Ahad, Februari 20, 2011

hate!



Kebencian merupakan sebuah emosi yang sangat kuat dan melambangkan ketidaksukaan, permusuhan, atau antipati untuk seseorang, sebuah hal, barang, atau fenomena. Hal ini juga merupakan sebuah keinginan untuk, menghindari, menghancurkan atau menghilangkannya.

Kadangkala kebencian dideskripsikan sebagai lawan daripada cinta atau persahabatan; tetapi banyak orang yang menganggap bahwa lawan daripada cinta adalah ketidakpedulian.
**from wikipedia**


Kebencian

Membenci sesuatu/seseorang sebenarnya tidak membawa kepada kebaikan. Kebencian sebenarnya boleh menjadikan sesuatu perkara itu terlekat di fikiran kita secara senyap dan terus menghantui kita.

Kita berhutang dengan seseorang dan membencinya serta cuba melupakan hutang itu. Yang lebih teruk lagi kita membenci pula orang yang kita berhutang itu. Semakin kita cuba mengelak dari mengingatinya semakin bercelaru fikiran kita.

Kita perlu menerima hakikat yang kita telah berhutang dengannya, barulah dengan cara itu kita akan mencari jalan untuk menyelesaikan hutang tersebut. Mengelak diri dari bertemu sepemberi hutang adalah penyelesaian sementara sahaja. Esok lusa, mungkin kita akan bertemu dengannya di rumah saudara kita, yang mana telah

berkahwin pula dengan saudaranya.

Membenci diri kita kerana berlebihan berat badan juga tidak memberi apa2 faedah. Selain kita tidak akan memperdulikan diri, kita juga tidak akan berbuat sesuatu untuk memperbaiki keadaan. Selagi kita tidak menerima hakikat tersebut, selagi itu kita tidak akan berubah.

Sebaiknya kita terima hakikat lebihan berat kita itu, dan berbuat sesuatu yang perlu untuk membuangnya, atau terus sentiasa bertukar sais pakaian untuk menyesuaikan diri.

Kebencian yang melampaui batas juga memungkinkan seseorang itu, membuat fitnah terhadap musuhnya. Kebencian juga menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan dan percaya kepada fitnah tersebut.

Sebaiknya, kita perlu bersangka baik dengan semua orang. Nabi s.a.w. sendiri telah mengingatkan:
"Awas kamu dari sangkaan itu, kerana sangkaan itu adalah sebohong-bohong bicara". (Riwayat Bukhari).
"Jika engkau menyangka (buruk), jangan engkau sampai mengiyakannya!" (Riwayat Thabarani)


**nh hasil fotokopi yg kopi2 pasai kebencian**
_aku sbnqnya xsuka membenci seseorang..tapie,,bila aku membenci seseorang..aku ada sebab untuk berbuat demikian. aku tak laa sewwenang weeenangnya membenci..dlm kata lain,,meluat..kasaq ngat tuu..benci lebih lembut dari pandangan mataku..hahaha...tuleh pasai benci nh, aku tqingat cita '10 things i hate you' >lebih kurang kowtt<..huehuehue...papa pom,aku xsuka meluat2,benci2 kat oqg nihh.xbest pon..wat hatiku sakit ada laaar.hehehe.._

Tiada ulasan:

typo ur name