Sabtu, Januari 29, 2011

hIpOkrIt....

Seperti yang kita tahu…hipokrit tu ialah…orang yang berpura2 ‘baik’ depan orang…tapi sebenarnya ada niat jahat. Atau buruk sangka…atau buat2 baik tapi dalan hati sbenaqnya tak suka. Mesti korang pernah jumpa orang camtu kan?

tapi penah tak terfikir…pernah tak terfikir kita sendiri pun pernah mengamalkan budaya hipokrit ini?

Hmm…tengoklah. Kita bising bila orang buat keja hipokrit kat kita…kita gitau orang lain. Cerita pasal keburukan orang lain kepada kawan2, dan compare diri dengan mengatakan

“kalo aku jadi dia aku takkan buat camni camtu”
atau
“kalo aku marah pun takdak la buat cam sekian sekian”.

Kdg2 kita rasa diri kita lagi bagus daripada mangsa umpatan tersebut…

haa tu dia…kita yang bajet bagus ni pun mengumpat orang. Tak hipokrit ka tu? Dah jadi sama level dengan hipokrit tersebut. Kalau taknak jadi hipokrit baik diam ja… tapi kalo diam ja, cemana nak selesaikan masalah? Nak bincang dengan sapa? Nak ngacom kat sapa? Kalo simpan dalam hati ja bahaya. Nak taknak, terpaksa jugak kita luahkan.

So, kesimpulannya, setiap manusia tidak boleh lari daripada sifat hipokrit! Kadang2 kita tak sedar kita ter-jadi hipokrit…oleh itu…hati2 sikit bila panggil orang lain hipokrit. Cermin diri tu dulu. Tapi kalo nak panggil gak takdak sapa halang. Sekadar nak lepas geram lantak la apa ko nak kata. sebab aku pun gitu jugak. Aku panggil orang hipokrit dengan kesedaran aku ni hipokrit jugak kahahah.


**wah hipokritnyaa aku~ hahahaaa..

takdakk arh.. pendapat aku ialah; aku tak kesah pun kalo oqg hipokrit ngan aku kaaa aku hipokrit ngan oqg.. wahaha.. sbb slalunya leh nampak org yg hipokrit sdg wat tuh..
lagipun aku suka oqg ngumpat aku.. huahahaha. psai akn qsa oqg hargai kewuujuuudan kita dan amik kesah psl tindakan kita…**
_aku nh suka benoo copy_

Jumaat, Januari 28, 2011

sEdiH kah AkU??

xar..aku nak share artikel sai tips menggembirakan aty jaa..:)

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental, emosi, dan kesabaran. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya,  telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu. From :
http://www.budiey.com/tips-menggembirakan-hati-yang-sengsara-makan-hati-sedih-dan-kecewa/
                                                                               
Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…                   
                                                                               
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.                                     
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.                                                             
                                                                               
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.                       
                                                                               
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.                       
                                                                               
2. Buang Sikap Risau.                                                         
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal

3. Belajar Rajin Bersyukur.                                                   
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.   
     
4. Belajar Menjadi Pemaaf.                                                   
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.                                             
                                                                               
Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.                                                               
                                                                               
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.                                           
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…
                                                                               
6. Ubah Fikiran                                                               
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara  bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.                   
                                                                               
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan.                       
                                                                               
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.       
                                                                               
7. Hati Mesti ‘Keras’.                                                       
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.                                       
                                                                               
Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.                                                 
                                                                               
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.                   
                                                                               
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda. 
                                                                               
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.



*sedih adalah suatu anugerah :)..
Semakin dalam kesedihan menggoreskan luka ke dalam jiwa semakin mampu sang jiwa menampung kebahagiaan.
Khalil Gibran. *

bergumbiralah kamu andai dilanda masalah..kerana dgn itu,,Allah masih pedulikan anda..
Allah tidak pernah tiada masa utk hambaNya***

Isnin, Januari 24, 2011

how to unblocked that???


Bakpo facebook kena block pulokkk???

Reason : This Websense category is filtered: Non-Office Hour Only


*does it mean,,,non ofis hour xblock laaah??**
:I


Bagaimana blok web ??


1. Gunakan web proxy. Banyak perkhidmatan dalam talian percuma membolehkan anda untuk mengakses website yang disekat melalui pelayan proksi. Sebuah pelayan proksi adalah perantara antara pengguna dan pelayan di mana permintaan itu kirim. Ini adalah senarai dengan sumber kuasa yang paling dikenali web proxy: Proxy.org, HideMyAss.com, Kortaz.com, KProxy.com dan Anonymouse.org


2. Gunakan sambungan VPN. VPN (Virtual Private Network) adalah seperti sebuah terowong melalui rangkaian awam. Keuntungan menggunakan VPN lebih web proxy adalah bahawa VPN lebih selamat kerana mereka menggunakan penyulitan canggih dan membolehkan anda untuk mengakses semua aplikasi (mel, berbual, dll bimbit) di anonimiti lengkap dan tidak hanya laman web. VPN percuma yang paling dikenali adalah Hotspot Shield.


