Khamis, Jun 28, 2012

My Soul



Assalamualaikum..

Ya ahli dunya..

Aku disini sebok memikirkan hal hal keduniaan. Masa depan aku. 




Kepada yang tak tau, aku merupakan pelajar lepasan matrikulasi dari Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) sesi 2010/2011 dan 2011/2012. Fuhh. Sesi 2010/2011 aku ambik modul 2, sesi 2011/2012 pon aku teruskan dengan modul 2. :) . Modul 2... Belajar Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer.

Aku.. Sebenaqnya.. Rasa macam takdak soul la ngan sains sains nih. Siriassli. Aku belajaq, paham sikit sikit. Tapi, malangnya aku tak dapat apply apa yang aku belajaq dalam hidup seharian aku. Sadis! Penat ja belajaq. Masuk amali pon, buat ja experiment yang tercatat dalam buku manual. Hasilnya, aku copy ja report adik adik yang pandai! Hihi.

Tapi tak pa. Itu dah jalan aku. Itu yang Allah tentukan untuk aku. :) Aku redha. Suma tu dah pon berlalu. HikHik..


Kalau nak diikutkan hati..


  • Aku nak stay form SIX. Tu la real impian aku masa form 1 dan form 3 serta form 5. Aku kalo bleh nak ambik STPM. Sebab apa? Ntahla. Mungkin kak aku dua orang merupakan lepasan STPM dan itu memberi aku inspirasi untuk ambik STPM. Aku nak ambik sastera. Bukan sains. For ur information, lepas SPM'09, aku masok form SIX kat Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang. Tapi seminggu ja. Masa orentasi tuu. First first tu memang boring laa. Aku kan pendiam sikit. Hehe. Dah rasa boring kan. Aku pon quit. Dahtu, dapat pulak tawaran ke Politeknik..  

  • Aku nak jer stay kat Poli. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah a.k.a POLIMAS. Aku dapat kos Teknologi Maklumat (pengaturcaraan). Aku masok seminggu jugak. Sempat la merasa sakitnya orentasi. Aku tak tau apa itu programming masa tuu. Aku suka sebenaqnya dok kat poli. Cuma, masalah asrama la. Ketat kot. Macam dok kat skola ja. Lepas orentasi tu, aku balik rumah. Kat situ laa aku cek balik panggilan ke matrik untuk Program Dua Tahun (PDT) panggilan kedua. Ramai yang suruh aku masok matrik. Last last, aku ambik keputusan untuk masuk matrik. Last last minit lak tu wat decision.

sign board lagi..



Biarlah, dah berlalu.. Aku pon dah habis pengajian kat matrik. 


Yang aku risaukan.. Masa depan aku. UPU akan tau minggu ke-2 bulan Julai. Harap harap dapat la kos yang masuk dengan soul aku. Amiin. Amiin. 

Yang aku risaukan jugak.. Aku taktau la jiwa aku la ni dengan sapa. Dulu masa form 3, nak sastera. Tapi dah lekat kat kelas sains pulak.. Teruskan jer perjuangan, malas nak tukar kelas, malas pikiaq dah. Skang ni, aku dok dalam sains. Jiwa aku dah tak pandang sastera walaupun kurang meminati sains. HAHA. What the helikopter lahh.

Okeylah. Aku serahkan segalanya kepada Allah. Dia lebih tahu apa yang ada dalam diriku. Aku dapat kos apa lepas nih, semuanya ketentuanNya. InshaAllah, aku redha. Dan aku akan teruskan perjuangan menentang kezaliman! ^_^


Wassalaam..


Tiada ulasan:

typo ur name