Sabtu, April 13, 2013

Adik Kami, TV3



Assalamualaikum..





Nak meleleh ayaq mata aku tengok Cerekarama TV3, Adik Kami. 




See, tak semua orang bernasib baik. 



Kesian si abang, bersusah payah kerja. Berenti sekolah lagi untuk sara adik adik dia. Tup tup bapak sedara yang mata duitan menjual adik keciknya. Anak sulung, lelaki pulak tu, mestilah kena bertanggungjawab. Bagi aku, biar ja la dia berenti sekolah. Smart ja plan dia. Even berenti sekolah, dia tetap nak ambik STPM. Terpegun aku. Kalau aku, belum tentu boleh buat macam tu.

Si kakak pulak. Tabah. Tak daknya nak nangis depan si abang ngan Mala tuh. Padahal dalam hati... Aku rasa, baik dia bertabah daripada menangis. Nanti tak pasal pasal semua adik beradik dia asyik menangis. Bagus si kakak nih. Dah la kuat, sanggup bangun pagi pagi sediakan apa yang patut. Kalau aku? Maunya idakk ler nak bangun. Jaga adik kecik lagi.. 


Mala. Suka hati dia ja suruh bagi Adik Mia kat orang lain. Bila Adik Mia dah hilang, baru tau rindu. Menangis nangis cari adik dia. Bagi aku, Mala ni hanya menyusahkan ja. Ada ka patut lari pi rumah Bapak Sedara yang tak bertanggungjawab tuh. Memang patut kena marah. Kalau aku, dah lama aku lempang laju laju. Budak kecik, tak paham orang dewasa punya penderitaan.



Ct Z. Awat tak dak nama lain ka nak bagi kat si abang tuh.


Sekian sajalah my sight while menonton cerekarama nih. Nak tau lebih lanjut, sila bukak site yang betul. Hehe.


1 ulasan:

Fatin Diana berkata...

alaaa, tak tengok tadi :( mak FD kata cite tu best tadi. mak FD layan sorang2 je -_-

typo ur name