3. Gunakan Maklum IP perisian. Ini adalah mudah dan bahkan jika fungsi utamanya adalah untuk menyembunyikan alamat IP dan membuka sekatan website, ada aplikasi yang dapat memberikan anda lebih dari itu - seperti membersihkan trek online, ujian proksi, manual dll menambah proksi Biasanya jika anda memilih percuma perisian, maka ini akan memberikan anda jumlah minimum proksi dan tidak ada ciri-ciri lain selain menyembunyikan alamat IP. Tidak IP saya adalah salah satu perisian bebas terbaru menyembunyikan alamat IP yang telah memperoleh pasaran yang besar diikuti oleh UltraSurf lama yang sudah sangat popular. Tentang aplikasi berbayar yang menyediakan lebih banyak ciri dan mempunyai struktur yang kompleks, cadangan saya adalah IP Privasi dan Maklum My IP.


4. Gunakan Toolbars dan Firefox add-ons. Toolbars dan Firefox add-ons yang dalam kenyataan bahawa aplikasi perisian bekerja pada browser tertentu dan dengan satu klik sederhana anda boleh menghidupkan atau mematikan anonimiti online.


5. Gunakan perkhidmatan terjemahan. Memperkenalkan link dari website yang disekat dalam bidang penterjemahan (misalnya di Google Translator) dan memilih Bahasa rawak untuk menterjemah dari kerana terjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Inggeris tidak disokong.


6. Gunakan Google cache. Dalam bidang cache search taip Google: sebelum URL dari laman web yang disekat. Sebagai contoh jenis cache: http://www.domain.com


7. Gunakan Internet Archive. Internet Archive membolehkan anda untuk melihat website yang disekat melalui Wayback Machine. Ini akan mengambil semua halaman dari sebuah laman web tertentu tak acuh jika website tersebut akan disekat.


8. Gunakan Web2Mail perkhidmatan. Web2Mail ini adalah perkhidmatan e-mel percuma yang boleh dihantar ke alamat e-mel anda laman web tertentu. Anda mendaftar untuk sebuah akaun dan mendapatkan ditetapkan untuk menerima laman web tertentu melalui e-mel.


9. Laman http dari URL ke https Ini adalah cara paling mudah untuk mengakses website yang disekat. Tentu saja, ini mungkin tidak berfungsi setiap masa tetapi anda mempunyai penyelesaian lain banyak juga. Ini adalah salah satu yang terpantas.


10. Gunakan alamat IP dari laman bukan URL. Untuk menggunakan alamat IP dari sebuah laman web bukan URL, anda perlu terlebih dahulu mencari IP-nya. Untuk melakukan ini buka Command Prompt dan taip: "ping domain.com".


PERINGATAN: Sekarang, bahawa anda mempunyai begitu banyak kaedah untuk dipilih, terserah pada anda untuk tujuan anda menggunakannya untuk. Sila ambil perhatian bahawa ANDA HANYA bertanggung jawab untuk kegiatan anda dan kami tidak mengambil tanggung jawab yang sama.








**aku xpenah buat pon.soo,,xtau laa berkesan ka dak...sesaja na mbek artikel neyh..manala tau tergerak aty ku nak buat jahat sket..**


:D :] :]





Ahad, Januari 23, 2011

sayang seorang sahabat



Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

Apabila bersahabat seikhlasnya, jujur dan penting hanya kerana Allah, sahabat kita seperti sebahagian diri kita. Ibarat cubit paha kiri paha kanan turut terasa.. Mungkin inilah sebenarnya ukuran untuk menilai yang mana sahabat dan yang mana tidak.. Sahabat akan sentiasa berkongsi rasa tidak kira manis, pahit, payau, kelat dan sebagainya.. =)



"Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya."


 Segala yang terjadi dalam kehidupan ini telah ditentukan Allah..begitu juga seorang sahabat..sahabat juga mungkin merupakan salah satu wadah Allah menyampaikan hidayahNya kepada kita.. Melalui sahabat Allah menyampaikan teguran dan peringatan.. Mungkin ada di antara sahabat yang pernah melalui ataupun terfikir tentang situasi yang ingin saya kongsikan ini. Semoga perkongsiaan saya ini dapat membantu dan membuka jalan percambahan minda. 

