Assalamualaikum..
Rasa. Rasa ingin berubah kearah kebaikan. Itu ku katakan kesedaran.
Jangan tunggu sampai rasa betul betul ikhlas, betul betul, betul betul rasa boleh istiqamah baru nak berubah. JANGAN!
Jangan tunggu ikhlas itu datang. Kerana. Ikhlas itu mengambil masa yang lama. Ikhlas itu rahsia Allah. Ikhlas itu sukar dimengerti. Sebab itu jangan tunggu ikhlas. Takut tidak sempat kita mengenal ikhlas, roh sudah berada di alam lain.
Andai rasa ingin berubah, belajarlah untuk berubah.. Jangan ditangguhkan. Itu adalah hidayahNYA. Jangan tunggu lama lama. Nanti takut hidayah itu akan hilang kerana kita mengabaikannya.
Itu hidayah-NYA. Jangan disiakan.
Ku bersyukur hanya padaMU Tuhan,
KAU temukan laluan bermula,
Dan cintaMU bagaikan air di tandus sahara,
Buat ku melepaskan dahaga.
Firman Allah SWT, maksudnya.
“ wahai hamba hambaKU yang telah melampaaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengampuni dosa dosa semuanya. Sungguh, DIAlah Maha Pengampun, Maha Penyayang” [39:53]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan