Khamis, Mei 26, 2016

Marriage




Assalamualaikum.

Pertama kali aku menaip pasai marriage. Sebabnya disini aku nak bagi sikit pendapat aku pasai perkahwinan. Aku terbaca pasai arrange marriage VS love marriage. And surprisingly ramai yang macam excited dengan arrange marriage.

Why.

Aku rasa faktor drama dan movie yang selalu dok bubuh cerita pasai arrange marriage. Nampak seronok kan. Acah acah bercinta lepas nikah. Lepas nikah baru nak kenai nama, mengaji mana, etc etc. Kat TV memang nampak sweet. Realitinya sapa yang tau.

Aku tak la anti arrange marriage. Cumanya, bagi aku, sama ada arrange atau atas pilihan sendiri, kena ada rasa cinta to the other-half-will-be. Both side should feel the same lah, kalau sorang ja buat apa. Lagi, bagi aku kena tau pasai the other-half-will-be tu. Dengan sapa dia kawan, apa dia buat, apa dia suka, apa benda dia tak suka. 

Aku tak menafikan, cinta lepas nikah tu lebih barokah. Tapi kena ingat jugak, kita ni kena usaha untuk mengelakkan any worst situation. Bukan senang rasa sayang tu nak ada kan. Tak semua orang, lepas nikah ja muncui rasa suka, teruih nak berubah jadi baik. Aku ni bukannya suggest pi bercinta sakan. Pi bercuti berdua bagai pulak semata nak kenai hati budi. Be in the middle. Kenai la dulu, masa bertunang boleh berkenalan kan? Kalau rasa dia bukan the one, Allah akan tunjuk tanda tanda yang dia bukan yang terbaik. Andai kata semua dah jadi, itu ujian namanya. Okay.


Opps, mintak ampun. Budak tak penah couple, tak menikah lagi bagi pendapat pasai marriage.

Sabtu, Mac 19, 2016

Dark Side



I believe no one ever want to see the other's dark side.


And I believe,


You should not see mine.



Ahad, Mac 13, 2016

Pelik


Kadang kadang manusia ni pelik.
Kita nak orang lain paham situasi kita. Tapi pada masa yang sama kita tak paham, bahkan tak mau paham situasi orang lain.
Kita tak penah cuba nak paham yang hakikatnya situasi setiap orang tu berbeza.
Kita la manusia yang pelik tu.

Rabu, Januari 13, 2016

Mati



Hari ni aku nak balik rumah pasainya dah habih paper. Ekekeke. Macam biasa, kemas barang, kemas buku. Dah siap semua, aku ambik kunci bilik, kunci kereta. Barang semua dah kat pintu bilik. Aku pikiaq pulak nak pakai sneakers atau sandal. Tangan dah angkat sneakers. Pakai ja lah.. Dah pakai, aku angkut beg, 2 beg berisi laptop 1 beg berisi buku dengan baju baju. Angkut turun naik lif. Oh yeah, aku study di usm duduk desa tekun. So, basically restu tekun saujana ni desa luar sikit dari usm. And have lift lah of course, pasai 10 tingkat dia ada.


Macam biasa dah turun semua, aku cek dulu air cukup ka tak. Minyak hitam dia low ka tak. Panaskan enjin sat. Dalam otak pikiaq nak singgah kedai jeruk pak ali. So aku pon tak pikiaq panjang, kona pi kedai tu. Sat ja aku pi sebab dah tau nak beli apa.


Dalam perjalanan pulang. Mengantuk sangat. Tahan ja la mata ni. Mengantuk ni boleh kawal lagi. Penah sekali tu aku singgah tidoq kat hentian bakar arang n rnr gurun pasai sangat sangat mengantuk. Padahai penang ke kedah ja.. Sebab mengantuk ni boleh tahan, aku pon bawak lah cam biasa. Tak laju sangat, tak slow sangat. Kancil convert mira l2s ni, aku nak kena jaga sikit. Tak mau dia buat hal lagi, kena la bawak berhemah.


Dok elok atas hiway tu ha, tetiba ja ada dua keta ni dok ligan sesama sendiri. Masa tu keta boleh tahan banyak kat depan aku. Boleh pulak depa himpit aku yang kecik come nih. Sebab aku seriau, aku masuk lane kecemasan. Tak perasan kat depan tu ada kereta berenti. Tapi alhamdulillah aku sempat elak,masuk lane yg betui balik.


