Sabtu, Disember 19, 2015

kaca mata




Aku mula pakai spek mata masa umur 16 tahun. Form 4 di SMK Pendang, dengan power 100++. Ok la, tak terlalu banyak. Masa first time pakai speck, member aku la tulong ajaq. Farah Zawani namanya. Hahaha. Aku mula pakai speck mata full time masa kat matrik. Second year, second sem. Pasai pa? Hmm, maybe aku dah tak tahan dengan blur.


Gambaq kat atas tu, tu la yang latest. 2014, mungkin. Dua taun lebih dah, dan power pon makin meninggi. Sedih oo. Nak buat baru, mahai. Hmm. Pakai ja la sampai betui betui blur teruk, atau tunggu BB1M. 




Apa kejadah dengan speq mata nih?





Saja. Kita selalu pecaya dengan apa yang kita tengok. Lihat dengan mata kasaq, bukan dengan mata hati. Ye dok?




Rabu, Disember 02, 2015

Bye..


Assalamualaikum.


Sebenaqnya lama sungguh tak update blog dengan ayat ayat yang penoh. La ni aku dok update pon sesaja ja. Bubuh title pendek. Pastu postnya secoet.

Haha.

Actually, disebabkan dua tiga hari ni dok bengong semacam ja. Banyak benda aku buat tak menjadi. Parking keta dua tiga kali senget. Fikiran tah kemana. Lupa sana sini. Ya rabbi.

Ya Rabbi..

Malam ni terasa rindu. Rindu tanah haram. Rindu madinah. Walau dah setaun lebih berlalu pi sana.. Rindu.

Pagi Raya AidilFitri di Madinah.

Malam tu sampai Mekah.

Jabal Rahmah. Tempat Nabi Adam & Hawa bertemu kembali di bumi.

Last day kat tanah haram. Sayu pagi. 


Ya Allah.. Moga tak da apa apa yang buruk berlaku.






typo ur name