Khamis, November 16, 2017

C.A.N.T.I.K

Assalamualaikum.


Cantik. Lawa. Comel. Segak. Hensem. 

Semua hat aku tulih kat atas tu memang subjektif. Mata orang ni lain lain, hati pon lain lain. Kita punya keinginan pon tak sama. 

Yang aku nak katakan kat sini.. 

Orang yang lawa ni sememangnya beruntung sangat. Nak cari keja pon senang, sedap mata memandang katanya. Hang bodo pon tak pa, ramai yang nak ajaq hang jadi pandai. Hang nak mintak cuti pon bos laju ja approve. Hang tak sihat, ramai yang nak ubatkan. Hahaha 😂

Tapi cantik yang orang suka la.. Yang tak belagak tak kena tempat. Tak perasan cantik tak tentu hala. Bukan jenis suka bergosip, mengata belakang, pemalas, etc etc.

So, kepada yang cantik, lawa, comel, hensem, segak. Gunakan muka anda sebaiknya. Kepada yang tak lawa, lek ja kita. Huahahahahahaha 

Khamis, Mei 18, 2017

Abah dah tak dak



22/12/1952 - 9/5/2017



Tanggal 9 Mei 2017, 240am abah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Abah yang sangat disayangi semua. Allahu. Pedih rasa bila dapat tau abah dah tak ada.

Aku keluaq rumah 8/5/2017, 740pm. Pi kerja kat penang sebab aku keja shift malam. Dapat call 240am tu, abah dah takdak. Allah.. Aku keluaq tu, abah sihat walafiat. 😢 I dont know how to describe the feeling. Hari tu last aku salam abah, cium tangan, pipi, dahi abah yang masih hangat. Tak sampai sepuluh jam, aku hanya cium abah yang sudah sejuk. Ya Rabbi..

Moga Allah tempatkan abah dikalangan orang orang beriman. Tenanglah abah disana. Rehatlah dengan penuh keindahan abah. Kami sayang abah sangat sangat. Tak terbalas jasa abah membesarkan kami. Terima kasih abah.. Moga kami yang masih disini berusaha jadi soleh solehah. Allahuu.

typo ur name