Assalamualaikum..
Tengok blog pon habeh simple aku buat. Hehe. Sama la jugak dengan kehidupan aku, memang simple simple saja.
Alhamdulillah.. Aku rasa cukup apa yang aku ada.
Henpon, dua bijik.. Nokia 1110, dari form 2 guna fon tuu. Asalnya milik abah, tapi aku tukaq. Hehe. Beli sendiri guna duit kut. Satu lagi, Sony Ericsson W20. Nama glemer ZYLO. Ni guna duit aku separuh, duit kak aku separuh. Aku sayang gila kat ZYLO sebab gambaq cantik! Nset aku dua dua kaler hitam. BlackBerry la katakan.
Speq mata. Pembetul kepada kekaburan yang dialami. Frame separuh, power -1.75 dedua belah, warna maroon kot. Ni guna duit elaun. Hehe. Takpa kan? Untuk kegunaan aku jugak.
Lesen. Dah ada. B2,D.. Even tak bawak pi merata. Hehe. Manual dah lupa, aku skang reti guna auto jaa. Buleh la bawak, setakat nak pi kedai beli topap.. Aku tak takot nak drive, cuma orang len yang takot. HAHA..
Baju, seluaq suma cukup. Walaupun tak banyak.
Apa lagi... HAH! Laptop. Belum ada.. Tapi insyaAllah, bakal ada. Lagu mana pon, akan ku usahakan. Wlaupun tepaksa guna duit PTPTN? Hehe.
DSLR? Aku suka mensnap pic. Tapi, buat masa skang ni aku masih belum berduit. HAHA. So, aku lupakan walaupun aku tingin sangattt sangatttt nak snap pic guna DSLR. Ngeh ngeh. :))
Laptop dan DSLR. Aku tak la despredd sangat nanak benda tuh. Haha. Banyak benda yang aku nak sebenaqnya.. Tapi, aku tak layan sangat napsuu gila aku.
Aku rasa cukup bukan sebab aku kaya, mungkin sebab.. Ntahlaa. Hehe. Ramai yang anggap aku ni senang dapat apa yang aku nak sebab aku ada kak kak yang dah keja.
Tak tau kah bahawa abah aku pernah membesarkan tujuh orang anak yang semuanya masih belajar di sekolah rendah sampai ke universiti? Abah jugak ada lelah? Mak penah sakit batu karang? Anak anak ada jugak yang tak seberapa sihat? Abah penah bawak tiga orang anak naik moto honda bulat dari kota sarang semut ke jenun untuk pi sekolah? Tahukah, besar belanjanya? Tahukah, kak kak aku masih ada empat orang adik yang masih belajar? juga ada kereta yang perlu dibayar bulan bulan? rumah sewa jugak? tiket flight? Tahukah bahawa mereka juga perlu duit untuk majlis perkahwinan? Banyak lagi... Fahamkah?
Bahawa duit gaji mereka bukanlah untuk aku seorang sahaja.. HAHA.
Hidup.. Mudah dilihat. Cuma nak lalui itu susah.. Aku, insyaAllah akan sentiasa ingat yang Allah memberikan yang terbaik untuk aku, hambaNya.
Make it simple..
Wassalaam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan