Assalamualaikum.
Aku lapar, aku makan. Aku makan, aku kenyang. Semua tu Allah yang izinkan. Alhamdulillah..
Takkan terjadi sesuatu tanpa izinNya, sahabat. Belajarlah untuk terima ujian dariNya. Redha. Usaha untuk menanganinya. Doa, senjata kita selamanya. Biar lah menangis, terasa hati di sini tapi jangan di sana nanti.
Aku tau susah untuk merungkai kembali kisah lalu yang menyakitkan untuk mencari hikmah disebaliknya. Aku rasai payahnya untuk memaafkan seseorang yang tak boleh dibenci tapi tidak juga disayangi. Aku tau peritnya mahu melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nafsu. Aku tahu apa rasanya bila ada yang mempersoalkan tindakan dan tingkah laku kita.
TAPI, apa aku kesah. Allah sentiasa ada. Aku tau, Dia menyalurkan kekuatan kat aku untuk teruskan segala apa yang aku mulakan.
.::Aku cuma lalui apa yang telah Allah tetapkan untuk aku. Aku tak tau apa yang orang lain lalui. Cuma, ingatlah.. Apa saja yang berlaku ada hikmahnya. Apa jua yang terjadi dalam hidup kita, jangan lupa, Allah ada.. ::.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan