Assalamualaikum.
Aku balik rumah sebab nak jumpak kak kak aku.
Serta melihat kolagen rumpai laut gred AAA yang dibawak oleh kak aku.
Wanna try, just habaq mai. Aku buleh bagi free 10g.
Wahh.
Sebenaqnya aku nak habaq.
Aku balik rumah nih, terjumpak barang barang aku.
Kasut yang mungkin tidak berjenama, RM15. Kaler hitam, tali kasut dah hilang, ala ala converse gitu. Bolehla pakai pi tusyen..
Sport shoes. RM tak ingat. Kaler hitam + merah hati. Cantik giler. Haha. Pakai masa ada sukan kat sekolah.
Tak lupa kasut sekolah. Putih kalernya. Sepak takraw? Yeah, aku pakai warrior. RM20 mungkin. Aku beli sendiri sebab kasut aku dah koyak nampak stokin dan dah dekat spm.
Apa lagi tak tau..
Haa. Seluar tracksuit jenama Antioni. Harga dah lupa der. Kaler hitam, line merah ditepi. Puii, pakai selalu seluar tuh. Sampai jadi kaler lain.
Seluar khakis kaler hijau tua yang masam. RM39. Sampai la dok pakai lagi.
Henpon Nokia cekai tak ingat model apa, RM160. Time tu rasa murah sangat dah. Henpon tu la ni dah tak detect simkad. Abah aku guna.
Banyak lagi nak list. Tapi haruslah tak ingat dah. Haha. Aku teringat sebab nastolgia masa SEKOLAH MENENGAH, menghimpun duit yang abah bagi RM5 tiap hari aku pi sekolah, tambang bas RM2, makan RM3. Dan aku kuat makan. Tapi aku tahan jugak sekupang dua untuk simpan. Aku guna duit simpanan aku dengan duit raya yang aku dapat tu beli kasut, seluar, hempon, pencuci muka, topap etc etc. Aku tak dak selipar sebab aku tak beli selipar, macam tak berbaloi ja nak beli. Just guna sisa yang ada dirumah, sama macam baju. Aku beli mengikut kehendak dan keperluan aku sahaja. Beli pon barang murah jaa. That is why aku tak beli benda merapu. Hehe. Aku tak suka mintak duit kat mak abah doe.
Dulu aku simpan duit tiap tiap hari + duit raya untuk beli kasut, seluar, etc.. Masuk matrik, guna duit elaun. Masuk universiti, guna duit PTPTN dan yayasan. Duit dari mak abah, kak kak aku. It just now aku rasa aku dah tak simpan duit untuk beli barang barang aku!
Aku rindu giler perasaan aku time aku simpan duit, pi beli benda yang aku nak. Rasa puas beli dengan duit sendiri? Tak, bukan duit sendiri. Duit abah yang aku simpan. Hehe.
Sekian.