Nak berubah kearah kebaikan tu memang susah. Sebab nafsu ni selalu bertentangan dengan perintah Allah. Nak berubah jadi orang baik ni punya la susah. Sebab aku selalu lupa yang aku nak berubah. Nak berubah untuk menuju jalan Allah ni susah. Sebab ramai yang akan kata macam macam yang negatif.
Tapi, nak berubah jugak tak susah kalau diri sendiri ada kemahuan untuk berubah. Nak berubah jugak tak susah kalau kita fikir tentang pandangan Allah swt. Nak berubah jugak tak susah kalau kita kuatkan semangat menambahkan kekuatan.
Aku tak banyak ilmu tentang agama, hukum hakam.. Sebab tu kot sikit sangat yang aku ubah tentang diri aku. Tak banyak. Walaupun tak banyak, ada jugak yang menyusul. Alhamdulillah.. Syukur sangat..
Aku cuba nasihat kawan kawan aku (tak semua, sebab aku bagi pendangan hanya kepada yang meminta) bagi sikit dorongan, sebab aku sayang kat kawan kawan aku sangat! Tapi ada jugak yang tak terima.. Aku tau aku tak baguihh.. Jahil lagi tentang Islam, banyak buat salah yang berulang ulang, selalu ja online tak habis habis, ada jugak lewatkan solat, hukum tajwid pon bnyk lagi yg tak tau.. etc… Maybe la itu menjadi sebab member aku tutup telinga. Tp ituu bukanlah alasan untuk aku berhenti mencari hidayahNya. Itu menunjukkan aku perlu berusaha lebih lagi. Aku kena berubah betul betul. Please move on AIMZ! Jangan putus asa terhadap rahmatNya..
Dear friends, kalau terasa nak berubah ke jalan Allah, rasa nak mencari jalan yang diredhai Allah, nak buat benda baik.. Please teruskan. Itu petunjuk dari Allah. Please don’t say, “aku rasa belum ikhlas nak buat benda nih” or seantero dengannya. Sebab ikhlas tu takkan datang kalau kita tak mulakan. Buat dulu, lama kelamaan ikhlas akan datang dengan sendirinya. Kita tak tunggu ikhlas nak solat, baru menunaikan solat. We perform our solah since we were child. And now, bila dah lama? Masih rasa terpaksa lagi ka nak solat? Tak kan?
Dearest friends, jangan takut untuk berubah kerana takut tidak istiqamah, takut melakukan sekerat jalan. Jangan takut.. Sebab takut kepada Allah itu lebih utama. InsyaAllah, kalau kita rasa takut kepada Allah, usaha yang kita buat tu takkan berhenti dipertengahan jalan.
Jomlah sesama kita berubah. Masih belum terlewat lagi.
“Wahai hamba hambaku yang telah melampaui batas keatas diri mereka sendiri. Janganlah kamu berputus asa terhadap rahmatKU. Sesunguhnya Allah Maha Mengampuni dosa semuanya. Sungguh, Dialah Maha Pengampun lagi Maha penyayang..”
Aku jugak masih dalam proses untuk mencari hidayahNya.
Aku pon penah pikiaq nak tunggu ikhlas, penah takut tak istiqamah.. Tapi aku jugak pikiaq, kalau dok tunggu ikhlas, kalau takut tak istiqamah.. Mungkin jugak aku takkan berubah. Mungkin jugak maut yang akan menjemput dahulu sebelum ikhlas baru nak bersua muka. Mungkin jugak malaikat maut datang memberi salam sebelum aku yakin untuk istiqamah..
:: Kita semua bukan manusia sempurna. Tapi kita boleh berusaha untuk menjadi manusia yang sempurna, right? ::
Betulkan kalau ada silap dan salah.