Sabtu, September 21, 2013

Program Pembangunan Modal Insan - 1


Assalamualaikum.



Haa. Haritu kan aku ada cerita yang aku dapat surat untuk pi program Pembangunan Modal Insan (PMI) dari pihak Yayasan Bank Rakyat (YBR) 18-21 Ogos 2013. Aku rasa kat twitter kot aku cerita, Haha. Okeh, ni aku nak cerita sikit la pengalaman aku kat sana.




All of us, semuanya dalam 70 lebih kot. So dibahagi kepada dua kumpulan. Mokara dan Aranda. Aku dalam group Aranda! Go go aranda aranda.



Acik motivate us. Ni ha semua pesertanya. 

Ice Breaking.

Kena ingat nama setiap orang. Dan sapa yang berjaya ingat, dia akan dapat sampul cek dari YBR. First time weh ice breaking camnih. Siap offer cek lagi kan. Of kos la semua orang berkobar kobar nak remember nama member. HAHA. And the best part is, ramai pulak yang ingat. Bila dah ramai, Acik (orang YBR) suruh wakil sorang jer yang ambik cek tu. Lepas bincang punya bincang. Sorang lelaki dan perempuan pon mewakilkannya. Apa ada dalam cek tuh? Cek tendang ja! Haha, rupanya perutusan pelantikan Penghulu dan Penghuluwati. kehkehkeh. Cun dan comel sangat punghulu dan penghuluwati.


Mokara punya ice breaking

Bahagi kumpulan.

Dalam kumpulan Aranda ada 36 orang rasanya. So, kena la lagi bahagi kepada kumpulan kecik. Acik tu suruh beratur ikut umur, muda depan tua belakang. Aku tengah tengah. Haha. Muda lagi der. Pastu kira la 1,2,3,4. Dan kumpulan aku pulak, 10 orang. Haa. 3 lelaki, 7 perempuan. Dapatla group penguin (sebab kami dapat patung penguin). The Penguin's Army namanya.


Ni sebelum bahagi, dok belajar apa tah. Haa, budak kmk tuu. Kawan baik AC.

Aranda.

Okay, Pak Om adalah consultant kami yer. Katanya area KL, Selangor famous lah Baha Creative Consultant. Well, aku akui itu sebab best ah dia punya anak anak consultantnya. Motivation macam biasa la kan, belajar, ingat Allah, ibu bapa. Ilmu pengetahuan pon dia bagi. Sesi salam salam, peluk peluk semua. Haha. Aku dah la tak suker peluk cium pipi nih. Kalau ngan member rapat tak pa la kan. 


Pak Om. Aku? Tido ahhh.


Peluk peluk. Pulakk..

Aktiviti 1


Paling Best rasanya. Buat cheers, Hakka! Menyanyi. Tepuk tepuk terima kasih, tepuk tepuk 1, tepuk tepuk 2, tepuk tepuk 3, tepuk tepuk semangat, tepuk tepuk yayasan. Fuh, semua tepuk kena ingat dowh. 


Fokus on camera!


Setiap kumpulan kecik kena buat logo dan moto. So, buat ja lah. Lucky kumpulan aku ada yang pandai lukis! Haha. Sukanya aku. Masa tengah buat logo dan motto tu, yang free kena la design Hakka. 



Sadiq and syahmie designing HAKKA. Cayalaa.
See my nama? Haha. Amir tengah lukeh tu.
Mizah, Kira, Qila, Zue dan Fatin tengok jer laa.

Dah malam sikit, kami kena kumpul lagi kat dalam dewan. Ada Samurai Night! Semua orang dah cuak first first masuk. Cakap pon takut der. Bila dah lama sikit, dah bising laa. Gelak la hapa laa. Aku dah mula la nak main kan, gelap gelap camtuh. Yang bestnya, semua orang kena main! haha. Best der. First time kot.



Ni yang menang Samurai tuh. Dapat pedang cantik. Kahkahkah.

Night Walk! Night walk hape dalam mardi tepi UPM tuh. Memang tak da hutan la kan. Haha. Sebab tak da hutan, semua orang kena tutup mata. Ikat dengan kain. Memang tak nampak la. Ngehehe. So kumpulan aku ni haa, pegang tangan tak lepas laaa. Yang lelaki dan perempuan plak. Kena ikat tangan, tak leh pengang na. Haram! 



Haa. Kumpulan aku.. Zue kat depan, aku, Farah, etc etc.




Fuu. Continue to next day! PMI 2.





Penulis,

Tiada ulasan:

typo ur name