Isnin, Disember 30, 2013

How to . .


melupakan seseorang?





So, aku pon meng'Google'kan cara melupakan seseorang. Dan konklusionnya...




1. Terima Kenyataan

Aku terima kenyataan yang dia bukan untuk aku. Aku yakin dia akan jumpa pompuan yang jauhhh lagi baik dari aku yang tak baik nih. :)). Doakan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang yang nak dilipakan tuh. Ok..

2. Buang segalanya

Yang nih, budak tu yang ajaq aku. Delete nombor dia, unfriend di FB, jangan cari dia lagi. Sweet what. Yang paling penting, jangan stalk langsung FB beliau. Kalo boleh, block terus. Jangan mulakan sms yang tak penting. Buang gambar gambar yang mengingatkan kita kat dia.

3. Jangan ingat

Benda baik pasai dia. Kalo nak ingat, ingat benda benda atau perkara buruk pasai dia. Macam agak jahat kan? Aku taktau nak ingat benda apa yang tak baik. Hehe. 

4. Cari orang lain.

Wahh.. Aku memang senang nak suka kat orang. Haha. Tapi setakat suka dua tiga minit lahh. Aku jarang suka orang sesungguh hati. Owkehh.

5. Jangan dengar lagu

SEDIH. Okey. Dengar la nasyid ka, ayat qur'an ka.. Dapat jugak pahala kan??  

6. Solat.

Solat wajib + solat sunat. Lepas solat, baca al-quran. Baca terjemahannya sekali. InsyaAllah, akan rasa tenang. Jangan lupa, banyakkan berdoa..





Melepaskan sesuatu yang bukan hak aku adalah sesuatu yang perlu aku lakukan. :) Make it simple.




Post lama yang dah berkarat.





Happy final to all my friends. 

Khamis, Disember 05, 2013

He knows the best





it will be better. if i had my life without knowing you.  

































But Allah knows the best,








Sabtu, November 16, 2013

Kebahagiaan itu




Credit to iLuvislam


Assalamualaikum.. 


Long time yah no see. Sibuk dengan projects, assignments, tests. Hal keluarga lagi. Huhu. Satu lagi dah tak ada apa nak taip disini. Tambah tambah sejak aktif Twitter. Terus lupa kat blog ni haa. Hihi.


Minggu lepas, masa aku cuti midsem. Laptop buat hal, lepas install antivirus baru ja terus hang semacam. Cuak gilak lahh. Dah la satu satunya laptop yang aku ada. Masa tu pikir camna nak betulkan aje. Tak terfikir nak beli baru. Huhu. Even laptop nih bukan atas nama aku, bukan sepenuhnya milik aku. Aku guna aje lah. Membazir pulak nak beli baru. Dan alhamdulillah, laptop dah okay lepas aku uninstall antivirus tuh. Mungkin tak sesuai dengan laptop aku sebab tu asyik hang ja.

Yeah yeah. I know I can afford new one. Tapi, sakitlah nanti. Aku ni bajet nak simpan duit beli transport. Senang sikit nak praktikal nanti kan. Kihkihkih. Bajet je lah. Dapat ke tak, itu lain hal. Yang penting aku dah usaha.. Usaha laa, aku bukan anak tokey itik pon, sesenang boleh dapat Mitsubishi Lancer dengan hanya mendapat pointer cemerlang dalam exam. HAHAHAHA! 

Itu dia motifnya. Kahkahkah. Apa pun, hargailah hidup kita sebaiknya. Ada ramai lagi orang yang tak pernah merasai kebahagiaan yang kita rasa. Juga diingatkan, kebahagiaan bukanlah datang dari harta benda semata mata. 



Kerana bahagia itu dari dalam diri, kesannya zahir rupanya maknawi, terpendam bagai permata didalam hati... continue


Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.

Isnin, Oktober 21, 2013

siapa sangka


Assalamualaikum.