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Jika kita rujuk kepada hadis ini tanpa dikupas atau dilihat dari perspektif lebih luas maka mungkin tidak akan ada muslimah yang menjaga agamanya, auratnya sesempurna mungkin dan lain-lain suruhan Allah ingin mendekati dan berkawan dengan muslimah lain yang tidak menjaga auratnya sebagai contoh tidak bertudung atau mungkin tidak menjaga solatnya. Ini terjadi kerana tidak mahu terpengaruh atau dianggap buruk oleh orang lain kerana berkawan dengan mereka yang tidak menjaga aurat sepertinya atau sebagainya.
Jika keadaan ini berlaku maka mungkin selama-lamanya muslimah yang tidak menjaga solatnya, auratnya (disebutkan solat dan aurat kerana perkara ini yang mudah dilihat) tidak akan kembali ke jalan Allah. Mungkin akan ada di antara kalian akan mengatakan hidayah itu milik Allah, hanya diri sendiri yang boleh merubah diri.. Namun, jangan dilupa, kita sebagai insan yang dekat dengan muslimah-muslimah ini juga mempunyai tanggungjawab untuk menegur. Kita juga mungkin akan dipersoalkan di akhirat kelak. Sedangkan kita mampu menegur atau mampu memimpin mereka ke jalan Allah. Saya kira jalan yang kita ada dan lebih berkesan adalah dengan berkawan dengan mereka..
Setiap insan itu dilahirkan seperti kain putih..Suci..Nilai yang baik itu telah sedia ada dalam diri masing-masing.. Cuma mungkin ia terperuk jauh di dasar hati.. Maka apa yang boleh dilakukan adalah dengan menyerlahkan kembali nilai-nilai baik yang telah sedia ada ini.. Cara paling mudah adalah dengan menunjukkank pekerti yang mulia serta mengamalkan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. Namun begitu awas sahabat, cara ini mungkin tidak akan semudah yang disangka.

Jangan pandang lekeh insan-insan lain yang mungkin pada mata kita tidak sempurna menjaga agamanya. Sesungguhnya ini mungkin akan menimbulkan sifat takbur tanpa kita sedar. Mohon dijauhkan Allah.. 
contoh:Terdapat seorang muslimin mencela seorang muslimat yang tidak memakai tudung sedangkan dia tidak berusaha mengingatkan muslimat tersebut. Muslimin tersebut juga tidak mengetahui apa yang terdapat dalam hati muslimat tersebut. Mungkin muslimat tersebut sedang mencari kekuatan untuk berubah. Sesungguhnya hati manusia itu sukar kita tafsir.. Kerana hal itu juga muslimat tersebut telah merasa malu, terhina dan kecil hati terhadap muslimin tersebut. (sahabat dapat lihat di sini? dosa sesama manusia). Muslimin itu mungkin tidak sedar..Minta dijauhkan..

Namun begitu, lihat tukang besi yang dimaksudkan dalam hadis di berikut mungkin insan2 yang kita kenali pencuri, perompak, penagih dan sebagainya. Jika tidak berhati-hati maka kain akan terbakar ketika mendekatinya. Berhadapan dengan insan-insan seperti ini pada pendapat saya harus dengan senjata.. Senjata maksud saya adalah ilmu yang cukup dan kekuatan yang ampuh.. Tanpa kedua ini, kita mungkin akan tertewas dan mungkin akan menjejaki mereka.. Mohon dijauhkan Allah...

Allah itu Maha Penyayang.. Allah akan membantu jika niat kita itu murni.. Maka setelah usaha dilakukan doa dan tawakallah jalan penutupnya.

*sahabat...*
sayang teqa mana pon,,femly aku ttp ats dqi sahabat..
bg aku, femly first..mybe ada yg 'frenz first'..
pada pendapat aku,,sahabat,kawan,member,,bley dicari dimana2,bley dipilih. tp,,keluarga,xbley dicari,xbley dipilih mcm kita pilih baju..humm... bila kita ada masalah,,hanya keluarga yang masih teguh menunggu kita.dan aku pasti.keluarga aku xkan tinggal aku soqg2 mnghadapi ujianNya.
uikkzz,,aku tulis pasai sahabat ka pasai family nh..
hehe.. ***
:)

Sabtu, Januari 22, 2011

chronic disease

Jangan Mendekati Zina
Tidak menghairankan kalau seluruh agama Samawi mengharamkan dan memberantas perzinaan. Terakhir ialah Islam yang dengan keras melarang perzinaan serta memberikan penekanan yang sangat tajam kerana perzinaan itu dapat mengaburkan masalah keturunan, merosakkan keturunan, menghancurkan rumahtangga, meretakkan perhubungan, meluasnya penyakit kelamin, kejahatan nafsu dan merosotnya akhlak. Oleh kerana itu tepatlah apa yang dikatakan Allah:

