Ahad, Februari 26, 2012

Jangan berhenti kalau lampu hijau menyala

 

Nak berubah kearah kebaikan tu memang susah. Sebab nafsu ni selalu bertentangan dengan perintah Allah. Nak berubah jadi orang baik ni punya la susah. Sebab aku selalu lupa yang aku nak berubah. Nak berubah untuk menuju jalan Allah ni susah. Sebab ramai yang akan kata macam macam yang negatif.

Tapi, nak berubah jugak tak susah kalau diri sendiri ada kemahuan untuk berubah. Nak berubah jugak tak susah kalau kita fikir tentang pandangan Allah swt. Nak berubah jugak tak susah kalau kita kuatkan semangat menambahkan kekuatan.

Aku tak banyak ilmu tentang agama, hukum hakam.. Sebab tu kot sikit sangat yang aku ubah tentang diri aku. Tak banyak. Walaupun tak banyak, ada jugak yang menyusul. Alhamdulillah.. Syukur sangat..

Aku cuba nasihat kawan kawan aku (tak semua, sebab aku bagi pendangan hanya kepada yang meminta) bagi sikit dorongan, sebab aku sayang kat kawan kawan aku sangat! Tapi ada jugak yang tak terima.. Aku tau aku tak baguihh.. Jahil lagi tentang Islam, banyak buat salah yang berulang ulang, selalu ja online tak habis habis, ada jugak lewatkan solat, hukum tajwid pon bnyk lagi yg tak tau.. etc… Maybe la itu menjadi sebab member aku tutup telinga. Tp ituu bukanlah alasan untuk aku berhenti mencari hidayahNya. Itu menunjukkan aku perlu berusaha lebih lagi. Aku kena berubah betul betul. Please move on AIMZ! Jangan putus asa terhadap rahmatNya..


Dear friends, kalau terasa nak berubah ke jalan Allah, rasa nak mencari jalan yang diredhai Allah, nak buat benda baik.. Please teruskan. Itu petunjuk dari Allah. Please don’t say, “aku rasa belum ikhlas nak buat benda nih” or seantero dengannya. Sebab ikhlas tu takkan datang kalau kita tak mulakan. Buat dulu, lama kelamaan ikhlas akan datang dengan sendirinya. Kita tak tunggu ikhlas nak solat, baru menunaikan solat. We perform our solah since we were child. And now, bila dah lama? Masih rasa terpaksa lagi ka nak solat? Tak kan? 
Dearest friends, jangan takut untuk berubah kerana takut tidak istiqamah, takut melakukan sekerat jalan. Jangan takut.. Sebab takut kepada Allah itu lebih utama. InsyaAllah, kalau kita rasa takut kepada Allah, usaha yang kita buat tu takkan berhenti dipertengahan jalan.

Jomlah sesama kita berubah. Masih belum terlewat lagi.
“Wahai hamba hambaku yang telah melampaui batas keatas diri mereka sendiri. Janganlah kamu berputus asa terhadap rahmatKU. Sesunguhnya Allah Maha Mengampuni dosa semuanya. Sungguh, Dialah Maha Pengampun lagi Maha penyayang..”
Aku jugak masih dalam proses untuk mencari hidayahNya.

Aku pon penah pikiaq nak tunggu ikhlas, penah takut tak istiqamah.. Tapi aku jugak pikiaq, kalau dok tunggu ikhlas, kalau takut tak istiqamah.. Mungkin jugak aku takkan berubah. Mungkin jugak maut yang akan menjemput dahulu sebelum ikhlas baru nak bersua muka. Mungkin jugak malaikat maut datang memberi salam sebelum aku yakin untuk istiqamah..


:: Kita semua bukan manusia sempurna. Tapi kita boleh berusaha untuk menjadi manusia yang sempurna, right? ::


Betulkan kalau ada silap dan salah.
 

6 ulasan:

MierahJusoh berkata...

betul tuu...nk berubah memang la susah...sb nk istiqamah moga2 perubahan kita tu sampai akhir hayat...bkn kat matrik ni je o skejap je..p boleh mula dgn slow2...sdap bile bce yg pah tulis tu..nk kongsi disini..try dh slow2 pkai stokin,,kire xtggl dh kot...p tdg tu byg ag..sb xdop dh tdg selain tdg bawal....law ad pom tdg syria tu ad la 3..inner neck pom ad bli dh 3...mula2 aritu try pkai tdg syria mcm pah tu sbgai alas...dan jgk 3 hri...rse selesa...pahtu....aini dh xpkai...p tdg putih xpkai ag dh...sbb mmg jelas byg....umm...xistiqamah lg kn tu lm bab tu...pastu..solat pom ad lwt tmbh2 subuh...ishhh....kdg2 sbuh gjah sxmoo...xsdar etp...pandangan?? =)

a i m z berkata...

@NurAmirah JusoH

aku ni tak pandai sangat wehh. huhu. cer try fikir kalau kita pakai tudung yang jarang, apa yang orang lain boleh tengok. tambah2 lagi bdk laki. bdk laki pnya imiginasi ni tinggi. macam2 depa buleh fikir. ya lah, walaupun takda sapa nak tengok kita kan. at least, kita boleh jaga diri dari jadi fitnah..
bab subuh, cer try bngun sebelum subuh. mula2 bangun pukul 6, lama2 sikit bangun la pukul 5.30, pastu pukul 5.. kalau bangun awal boleh jugak buat solat tahajud.. solat taubat n solat hajat.. try slow2.. nanti bila dah biasa, rasa seronok.. ok?
=_+

MierahJusoh berkata...

hehehe...ok...try2..hmm...pgi tu kdg2 trsdar awl, pas tdo blek sb mngntuk jge mlm...sdr2 blik lwt dh...tu jd cmtu tu..kdg2 laa
^-^

iEdA berkata...

betol 2...nk berubah ke arah kebaikan bkn sng tp kalo ke arah keburukan sng jer...hope kita sm2 dpt berubah n mendapat keredhaanNya...insyaAllah...amin ^_^

MierahJusoh berkata...

amin.. =)

a i m z berkata...

Insya-Allah... Moga dipermudahkan..

typo ur name