Jumaat, April 12, 2013

Bukan semua orang sama



Assalamualaikum..



Kopi adalah antara minuman yang aku susah nak buat bagi sedap. Bila aku bancuh air kopi, mesti takkan rasa macam mak atau opah aku buat. Tak sedap! Kalau mak atau opah aku yang buat, rasanya cukup cukup ja. Betapa aku tak reti buat air kopi sesedap itu.



Actually. Aku nak meluahkan rasa disini.



Bukan semua orang dianugerahkan rasa, bakat atau kebolehan yang sama. 

Google : Memasak

Contohnya, tak semua orang suka memasak atau pandai memasak. Macam aku. Haha. Aku ni bukan suka sangat memasak, dan tak pandai jugak memasak. Tapi bukan lah aku ni tak tau langsung nak masak. Just tau yang simple simple. At least aku kenal lah barang dan bahan untuk memasak. Walaupun bukan semua. :|. Kepada sesapa yang pandai memasak dan suka memasak. Best la hampa. Tak macam aku, kesian bakal suami. Haha. Alasan semata mata.


Bukan semua orang punya situasi yang sama.

Google : I'm taking ujian memandu

Contohnya aku kureng cekap bawak keta. Sebab aku tak selalu bawak keta. Kenapa? Sebab aku ada banyak kakak dan abang yang memang dah cekap bawak kereta. So, bila aku keluar dengan adik beradik aku, of course la depa yang memandu. Lainlah halnya dengan anak yang dalam kategori sulung. Ok. Situasi sebagai adik adik yang agak last ni sememangnya selalu tak tau buat apa sebab kurang dipercayai golongan sulung. :)(:.


Bukan semua orang lahir dalam keluarga yang islamik.

Google : Keluarga

Tak semua orang ada ibu bapa yang pentingkan agama seperti solat, pakaian, tingkah laku. Tak semua orang diberi kesempatan untuk mengenali Allah, Al-Qur'an dan sebagainya semasa masih kecil. Maka rugilah pada mereka yang lahir dalam keluarga yang mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna tapi masih lagi hidup dengan cara yang salah. Rugi besaq! Aku dalam golongan orang yang rugikah? 





Sekian sahaja.

2 ulasan:

Unknown berkata...

haha,,tak pa kawan . lepaih ni belajaq noh :) pelan-pelan kayuh , lama-lama smpai jgk :)

a i m z berkata...

berlari, berjalan mahupun mengesot.

typo ur name