Siapa sangka akan diberi ujian sehebat ini. Ya, harus diakui ada lagi yang lebih hebat dan berat ujiannya.

Hanya Allah yang tahu. Kadang terasa lemah, kalah. Yang pasti aku tak boleh menyerah. Aku kena kuat. 



O Allah, make me strong.


Ahad, Oktober 06, 2013

FOKUS



Assalamualaikum.

Fokus. Semua orang ada fokus masing masing. Maksud aku, target. Dan bila dah ada target, kita akan fokus untuk mencapai targert.


Tapi kenapa, susah sangat nak fokus dalam solat.. Tssk. Sekali solat dalam 5 minit ja. Sehari 25 minit ja kan. Tapi kenapa? Susah nak fokus. Dalam 24 jam, hanya 25 minit diperlukan. Untuk ingat Allah. 25 minit untuk betul betul ingat Allah, bukan benda lain.

Masa solat ja. Bukan la maksud aku time lain tak boleh ingat Allah, tapi waktu solat adalah waktu specific untuk kita dengan Allah. Masa lain ada? Jarang kan, sibuk hal dunia. Sibuk layan perasaan.

kadang kadang lupa dengan tanggungjawab, sebagai khalifah dimuka bumi Allah.



hurt,

Sabtu, September 28, 2013

Program Pembangunan Modal Insan - 4




Assalamualaikum. 




Ohooi, last part. Aku just nak simpan story masa persembahan aje. Yang lain skip. Haha. Best, tapi tak ingat doe.




Petang ke tengah hari ntah, Pak Om suruh we all the peserta menyanyi lagu Iklim - suci dalam debu. Dengan penuh perasaan. Best woi karoke reramai, dengan sepenuh hati. Sumpah best. Terasa hingga ke urat saraf. Menyayat hati, tersirat hati semua ada. Huhu.





Nampak kesungguhan tu weh. Haha.

Wuu. Menyerlah wei.
Yang ni over bai. Tenganga ja semua. 



Haa. Lepas dah habis menyanyi tu. Pak Om buat sesi ingat ibu bapa. Ramai ja yang nangis. Tersentuh hati aku tengok member nangis. Tapi Entah mengapa, aku tak menangis. Wadahel tah dengan perasaan aku ni..


Farah.

Zue. Sabar Zue..

Menangis jugak?


Then, lepas sesi menangis menangis, kitorang kumpulan penguin ni berlatih nasyid. Lagu yang dipilih, rancak dan best! HambaMu by Mawi & Akill Hay. Kumpulan lain tak terkecuali la buat latihan bagai. 



Sampai la ke malamnya. Malam persembahan. Best. Best giler weh. Persembahan memang mantop. Dan paling penting, happy. Memang sangat hepi. Semua enjoi la dengan persembahan. Takpenah aku rasa ada persembahan yang best macem ni. Paling best dalam hidup aku setakat ni. 


Dikir barat by kumpulan itik kuek kuek.
Nasyid kumpulan aku!! 
Persembahan, atur cara semuanya penghulu dan penghuluwati aranda dan mokara yang setelkan. Tough kot. Tapi depa berjaya buat. Dewan, mikrofon, tempat duduk, VIP semua cun. Memang aku salute la dengan depa. Walaupun sibuk, ada masa buat semua benda. 

Ini bestt..
Credit pi lah kepada pengacara majlis!


Overall persembahan memang tip top. So, sesapa yang kena pi program PMI ni, yang under tajaan YBR la kan.. Pi la wey, tak rugi. Pengalaman yang berharga wey, best giler. 


My group. :)

To my group. Fatin, Kira, Mizah,Farah, Syahmie, Sadiq, Amir, Zue dan Qila. bebudak terbaik, maap ler tak bagi balik batang eskrem kat hampa. Aku memang nak bagi, tapi nampak macam tak adil pulak kan. Kat farah sorang ja aku bagi sebab memang menyerlah giler bakat dia. Kepada yang lain, sori weh. Memacam aku kata kat hampa kan. Haha. Harap hampa maafkan aku der. 


