** Tolong abaikan post ini. Sekadar cacatan caca merba kehidupanku yang entah? **
Ya Allah...
Aku rasa sesak sangat. Fikiran aku macam dah lost world. Serabut. Kekadang aku nak nyanyi...
Aku rasa sesak sangat. Fikiran aku macam dah lost world. Serabut. Kekadang aku nak nyanyi...
"Tuhan tolong nyatakan lah tentang apa yang ku rasakan"
I feel nothing! Terasa nak teyak, tapi seolah tertahan. Hehe. :)). Mungkin aku terlalu pentingkan air mukaku?
Aku dah tak tau macam mana cara nak bagitau dia. Istiqarahku memberi aku petunjuk yang aku sendiri tak tersangka. Aku tahu apa yang Dia ingin sampaikan.. Tinggalkan segalanya supaya aku atau dia tidak berharap pada yang tak pasti. Kejar yang aku inginkan, lepas apa yang aku tak perlukan.
"Aku mintak maaf. Tolong lupakan aku. Tak payah tunggu aku lagi."
"Cukuplah setakat ni."
Sesimple itu kah ayat yang harusku katakan? Hahh. **mengeluh lagi** Aku keliru. Nampak macam aku pentingkan diri. Patut kah aku membiarkan saja perkara ni berlalu? Atau aku harus lakukan sesuatu? Aku tak tahu! Bagi aku, makin lama makin terasa pedihnya. Pandangan menjadi kabur **rabun**, nafas menjadi berat. Aku akui, bukan senang menyusun ayat yang bakal menghancurkan hati. Hati aku kah? Bukan.. Hati aku agak kebal dengan perasaan, seolah kalis cinta gituu. :D
Ya. Itu aku! Cukuplah Allah bagiku. Lebih utama mengejar cintaNya dari membuang masa begitu saja. Aku selesa sendiri. Aku selesa tiada cintan manusiawi yang penuh dengan helah, kecewa dan tipu daya. Tipu daya syaitan yang prioritynya menyesatkan anak cucu Adam!

Sekarang, aku cuma mampu berdoa. Agar aku dikurniakan kekuatan untuk meluahkan. Agar dia diberi kekuatan untuk menerima segalanya. Ya Allah...
2 ulasan:
good luck pipah!
jgn mudah putus asa! :)
hehe..
Catat Ulasan