Khamis, Oktober 18, 2012

Amanah itu paling berat




Assalamualaikum...


Hari ni aku dengan sukarela menjadi pencatat minit mesyuarat bagi Kumpulan 1 Rancangan Khidmat Masyarakat. Tak semena mena aku dilantik menjadi setiausaha kumpulan sebab setiausaha asal sudah tiga kali tak hadir perjumpaan tanpa sebab. Menghilang macam tu jaa, tak dak berita. Pehh. Dah dapat satu AMANAH.


Lepas tu pulak. Tadi pukul 8 malam. Mesyuarat sekretiarat Mini TOT. Aku jadi sekretiarat Teknikal dan Fizikal (TDF).. Fuhh. Kena buat surat untuk pinjam barang, uruskan barang barang yang nak digunakan masa Mini TOT tuu. Adooi. AMANAH lagi.


Surah Al-Ahzab, ayat 72 :

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) ; dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. Ingatlah sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.




Aku tak tau aku mampu ka dak pegang amanah. Tapi aku nak cuba! Aku nak buat yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk semua.

Moga Allah permudahkan urusan aku.



Assignment tak sentuh lagi pon. Hee..




Wassalaam.

Tiada ulasan:

typo ur name