Rabu, Julai 18, 2012

Oppa & Expecta

Assalamualaikum...


Sapakah Oppa (pronounce : ebba) dan juga Expecta? Akceli, aku pon tak kenal. Depa ni kembar yang muncul dalam mimpi aku. Haha.




Kisahnya....






Aku (lelaki kot) dan juga seorang perempuan yang macam tomboi ditugaskan mengambil mak ayah angkat kami kat airport kot. Perempuan tu bawak keta. Sampai ja di persimpangan jalan, ada lori dua biji mengekori kami. Besar besar gedabak kot lori tuu. Macam nak langgar kami ja. 


Tiba tiba, keta Avanza 2.0 yang dipandu itu rosak! Aduhh. Terpaksalah kami menunggang motor. Moto sapa ntah kami ambik. Haha. Then, nak lari dari lori lori jahat punya pasal. Kami pon bawak lelaju sampai lah ke kawasan berpasir. Heh, aku ingatkan lori lori tu nak give up! Tapi enjin apa ntah yang lori tu guna, smooth jer perjalanan.


Dengan tak semena mena. Aku terjumpa ayah angkat aku kat satu tempat bersama sama oppa dan expecta di kawasan tanah runtuh. Ayah angkatku, perempuan tomboi, dan aku pon ready untuk meragas naik ke atas. Aku tanya Oppa, nak ikut ka nak tunggu. Dia cakap nak ikot. So, aku pon kokong la dia. 


Fuhh. Penatnya aku nak naik atas. Dengan Batu bata yang ntah apa apa. Akhirnya aku sampai jugak ke atas. Aku panggil mak angkat aku. Aku cakap tolong ambik Oppa. Heh. Dia buat tak heran jer. Budak tu dah lembik macam nak mati kot. At last, aku sedaya upaya bagi Oppa naik atas. Nyawa nyawa ikan dah, tak larat budak tu. Aku pon macam dah tak larat nak naik.


Budak perempuan tu cakap,


"Ada yang diberi kesempatan untuk bertaubat."


Tak pasal pasal aku menangis. Dan menangis. Dan terus pegi ambil wuduk.





Dan aku terjaga dari tidur. Oppa & Expecta.. Haha.. 


Tiada ulasan:

typo ur name