Khamis, Jun 28, 2012

Kehidupan di matrik?



Assalamualaikum..

Malam ni aku mendapat ilham untuk typo pengalaman kat matrik. Hee. Gatai tangan. Pengalaman aku..


Masa bergelar budak PDT (Program Dua Tahun)

Bagi aku. Biasa biasa ja. Dapat cikgu yang agak oke. Masa Semester 1, rajin la buat tutorial. Sebab cikgu suruh hantar kann. Buat la.. Hehe. Masuk Semester 2, dah mula malas buat tutorial. Tapii, MATEMATIK memang kena buat! FUHH. Aku tak dapat lupakan cikgu tu. :) And then. Assignment.. Oke oke saja. Paling rajin, buat sendiri. Rajin, copy member. Malas, tak buat langsung. 

PDT memang rileks banyak. Asal ada gap ja, lepak kat laman santai, serambi. Giler best la. Sem 1, Sem 2 dengan member kelas yang sama, cikgu pon yang sama. So, agak rapat laa. Lagi satu, masa kuliah. Geng kelas aku C1P4 mesti copp tempat belakang punya. HAHA. Cikgu penah marah kot. Kelas yang paling dirisaukan olehnya. Hihi. 

PDT yang best, English kot. Banyak projek. Hihi. Dari sem 1 sampai sem 2. Ada jaa. Drama, mini bulletin, story adaptation (buat novel!), story telling, promotion, banyak sangat! Sampai lupa. HAHA. Overall, setelah melepasi semua tu, aku rasa syioq aku ada pengalaman sebegitu. Masa tengah buat tuu, habis demm la tak suka.. HAHA

Kesimpulannya, PDT is the best! Rilek memanjang. Hepi go laki. Tak risau apa apa. Even ada PST yang... kutuk. Kan? Ada la sorang dua kot. Tak semua. Ada aku kesah? Tak tak..


Masa bergelar budak PST (Program Satu Tahun)

Bermulalah perjalanan sebenar sebagai pelajar matrikulasi. Aku merasa sakitnya jadual yang pax! Fuhh. Terbaik punya laa. 

Sem 1. Oke la jugak. Cikgu aku suma oke. Buat tutorial dalam kelas. HAHA. Aku suka! Balik bilik, rileks ja. Tapi, aku buat la Matematik punya tutorial. Sebab cikgu garang, selalu aku kena mengadap whiteboard, kira kat situ. Dah la aku lemah matematik. Padan la dengan aku. Dan oleh itulah aku berjaya dapat rezap yang oke untuk math. =)  Yang lain, okey. Cikgu sains komp, rileks. Fizik, garang tapi bagi kek kat kami, nice. Hihi. Kimia, sempoi!

Sem 2. Aku kena buat semua tutorial. Kimia, straight Lepas UPS, nama aku mesti naik. Mengadap whiteboard, tanpa apa apa rujukan kena selesaikan apa yang patut. Untonglaa aku buat tutorial. Ingat yang aku buat tutorial ja. Siriesli, ni la cikgu yang paling aku sayang. Sebab dia ingat aku, dan aku jadi rajin buat tutorial dan for the first time aku dapat B, bukan A la~ Fizik, kena buat tutorial jugak. Sains Komp, ikot hati la nak buat ka tak. Matematik, aku jarang buat. Selalu aku bawak tutorial member ja. Math aku sem 2 memang down laa.

Overall. PST is boring but. Okey. PST memang real la ketakutan. Lepas exam ja, mesti pikiaq bukan bukan. Apply habes apa yang boleh apply. Takot kena kick la katakan..



Apapon. Belajaq kat matrik ni oke ja. (oke laa, rezap pon tak seberapa) Aku bukan apa, ramai budak yang tensyen dok matrik. Contohnya adik aku. Pukul 3 pagi tak tido lagi, kalut siapkan tutorial. Tiap hari dia tensyen. Yang bukan adik aku pon, ada jugak yang menangis. Tak tahan! Laju! Macam macam laa. Tapi, kalo yang rapat dengan senior.. Aku sure tak da masalah. Ikut perangai senior. HAHA. 

Kalau aku, memang tak laa. Aku kopi jer member punya tutorial. Pandai pandai la nak hidup. Dan apa yang aku tengok, bebudak X-PDT lebih pandai mengurus masa, mengurus perasaan. Dah berpengalaman la katakan. Study sungguh sungguh pon time study week. Member aku, tutorial dia, kopi adik bilik dia jer. Semua pulak tuu. Mana ada yang buat sendiri. Tapi result, gempak beb! 3.7 lebih. Result SPM hancuss macam aku ja. 

Aku compare budak PST ngan X-PDT bukan apa.. Cuma betolla, yang berpengalaman lebih berpengalaman. Yang otai, diotaikan. HAHA. Yang buat masalah pon yang berpengalaman. Yang terok, semua yang berpengalaman. Ex-PDT, dilabel macam macam, dipandang serong.. Padan laa kan. Yang ponteng, mostly budak TUA.. Nak buat apa lagi kan. Terima ja la. Sapa suruh buat masalah. HAHA. ~rileks~

Fuhh. Dah habis luahan perasaan pasai matrik. Buat adik adik, rilek laa. Cool sikit, even tutorial tak siap, kena marah. "Saya heran la dengan kamu. Kamu lepas matrik ni nak kawin ka?" (Aku kena ayat nihh. HAHA) Aku pon kena hapa. Rilek jer. Buat muka suci~ HAHA.


Owkehh. Sekian saja dari aku.

Wassalaam.



Tiada ulasan:

typo ur name