Sabtu, Mac 03, 2012

Aurat





Dulu aku hairan kenapa mak dan kakak kakak aku pakai tudung. Bertambah hairan bila mak dan kak kak aku pakai tudung on off. On off dalam rumah yer, bukan luar rumah. Hehe. Pakai tudung bila sepupu sepapat datang rumah. Tak pakai tudung bila pak sedara datang rumah (adik beradik mak dan adik beradik abah). Tapi, pakai pulak tudung bila mak sedara dan pak sedara datang rumah (pak sedara yang bukan adik beradik mak dan abah).

Bila dah besar, baru aku paham. Kenapa boleh salam dengan bapa sedara yang ini dan tak boleh salam dengan bapa sedara yang itu. Semuanya kerana pertalian darah. Kerana mereka mahram. Aku banyak fikir kenapa, kenapa dan kenapa. Tapi aku tak berani bertanya. Alhamdulillah, akhirnya aku tau sebabnya..

Walaupun duduk sebelah rumah, kalau bukan mahram, wajib tutup aurat dengan sempurna.. Jangan fikir tiap tiap hari jumpa, ada kelonggaran sikit. Jangan fikir tiap tiap hari jumpa, akan ada pertalian darah. Melangkah sahaja ke kawasan yang ada orang bukan mahram, tutuplah aurat.

Panduan..


Marilah sesama kita belajar untuk menutup aurat dengan sempurna. Aku nak ajar, aku pun tak sempurna lagi. So, tanyalah orang yang lebih arif macam ustazah, ustaz, orang yang alim tentang agama. Insya-Allah, perjalanan mencari ilmu itu akan mendapat berkatnya..


:: Masih ramai yang tak faham bagaimana cara untuk menutup aurat. Bertanyalah kepada yang arif, malu bertanya, sesat jalan. :) :: 


3 ulasan:

~Cik Sweety~ berkata...

ye betul..sya setuju..dah terhantuk baru nak tengadah kn??mcm syeee..kehkehkeh...

nasazfrog... berkata...

zaman sekarang ni mcm2 ada... tak nak cita banyak.. menutup aurat itu wajib.

a i m z berkata...

tak perlu mempertikaikan hukum Allah.. :)

typo ur name