. Tak payah bimbang, setiap yang namanya beriman kepada Allah swt pastinya diuji setakat mana iman kita, setakat mana cinta kita.
Keluarga Yassir dan Sumayyah telah diuji. Didera kerana mereka Islam. Dipaksa untuk murtad. Tetapi iman mereka sekeluarga teguh, lalu tombak yang tajam dihunus. Berakhirlah riwayat hidup didunia yang sementara. Kerana mereka yakin syurga menanti di sana.. Wanita pertama yang syahid. Mempertahankan Islam. Lalu aku bagaimana?
Tiada tuhan melainkan-MU, Ya Rabb. |
Cubalah bertahan dengan ujian yang kecil ini. Even aku tau, masalah ni takkan pernah hilang. Tapi aku masih boleh berdoa agar aku segera memaafkan, berserah kepada Allah swt agar tiada apa yang boleh mengungkitnya lagi.
kurasakan titisan air mata >> luahan hati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan