Sabtu, Februari 11, 2012

indahnya maaf



Assalamualaikum…


Diriku baru sajer pulang dari forum : Remaja harapan Rasulullah saw. Adakah kita?



Penceramahnya mestilah bukan dalam kalangan remaja. Veteran jugak bukan. Tapi dalam kategori muda jugak lah. :] Ustaz Afnan dan Ustaz Faisol (kalau tak salah ejaannya) yang bagi ceramah malam nih. Bagi aku, best jer ceramah ustaz’s nih. Sempoi la orang kata. Haha.



Yang aku nak tekankan pada entry aku kali nih. Pasal kemaafan.


Salah satu sifat Rasulullah saw adalah pemaaf.

google


Cerita yang aku dapat dari forum :



Rasulullah saw pernah diletakkan najis unta yang ‘fresh’ di belakang baginda oleh (tak ingat nama dia, so aku bg si polan nama dia) si polan nih semasa Rasulullah saw sedang sujud dalam solat baginda. Si polan ni sebenarnya di upah oleh Abu Jahal untuk buat kerja kerja kotor kat Rasulullah saw. 


Semasa baginda Rasulullah sedang sujud! Rasulullah tak bangun bangun dari sujud, sehinggalah anak baginda, Fatimah ra bersama Abu bakar (tak silap aku) membuang najis tersebut dan membersihkan najis yang sememangnya kotor, dan jijik. 


Selepas pada itu, si polan nih ada buat kenduri sempena perkahwinan anak dia. Si polan ni menjemput Rasulullah saw ke kendurinya. Logiknya, kalau kita, manusia biasa mesti takkan pi kenduri orang yang dah mengkhianati, buat jahat kat kita kan?? Tapi, tidak Rasulullah saw. Baginda tetap pergi ke majlis perkahwinan tersebut.


Sampai di rumah kenduri, si polan tu agak terkejut jugak la sebab Rasulullah saw datang ke rumahnya. Sapa yang tak terkejut kan. Si polan pon, ajak lah Rasulullah saw makan ‘nasik kenduri’. Tapi Rasulullah saw menolak. Menjadi kebiasaan orang Arab masa tuu, akan dicaci, dicerca kalau tetamu tak mau makan ‘nasik kenduri’.


So, si polan nih ajak jugak jugak laa Rasulullah saw makan ‘nasik kenduri’. Tapi, Rasulullah saw bagi syarat, si polan tersubut kena mengucap dua kalimah syahadah dulu sebelum Rasulullah saw makan. Disebabkan nak menjaga air muka, si polan pon mengucap. Dan si polan telah pon menjadi seorang Islam. Semua tetamu yang ada di situ tau yang si polan dah pon Islam.



See what? 



Baginda menyampaikan dakwah kerana sifatnya yang pemaaf itu.



Aku?



Aku belum memaafkan. Aku dah cuba. Cuba untuk ikhlas memaafkan. Cuba untuk melupakan. Tapi, tetap tak boleh. Sakit yang aku rasakan tak hilang. Parut yang ditinggalkan sangat mendalam. Aku belum boleh menjadi remaja harapan Rasulullah saw.



Terfikir seketika, sampai bila aku nak simpan dendam. Dendam? Mungkin bukan dendam. Tapi, aku cuma belum boleh memaafkan dia. Sampai bila?


google


Aku Cuma nak berkongsi apa yang aku dapat malam nih. Moga aku, dan jugak readers (kalau ada) boleh memaafkan orang lain. Kerana pemberian kemaafan itu salah satu cabang kepada dakwah.




|| Kerana maaf, dakwah terlaksana ||



2 ulasan:

MierahJusoh berkata...

Anda boleh! :)

~Cik Sweety~ berkata...

tinggalkan jejak di cni..suke baca AMARAN kt sidebar tuh..(^_^)

typo ur name