Rabu, April 10, 2013

Old friends.



Assalamualaykum..


Tadi. Lepas solat maghrib, aku teringat kat sorang kawan. Old friend. Kawan yang agak rapat dengan aku masa darjah 5. Masa tu aku baru ja pindah kat sekolah tu. So, boleh dikatakan dia diantara kawan pertama aku dekat sekolah tu. Best friend ever la time tuh. 


Okay. Ini bukan entri pasal backstabber!


We are good friend actually.


Tak sampai 5 bulan aku dekat sekolah tu, kawan aku tu pindah ke sekolah lain. Dekat Sungai Petani tak silap aku. Disebabkan masalah keluarga rasanya. Aku sedih jugak la bila tau dia pindah. Sunyi sepi ja hidup aku. Selalunya aku akan keluar time rest dengan dia. Bila dia tak ada dengan aku, barulah aku rapat dengan yang lain.


Aku ingat lagi. Dia hantar surat dekat aku. Tulis atas kertas kotak kotak. Alaa, yang buku matematik tu. Dulu dulu ada la buku macam tu, sekarang nih tak da dah kot. Sweet giler ahh. Huhu. Aku tak reply pon surat dia. Kejam kan aku nih?


Siriesli. Aku rasa aku kejam. Kawan hantar surat penat penat, aku tak balas pon. Aku tau dia ada masalah. Aku tinggalkan dia macam tu ja. Masuk sekolah menengah pon, jarang sangat aku tegur dia. Ya laa, aku kelas depan sekali (aku kelas arab na, sebab tu dok depan) dia pulak kelas agak agak belakang. Sampai sekarang aku tak contact dia.


Hah. Aku baru jumpak Fb dia. Haha. Rupanya dia dah add aku. Aku yang tak approve. Sadis.



Apapun. Aku rindu kat hang. Tetiba ja kan? Haha. Allah bagi aku ingat kat hang. :) Macam mana pun hang, hang tetap kawan aku. 



Photobucket




.:: Moga Allah berikan dia secebis keinsafan, hidayah. Sebagaimana Dia beri pada aku. ::.


typo ur name