PMI YBR 19-21 Ogos


Heaven toksah kata. Program padat, tapi layanan tip top. Tak rugi pi program PMI. Makan best. Tempat tidur best. Member sporting.




got pengalaman terbaik from ybr,

Jumaat, September 27, 2013

Hot Couple


Assalamualaikum.



Hai. Aku tak da nak bash ka hapa.

Just terfikir.

Kalau masa kapel dah pi merata tempat.

So how bila dah kawen.

Masihkah terasa sweet?




just wondering,

Ahad, September 22, 2013

Program Pembangunan Modal Insan - 3



Proceed to the petang day! Yeay.

Sukan. Hakka.
Well, group Aranda ni kena buat Hakka. So lepas dah gabung gabung hakka dari kumpulan kecil dapat la hakka the best. Sebelum Nak keluar pegi main kat luar tu, the member of Aranda group semua kena conteng muka. Aku tak terkecuali. Dah la kena calit cat minyak tu kot.. Yang lain guna macam stick punya. Sadis la, Pak Ali yang memaksa aku bubuh cat kat muka. 

muka group Aranda!

Wahaa.. Gambar atas tu sementara tunggu geng Mokara turun padang. Bila semua dah ada, bermulalah peperangan antara Mokara dan Aranda!

Main badminton. Bawak belon. Tiup tepung ambil gula gula. Makan limau! Dan passing belon berisi air.

rumate!

jangan pecah dan jatuh.

comot laa.

aku paling lambat hadam benda nih.

Haha. Nampak tak permainan nih? Aku paling tak suka bila tau aku kena makan limau sebab aku lambat nak telan. And the result, tak de pemenang pon. Seri. Sajer ar tu nak bagi kami main ja. Hahaha. Apa pon memang best dan padat!

Sebelum balik tuh, sempat lagi laa bergambar! Haha. 

Hah, sorang tersesat masuk group penguin!


Proceed to malam.

Kami group Aranda kena solat berjemaah kat dewan. So, Ustat Burn bagi la sedikit pengisian. Ustat burn nih ambik master kat UIA, umor lebih kurang abang aku ja. 

ceramah!

Lepas habis ja slot pengisian rohani, sementara tunggu masuk Isyak. Setiap group bincang pasal persembahan. So, kitorang pon decide lah nak nasyid lagu HambaMu dari Mawi & Akhil Hay. Best dowh. Cari la lirik, dan jugak minus one. Persembahan ni deorang dah bagi sejak hari first lagi, so senang la nak practice. Cari tajuk apa semua. 

Lepas ja solat isyak, kami pon practice laa. Nyanyi ramai ramai. Tapi tak la over sangat sebab esok boleh practice lagi. Hehe. Sambil sambil tu, kena buat kata kata hikmah. Bebudak group aku pon buatlah satu dalam arab, satu lagi english.

amit buat khat! respek laa.
senyum je..

Lepas habis menulis tu. Semua orang diminta pulang ke bilik masing masing. Haha. Lupa nak cakap. Best der bilik dia, macam hotel woh. Duduk dua orang. Memang heaven laa. Rushing pon tak la terasa sangat sebab bilik dia memang best. Haha.


Okay, dah. Nanti sambung lagi ke part last!


penulis,

Program Pembangunan Modal Insan - 2



Assalamualaikum. 

The next day! Yeaa. 


Aktiviti luar
Kena panaskan badan. Aktiviti ni gabung geng Aranda dan Mokara. Ramai siot. Haha. Cem biasa, panas badan. Ni Pak Ali, bekas askar plak kan yang jadi fesi. Haha. Memang kena la belajar kawad. Disebabkan nak kawad, Pak Ali tanya sapa budak Palapes. Dan kebetulan rumate aku ni budak Palapes. Dia sorang plak tu. Haha. Tough la beb. Belajar pegang senjata, letak kat rusuk lah, pekebenda pon aku tak tau. Haha. Lepas habis tu, jom kita makan! Tapi aku tak makan sebab nak makan roti yang semalam. 


