Ahad, Januari 29, 2012

Ku tabahkan hati melihat kau pergi dariku...



MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI
DAN
SYARAT KHAS PROGRAM


Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/ Asasi dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran seperti berikut:
  • Biology; dan
  • Physics/ Chemistry/ Mathematics/Computer Science
dan

Mendapat sekurang-kurangnya 6C/Gred C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
  • Biology;
  • Bahasa Inggeris; dan 
  • Physics/Chemistry/Science

IJAZAH SARJANA MUDA PSIKOLOGI
AA16 
 
 
 
Ok. Fine. Aku memang tak ambik BIO. dan SPM aku pon bukan GRED C for BIOLOGY. 
 
Ok, fine. Yang berlalu dah pun berlalu. Aku memang tak leh ubah rezap SPM aku dah. Demming.
 
Aku pon tak tau pasaipa kena ada BIO. Setau aku, math ja kena kuat untuk ambik Psikologi. 
 
Arghhh. Salah aku jugak. Survey kat UKM ngan UMS ja. Padahal sejak aku form 3 lagi dok mengusha kos tuu. 

Ok, fine. Aku terima hakikat yang aku takkan mintak UPSI.

Huwaaaaa.. Sedihnya..


|| La tahzan! Allah itu Maha Mengetahui. Apply ja la apa yang boleh diapply. Oittt, UPS kot esok! Study! Study! Study! ||

luangkan masa bersama . .


Assalamualamualaikum...

Huh.. Semalam ada AJL kan?? Ok. Aku tak tengok pun. Hahaha. Sebab apa tak tengok? Ofkos la aku dah ada kat KMK terchenta nih.. Plus plus pulak terlupa nak bawak earphone aku yang  cantik tuu. huhu. sad!

Aku bukan la nak story pasal AJL pon. Sapa menang pon aku tak tau. Dan aku tak terasa nak ambik tau la pulak. Hahaha :),



Dengan sapa kita nak luangkan masa? 


For sure la dengan Maha Pencipta. 


Kenapa la susah sangat nak luangkan masa dengan Allah. Padahal Dia dah bagi aku segala galanya. Apa yang aku mintak, kebanyakkannya Dia makbulkan. Susah sangat ka nak mengingati Allah? 

Sekurang kurangnya berzikir.. Mengadap laptop boleh ja 25jam. Nak mengadap Allah (solat) 10 minit pon dah mengeluh. Apa la nak jadi ngan aku nih..


insaf seketika..



|| Yang aku nak ingatkan diri aku : Try lah luangkan masa untuk Allah, untuk diri sendiri jugak sebenarnya. Dalam mengejar redha-Nya, kita kena lah kenal Allah. Bukan sekadar tahu Asma ul Husna sajaa.. Insya-Allah, bila kita luangkan masa untuk Allah, Allah akan cukupkan masa kita untuk kerja kerja duniawi. Tolong laa AIMZ, jangan buang masa dengan benda benda merapu nihhh. ||


Sekian, Wassalaam..


Sabtu, Januari 28, 2012

AKU MOHON . . .


Assalamualaikum...

Aku sedih lerr skang nih. huhuhu.. n_n

Akceli aku nak ber UPU-ing.. So, skang ni aku tengah mengusha usha la kos apa yang aku boleh mintak.. Aku pon dah try banyak kali imascu tuu..

Aku teringin sangattttttt nak apply ISM SAINS KEMANUSIAAN (PSIKOLOGI)(K) kat UIAM. Tapi tak buleh. Uwaaa.. Dalam planning aku, aku nak letak UKM - Sains Sosial (Psikologi) .. Pastu UMS - Psikologi kanak - kanak dan keluarga. Tapi UMS tuu jauh la pulak kan.. So, aku cancel kan UMS tuu..

Ok tak?? 

Satu ja yang ada sains sosial. Yang lain semua aku mintak Sains Komputer..

Sebenaq-benaqnya..aku pon tak tau aku minat ka tak Sains Komputer tuu. Yang aku tau, aku minat la Psikologi. Tapi aku boleh letak kat UKM jaa. UIAM tak mauuu aku.. UMS jauhhhh sanggatttt..

~nananana~



Allahhu Akbar..

Aku cuma insan lemah.. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Mengetahui..

||ku mohon petunjukMu, Ya Rabb.. i__i||

Sabtu, Januari 21, 2012


Ya Allah. 

Tabahkanlah hatiku ini.


Takkan menyerah sebelum kalah!

||insyaaALLAH.||

Jumaat, Januari 20, 2012

Aku tak perfect laa...



