Seringkali terasa berada di bawah
Susahnya menyusuri perjalanan ini
menangis kerana pedihnya
Lupa pada manis yang bakal tiba
Terkadang kurasa membenci diri
Atas dosa yang pernah dilakukan
Penatku ingin mengubahnya
Menagis tak henti henti
Menyesali segalanya
Selaluku merasa diri ini malang
Kerana aku lupa
Pada mereka yang serba kekurangan
Juga pada perancanganNya yang sempurna
Aku belajar tidak melupakan
Tetapi mengambil iktibar
Memang betul, hati ini susah istiqamah.. Iman turun dan naik. Selalunya menurun, jarang sekali memuncak.. Pada yang memberi pedoman, teruskanlah. Pada yang mencari pedoman, jangan berhenti.
Terasa susahnya untuk menjadi baik berbanding ingin menjadi jahat.
Dimana impian, jangan sekali dilupakan. Teruskan usaha membina segalanya yang pernah hancur berkecai..