Selasa, Julai 10, 2012

Heartbreak

The past will never change. 




Ohh. Itu yang aku dapat dari movie Heartbreak Library (2008). Movie Korea, aku tengok tajuk macam movie hollywood. Tapi jangkaan aku meleset samer sekali. HAHA.




Straight to the point. Menurut apa yang aku paham..




Allah dah pon tuliskan jalan cerita hidup kita. Semuanya, sudah tertulis. Tapi, ingat.. 


“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)


Allah tak ubah selagi kita tak berusaha untuk mengubahnya. Kalau kita dah berusaha, tapi tetap juga tak dapat apa yang kita nak. Redha lah dengan ketentuanNya. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditanganNya! Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika ia memperolehi kegembiraan dia bersyukur bererti kebaikan baginya, dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya" ( Riwayat Muslim )



Dan setahu aku, benda yang tak boleh ubah adalah waktu kita dilahirkan, waktu kematian kita, jodoh. Mungkin ada lagi? Aku tau yang tu ja. :)). Kita memang tak boleh ubah ajal kita, tapi kita boleh berdoa agar kita dimatikan dalam keadaan islam. Kita boleh berusaha kearah itu. Sama jugak dengan jodoh. Kita tak tau sapa jodoh kita. Itu rahsia Allah. Tapi, kita boleh berdoa supaya dijodohkan dengan orang yang soleh solehah.. Boleh berusaha menjadi solehah untuk dapatkan yang soleh..






The past will never change.. Sakit tu masih ada, tapi pasti satu hari nanti dah tak terasa peritnya. InsyaAllah. Mudah mudahan..




Haishh. Apakah sebenaqnya..



Tiada ulasan:

typo ur name