Assalamualaikum w.b.t . . .


Aku tertarik nak mengongsikan sesuatu..

Lebih kurang berkaitan dakwah laa. Aku penah terbaca yang “dakwah nih tanggungjawab setiap yang bergelar muslim”


Memang susah nak berdakwah. Susah nak menegur orang lain. Aku sendiri pon susah nak terima kalau ada orang tegur aku. Mungkin terasa diri ni hebatt sangat kowt, macam perfect laa. Padahal, selalu ja buat salah. Ada ja yang aku ter ter ter.


Absolutely, aku akan kata “ellleeeeeh, dia pon lebih kuqang, da hati lak nak tegoq aku” bila ada orang tegur kesilapan aku. Tapi dalam hati laa, tak pun cakap belakang. Tak penah lagi cakap depan depan. Huhu.


Betuiiiii, manusia ni tak perfect. Mesti ada khilafnya jugak. Even dia dok bagi nasihat kat orang lain. Harus diingat, dia juga sedaya upaya menjaga tingkah laku, amalan, sikap, dll yang berkaitan~.


Pengajaran buat aku. Kalau ada yang menegur, jangan ambik hati sangat. Just ambik yang baik. Yang kekeruhan jangan dipandang.


Bukan senang nak berdakwah. Banyak rintangan dan dugaan. Aku teringin jugak nak berdakwah. Tapi sebelum tu, aku kena la perbaiki diri aku yang tak baik nih. Aku memang salute laa orang yang berani hadap dugaan manusiawi nih. Tabik sepering la katakan..


|| sekadar berkongsi rasa walau tiada yang ingin membaca ||


Isnin, Januari 16, 2012

Patah Berapa ribu?


Assalamualaikum..

Ini dia untuk hari ini. Sesuatu yang tiba tiba datang. Ngeh. Ngeh. Ngeh..

Lembut bukan bererti mudah rebah.
Keras tak semestinya takkan goyah.

Lembut, bukan semuanya perempuan.
Kasar, tak menjamin lelaki.


||entah mengapa, aku rasa line yang kedua tu kena dengan aku||

ketenangan itu....


Assalamualaikum...

Aku ingin mencintaiMU, Ya Rabb..


|sekadar peringatan kepada diri ini|

"Kebahagiaan itu suatu kesyukuran."
ketika sedang berbahagia, ucapkan syukur kepada ALLAH swt. ingatlah, DIA yang memberikan segala nikmat yang aku rasakan.

Ketika mendapat ujian & dugaan
Ucapkanlah juga Alhamdulillah. sekurang kurangnya aku tahu ALLAH masih ingatkan aku. tidak DIA tinggalkan aku yang sedang kealpaan. Mungkin juga DIA ingin tahu sejauh mana keimanan aku terhadapNYA.


Jangan berputus asa AIMZ! Jangan berputus asa dengan ALLAH swt. DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk aku, hambaNYA..


||insyaaALLAH||
:) 

Ahad, Januari 15, 2012

aku terlalu angkuh!


Assalamualaikum..


Hari ni tergerak jari jemari untuk menaip, dengan izin ALLAH juga ianya berlaku.

Akceli, aku dapat inspirasi nak menaip ni masa tengah makan. So, maknanya aku baru ja lepas makan. Alhamdulillah.. Beroleh kekenyangan disitu. €:)


Masa aku tengah makan tadi, tetiba aku terfikir.. Pasal ujian dan dugaanNYA yang telah aku lalui. Dan dengan keangkuhan aku, aku kata ‘aku tak sangka aku boleh lalui semuanya sendiri’. Dalam fikiran aku, tiada langsung ucapan syukur kepada ALLAH SWT.


Aku lupa. Aku lalai.

Astaghfirullah hal ‘azim.. 


Tiba tiba aku jadi sedih. Ujian itu, sudah lama. Bukan seminggu yang lepas, bukan sebulan yang lepas, bukan setahun yang lepas! Sudah berlalu bertahun-tahun lamanya... Hingga kini masih terasa peritnya, pedihnya.. 


Dahulu aku menangis. Sakitnya hanya ALLAH SWT yang tahu. Aku masih muda masa tu,kecik lagi,pmr pon tak ambik lagi. Menangis aku dalam tidur, aku menangis dalam solat, aku menangis sehingga tiada lagi sisa air mata yang ditinggalkan... 


Ingatkah? Aku? 


  • Siapa yang memberi kekuatan untuk aku terus berdiri?