Lets do it!

Pak Ali ajar letak senjata.


Kepercayaan.
Then, geng geng aranda ni diarahkan masuk dewan. Dewan Aranda. Hehe. Fesi ajak main test kepercayaan kita dekat member. Haha. Ada pulak kan, suruh aku jatuhkan diri pastu member belakang kena tahan aku bagi tak jatuh. Wakaka, ada jugak yang jatuh wey. Berat berat oi.


Haa, tengok aku steady jaa. Haha

Pastu main salam salam, then kena bukak salaman tadi untuk jadik bulatan. Haha! Giler.


Ramai woi, camna nak bukak salam ni.

Lagi, Main tali. Haaa. Ni aku suka. Sebab aku buleh buat walaupun lambat. Dan penah jugak main masa kat Kem Pimpin Siswa. Don't know how to explain. haha.


Make the tali tak terikat lagi. 


Slot kedua, aktiviti dengan kumpulan masing masing.
Tadi pakai campur ja. Yang dengan kumpulan pon mencabar. Main pas kejipan mata, bola jatuh. Haa, ni diconduct oleh orang lain pulak. Kira masa kot. Memang best, hihi. 


Kumpulan aku! Jatuhkan bola dalam masa sesingkat yang mungkin.

Ni.. Arahan kejipan mata. Hehe

Lepas habis main tuh. Kami ada projek pulak. Yeay! Projek berjuta. Buat dua menara 3 kaki. Giler kau, satu kena guna straw, satu lagi surat khabar.Lepas buat tuh, kena test dengan telor ayam mentah. Wuu. Alhamdulillah kumpulan aku tak memecahkan telur walaupun 1 menara kami tak cukup tinggi. 


Budak account plak yang mengikat. Arch yang lelaki tuh.


Let's test dengan telur ayam. Senyum!

Haha. Last sekali, kena buat roda. Guna surat khabar. Ikat punya ikat. Kami kumpulan last yang sampai! dah la menipu. Kurang asam kan. hehe.


The last group! Maluuu.


Slot ketiga
Ni diconduct oleh Zul. Confident tajuk dia (kot). Dia challenge sesapa yang berani ke depan, buat benda yang memalukan. Macam berlakon, menggedik, etc lah. Haha. Teringin gak nak pi, tapi malas la kan. Wahaha.


Kan dah menyesal.. Hahaha

Bersama kumpulan. Dan ada tetamu jemputan. Omputih uols. Apa dia cakap, aku tak hadam sangat sebab aku memang kureng english. Tapi still laa paham. Dia tekankan pasal 3R tuh, Reuse Recycle Reduce. Farah bagi idea baik punya. Dia kata budak USM yang buat. Tapi aku tak tau pulak. Malu der. Hahaha. Apa pon tak tau. Lepas tu kena present. So, aku tengok je laa. Farah ja yang present, budak law weh! Cekang english. Huhu.


The best past when she speak with confident!

Okay, bersambung ke part 3 pulak la nanti. Part 3, time petang dan malam pulak. 

Sabtu, September 21, 2013

Program Pembangunan Modal Insan - 1


Assalamualaikum.



Haa. Haritu kan aku ada cerita yang aku dapat surat untuk pi program Pembangunan Modal Insan (PMI) dari pihak Yayasan Bank Rakyat (YBR) 18-21 Ogos 2013. Aku rasa kat twitter kot aku cerita, Haha. Okeh, ni aku nak cerita sikit la pengalaman aku kat sana.




All of us, semuanya dalam 70 lebih kot. So dibahagi kepada dua kumpulan. Mokara dan Aranda. Aku dalam group Aranda! Go go aranda aranda.