Exit tol gurun, cause exit pendang will cause more money out, plus lagi jauh lah kan. Alhamdulillah, sampai rumah dengan perjalanan 1jam 30minit lebih kurang. Dan kerana dah letih merapu sesorang dalam keta, aku terus masuk bilik dan kroh kroh kroh tidoq buang sejam dua. Pagi yang nak ke tengah hari, tapi harini tak panas sangat, sejuk ja aku rasa. Maka aku tidur dengan lena.


Oh, dah dekat pukoi tiga. Aku pon bangun cepat cepat nak solat zohor. Dengar bunyi macam ramai orang kat dalam rumah. Pelik. Mak tak cakap pon ada kenduri ka, ada orang mai ka.. Mana nak tau kot kot nak menengok aku. Aku pulak haa, baru bangun. Humm. Aku capai tudung, baju seluar semua dah elok so aku pon keluar bilik. Tengok ramai jugak sedara ngan kawan kawan mak abah, orang kg. Dengaq ada yang baca quran.


'Apa ni?' Kenapa ramai.. Aku pon cari mak, tak jumpa. Aku pon cari abah, hmm kat luaq kot. Tak ada. Adik beradik aku pon aku cari, nasib baik jumpa. Tapi mata sembab ja. Aku tanya kak aku pasaipa ni, pasaipa ramai orang, mana mak abah? Kak aku tak jawab. Dia reyau selop selop. Aku dah susah hati ni. Apasai. Mana mak abah.


Aku masuk bilik, eh. Ada sepupu sepapat dalam bilik ni. Cepat betui depa take over. Cari fon. Tak jumpa. Tertinggal kat dalam keta kott. Tadi kan mengantuk sangat. Aku pon keluaq nak cari fon dalam keta. Keta tak dak? Hmm, ada orang guna kot. Tak pa lah. Aku pon termenung sesaat dua. Then mak abah balik, pak ngah yg bawak mak abah balik. Lega aku tengok mak abah.. Tapi kenapa sedih.


Aku nampak ada van kat belakang. Aku pon pi la kat mak abah. Usha sikit dalam van tu ada apa.. Aku nampak.. Ada sekujur tubuh. Tak tau sapa. Depa bawak masuk rumah. Aku puas pikiaq pasaipa, sapa.. Masuk rumah, depa buka. Aku nampak diri sendiri. Pelan pelan, aku hilang dan kabur dari semua orang.


Ya ALLAH! Aku dah mati.


Aku dengaq. Depa sembang, aku eksiden kat exit gurun. Dengan mpv. Masa tu aku tengah reply wasap. Aku baru ingat.


Aku dah mati. Aku tak sempat cakap aku sayang mak abah. Aku sayang adik beradik aku. Aku sayang semua. Aku tak sempat mintak maaf dari mak abah. Aku tak sempat mintak ampun atas semua dosa dosa aku. Aku.. Aku dah tak dak. Aku dah mati. Aku menangis, air mata yg tumpah tak terasa hangat. Makin lama aku makin sejuk. Dan, aku lenyap. Aku pulang membawa bergunung gunung dosa...


End of story. Moral, jangan main fon masa tengah drive. Alhamdulillah, data habis dan aku tak pegang fon masa drive balik kota tadi. Kalau tak, mungkin aku berakhir disitu. Moga pengakhiran kita tak macam tu. Moga kita sempat buat apa yg 'aku' tak sempat. Wallahualam.

Sabtu, Januari 02, 2016

Aku tak pandai cerita


Aku berstudy week kat rumah selama dua minggu. Esok exam, paper repeat. Petang ni baru aku sampai USM. Esok pukui 9, mohon doakan supaya aku boleh jawab paper ni dengan jayanya. Dapat A kalau boleh! Repeat kot..


Ahh aku stress sebenaqnya.


Aku punya la pecaya kat hang. Alih alih hang buat cincai. Cekadak betei. Kecewa tau dak. Kecewa ni, kecewa! Series, takkan semua nak kena aku habaq cemana tu cemana ni. Hmm, tak pa lah benda dah lepas, salah aku jugak la tak tegoq. Tak pandai nak cerita lagumana.



typo ur name