  • Siapa yang memberi kekuatan untuk aku terus menjalani kehidupan?

  • Kepada siapa aku mengadu ketika kesedihan, ketika merasa tak ingin untuk hidup?

  • Nama siapa yang aku sebut ketika menangis?




Jawapannya hanya ALLAH SWT.



Tersangat senang aku melupakanNYA. Terlalu mudah. Dah macam kacang lupakan kulit. Hilang kesedihan, aku tinggalkan Tuhan. Aku terlalu angkuh!


Sekarang, ALLAH kembalikan kesedihan itu, ALLAH mengingatkan aku tentang ujian itu. Bukan DIA saja – saja. Pasti ada hikmahnya.


Aku tau, ALLAH nak aku kembali padaNYA, kembali ke jalanNYA. Syukur, Alhamdulillah..



Tanpa DIA, aku takkan mampu untuk meneruskan hidup. 

Tanpa izinNYA, takkan terjadi segala sesuatu.



||aku ingin mendekatiMU, Ya Rabb||

Khamis, Januari 12, 2012

Sabtu, Januari 07, 2012

Weeding of this year.

ASSALAMUALAIKUM.


Majlis perkahwinan sepupu

Syuhaida & Khairil
(26 NOVEMBER 2011 bersamaan 30 ZULHIJJAH 1433H)

Tak dan nak curi pict. :)


Majllis perkahwinan kakak

Husna & Saiful
(9 DISEMBER 2011 bersamaan 13 MUHARRAM 1433H)
ni femli aku dan orang baru dlm femli. :)


Tahniah! Akhirnya berakhir dengan akad nikah yang mana cinta disalurkan melalui jalan yang halal. Aku doakan both of the pengantin, my sis and my cousin bahagia bersama pasangan memasing dan moga berkekalan hingga ke syurga. Amiin ya rabb..

Kesedaran dan perubahan. 

Tak dinafikan, aku memang dah lama sedar tentang kesilapan aku. Cuma aku mengambil masa yang terlalu lama untuk memikirkannya. 

Aku tau yang mana boleh dan tidak boleh. Aku tau semua tu. Berdosa sekiranya tahu yang haram dan yang berdosa, tetapi kita tetap melakukannya.  Ilmu tanpa amal, bagai pokok tanpa buah kan??

"berubahlah.. itu hidayah dari ALLAH. InsyaAllah, boleh istiqmah. jangan hirau sangat cakap orang. yang penting pandangan ALLAH terhadap hambaNya"

Ayat itu, terlalu menyentuh hati aku.. Hingga aku sendiri malu dengan apa yang aku dah buat.. Pandangan ALLAH itu yang penting. Bukan pandangan manusia.

syukran jiddan ya akh wa ukh for da support.

Selasa, Januari 03, 2012

My first Love

Assalamualaikum..

Hari ni aku agak merajinkan diri nak taip review movie Thailand aka Siam.
Tajuk movie : First Love. Ataupun Crazy Little Thing Called Love.

Aku memang suka gila la tengok movie nieh. Best kot. Dah la pelakon pelakon hensem giler + cantik jugak laa. Haha.

Movie nih pasal budak pompuan yang tak cantik (P’ Nam)  Yang telah jatus chenta dengan senior nya yang hensem gilerous (P’ Shone). Macam macam yang dia buat supaya senior dia nih pon suka jugak kat dia. Nak menarik perhatian la kononnya.

Member member dia pon banyak tolong jugak. Hah. Disebabkan member P’Nam lah, P’Nam telah menjadi cantik, cantik giler aa. Dari kulit gelap jadi cerah.
P’Nam nih sanggup berlakon drama kat skola dia, belajar sungguh sungguh sampai jadi best student, banyak laa yang dia buat. Tapi tak jugak P’Shone tu tunjuk yang P’Shone pon ada hati jugak kat P’Nam. Muahaha.

Aku nih tak reti la nak olah cerita. So, sesapa yang tak tengok lagi movie nih, aku suggest kan, tengok lahh. Memang best. Search jerk at google kalo nak tau dengan lebih melanjut.

Sampai aku pon agak bermotivasi untuk belajar bersungguh sungguh SEM II nih. Huhu. Aku pon teringin nak jadi macam P’Nam. Aku salute lah kegigihan dia nak ngorat budak yang dia suka tuh.

Kalaulah aku tau macam nih, aku mesti nak target 4 flat untuk PSPM 1 arituu.
Tapi tak paa, aku nak usaha jugak! Nak jugak dapat result yang elok untuk PSPM 2.. :)

typo ur name