   “Jangan kamu dekat-dekat pada perzinaan, kerana sesungguhnya dia itu perbuatan yang kotor dan cara yang sangat tidak baik.” (al-Isra’: 32)

Islam, sebagaimana kita maklumi, apabila mengharamkan sesuatu, maka ditutupnyalah jalan-jalan yang akan membawa kepada perbuatan haram itu, serta mengharamkan cara apa saja serta seluruh pendahuluannya yang mungkin dapat membawa kepada perbuatan haram itu.Justeru itu pula, maka apa saja yang dapat membangkitkan seks dan membuka pintu fitnah baik oleh laki-laki atau perempuan, serta mendorong orang untuk berbuat yang keji atau paling tidak mendekatkan perbuatan yang keji itu, atau yang memberikan jalan-jalan untuk berbuat yang keji, maka Islam melarangnya demi untuk menutup jalan berbuat haram dan menjaga daripada perbuatan yang merusak.

Pergaulan Bebas adalah Haram.Di antara jalan-jalan yang diharamkan Islam ialah:

Bersendirian dengan seorang perempuan lain.Yang dimaksud perempuan lain, iaitu: bukan isteri, bukan salah satu kerabat yang haram dikahwin untuk selama-lamanya, seperti ibu, saudara, mak saudara dan sebagainya yang insya Allah nanti akan kami bicarakan selanjutnya.

Ini bukan berarti menghilangkan kepercayaan kedua belah pihak atau salah satunya, tetapi demi menjaga kedua-dua insan tersebut dari perasaan-perasaan yang tidak baik yang biasa bergelora dalam hati ketika bertemunya dua jenis itu, tanpa ada orang ketiganya.
Dalam hal ini Rasulullah bersabda sebagai berikut:

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.” (Riwayat Ahmad)

“Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu menyendiri dengan seorang perempuan, kecuali bersama mahramnya.”

Imam Qurthubi dalam menafsirkan firman Allah yang berkenaan dengan isteri-isteri Nabi, iaitu yang tersebut dalam surah al-Ahzab ayat 53, yang artinya: “Apabila kamu minta sesuatu (makanan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari balik tabir. kerana yang demikian itu lebih dapat membersihkan hati-hati kamu dan hati-hati mereka itu,” 

mengatakan: maksudnya perasaan-perasaan yang timbul dari orang laki-laki terhadap orang perempuan, dan perasaan-perasaan perempuan terhadap laki-laki. Yakni cara seperti itu lebih ampuh untuk meniadakan perasaan-perasaan bimbang dan lebih dapat menjauhkan dari tuduhan yang bukan-bukan dan lebih positif untuk melindungi keluarga.


Ini berarti, bahawa manusia tidak boleh percaya pada diri sendiri dalam hubungannya dengan masalah bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak halal baginyaOleh kerana itu menjauhi hal tersebut akan lebih baik dan lebih dapat melindungi serta lebih sempurna penjagaannya.

Secara khusus, Rasulullah memperingatkan juga seorang laki-laki yang bersendirian dengan ipar. Sebab sering terjadi, kerana dianggap sudah terbiasa dan memperingan hal tersebut di kalangan keluarga, maka kadang-kadang membawa akibat yang tidak baik. kerana bersendirian dengan keluarga itu bahayanya lebih hebat daripada dengan orang lain, dan fitnah pun lebih kuat. Sebab memungkinkan dia dapat masuk tempat perempuan tersebut tanpa ada yang menegur. Berbeza sekali dengan orang lain.
Yang sama dengan ini ialah keluarga perempuan yang bukan mahramnya seperti kemanakannya baik dari pihak ayah atau ibu. Dia tidak boleh berkhalwat dengan mereka ini. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda sebagai berikut:

“Hindarilah keluar-masuk rumah seorang perempuan. Kemudian ada seorang laki-laki dari sahabat Anshar bertanya: Ya Rasulullah! Bagaimana pendapatmu tentang ipar? Maka jawab Nabi: Bersendirian dengan ipar itu sama dengan menjumpai mati.” (Riwayat Bukhari)

*peringatan utk diri sendiri jgk***

:)

trip to sabah.

  



wahhh...best gilerous kat c2..
sejukkz..mcm dok kat england pon ada..
huahahaha...

ni kat chalet...

ni pulok kat ladang lembu.. lembu susu tau.. bkn lembu yg ada kat depan umah nuu. lembu black+white,,

peroh!

Khamis, Januari 20, 2011

student_hotspot

yeeey...dah dpt wifi kat kmk nh...
bahagianyaaaaaaa...

nseb bek xbeli berok seko..
wuahahahaha

i likeee

typo ur name