Khamis, September 19, 2013

Aku bukan malaikat



Assalamualaikum.



Title kali ni adalah "Aku Bukan Malaikat", seperti mana title yang besar diatas. Kehkehkeh.



Sedar tak sedar. Kita lupa dalam kehidupan seharian kita, kita berhubungan dengan manusia. Ya, bercakap dengan manusia. Berurusan dengan manusia. Dan sebagainya.

Selayaknya sebagai seorang manusia, pasti ada buat salah. Bila ada salah, ramai yang mengutuk, menjauhkan diri. Pi bash budak yang buat salah tu berkali kali. Lupa yang dia adalah manusia.

Manusia buat silap dan salah. Perkara biasa.. And please, fahamilah bahawa tiada seorang manusia pun yang takkan buat salah! Kecuali Rasulullah saw.


Kadang kadang kita lupa dia juga manusia seperti kita. 



Sincerely,

Rabu, September 11, 2013

Tak semua orang boleh dipercayai



Assalamualaikum semua..



Tak semua orang boleh boleh dipercayai kan?? Aku ada pengalaman pasai percaya percaya nih. 

Bila kepercayaan yang kita bagi tu dikhianati. Sapa ja yang tak sedih, sakit hati? Ya. Disebabkan pengalaman aku tu, aku susah nak percayakan orang lain.

Disebabkan itu aku tak berani nak pergi jauh. Aku tak tahu camna nak cakap. Aku penah sampai tahap menangis tiap malam sorang sorang sebab sakitnya hati aku. Pointnya...

Jangan terlalu percayakan orang sekeliling hampa. Sekali ja depa buat something bad, surely kita akan rasa sakit tu. Dan sakit tu teramat pedih! Tapi kalau benda dah jadi, redhalah.. Mesti akan ada hikmahnya disebalik setiap kejadian.

Yes. Ada hikmahnya. 



Sekian. Wassalaam.

Sabtu, September 07, 2013

peluang


Assalamualaikum..


hari ni baru aku sedar betapa bangangnya aku. betapa sakainya aku. betapa gilanya aku. betapa bodohnya aku.

dan

aku cuma nak tahu. adakah aku masih ada peluang.. untuk menebus semua salah silap aku.

Allahu Rabbi... HambaMu yang penuh noda ini memohon berikan aku petunjukMu..









Published with Blogger-droid v2.0.10

Selasa, September 03, 2013

September




Assalamualaikum..


Fuhh. Dah pun bulan September. Entri turun mendadak. Walaupun banyak benda nak update, tapi terpaksa tangguhkan sebab sibuk dengan urusan duniawi. Tambah pulak cuti semester, mesti laa tak dak mood nak mengadap laptop. Hee.

Apa yang aku nak sampaikan. Disebabkan minyak dah naik 20 sen. Aku rajin nak bukak laptop. Haha. Apadahal, 20sen jer! Zaman bila tah, harga minyak naik 20sen++. Dengan rasminya tambang bas naik dari 60sen ke 70sen ke 90sen.. Tu masa aku sekolah. Sakit der duit belanja berkurang. 

Harga minyak naik, automatik harga barang naik. Hahaha. Apadahal......





typo ur name