Acik motivate us. Ni ha semua pesertanya. 

Ice Breaking.

Kena ingat nama setiap orang. Dan sapa yang berjaya ingat, dia akan dapat sampul cek dari YBR. First time weh ice breaking camnih. Siap offer cek lagi kan. Of kos la semua orang berkobar kobar nak remember nama member. HAHA. And the best part is, ramai pulak yang ingat. Bila dah ramai, Acik (orang YBR) suruh wakil sorang jer yang ambik cek tu. Lepas bincang punya bincang. Sorang lelaki dan perempuan pon mewakilkannya. Apa ada dalam cek tuh? Cek tendang ja! Haha, rupanya perutusan pelantikan Penghulu dan Penghuluwati. kehkehkeh. Cun dan comel sangat punghulu dan penghuluwati.


Mokara punya ice breaking

Bahagi kumpulan.

Dalam kumpulan Aranda ada 36 orang rasanya. So, kena la lagi bahagi kepada kumpulan kecik. Acik tu suruh beratur ikut umur, muda depan tua belakang. Aku tengah tengah. Haha. Muda lagi der. Pastu kira la 1,2,3,4. Dan kumpulan aku pulak, 10 orang. Haa. 3 lelaki, 7 perempuan. Dapatla group penguin (sebab kami dapat patung penguin). The Penguin's Army namanya.


Ni sebelum bahagi, dok belajar apa tah. Haa, budak kmk tuu. Kawan baik AC.

Aranda.

Okay, Pak Om adalah consultant kami yer. Katanya area KL, Selangor famous lah Baha Creative Consultant. Well, aku akui itu sebab best ah dia punya anak anak consultantnya. Motivation macam biasa la kan, belajar, ingat Allah, ibu bapa. Ilmu pengetahuan pon dia bagi. Sesi salam salam, peluk peluk semua. Haha. Aku dah la tak suker peluk cium pipi nih. Kalau ngan member rapat tak pa la kan. 


Pak Om. Aku? Tido ahhh.


Peluk peluk. Pulakk..

Aktiviti 1


Paling Best rasanya. Buat cheers, Hakka! Menyanyi. Tepuk tepuk terima kasih, tepuk tepuk 1, tepuk tepuk 2, tepuk tepuk 3, tepuk tepuk semangat, tepuk tepuk yayasan. Fuh, semua tepuk kena ingat dowh. 


Fokus on camera!


Setiap kumpulan kecik kena buat logo dan moto. So, buat ja lah. Lucky kumpulan aku ada yang pandai lukis! Haha. Sukanya aku. Masa tengah buat logo dan motto tu, yang free kena la design Hakka. 



Sadiq and syahmie designing HAKKA. Cayalaa.
See my nama? Haha. Amir tengah lukeh tu.
Mizah, Kira, Qila, Zue dan Fatin tengok jer laa.

Dah malam sikit, kami kena kumpul lagi kat dalam dewan. Ada Samurai Night! Semua orang dah cuak first first masuk. Cakap pon takut der. Bila dah lama sikit, dah bising laa. Gelak la hapa laa. Aku dah mula la nak main kan, gelap gelap camtuh. Yang bestnya, semua orang kena main! haha. Best der. First time kot.



Ni yang menang Samurai tuh. Dapat pedang cantik. Kahkahkah.

Night Walk! Night walk hape dalam mardi tepi UPM tuh. Memang tak da hutan la kan. Haha. Sebab tak da hutan, semua orang kena tutup mata. Ikat dengan kain. Memang tak nampak la. Ngehehe. So kumpulan aku ni haa, pegang tangan tak lepas laaa. Yang lelaki dan perempuan plak. Kena ikat tangan, tak leh pengang na. Haram! 



Haa. Kumpulan aku.. Zue kat depan, aku, Farah, etc etc.




Fuu. Continue to next day! PMI 2.





Penulis,

typo ur name