Sabtu, Jun 30, 2012

Bila nak masuk gol





Assalamualaikum..


stalk and found this


Aku tak suka orang anggap aku 'baik'. Baik sangat depa anggap. Mungkin, aku baik? HAHA. No one knows the truth of me. HA. Ayat check sendiri betoi ka dak..

Move on! Cekalkan hati dan semangat. Perjuangan ini, perlu pengorbanan agar mimpi jadi nyata.


Kejar redhaNya! kejar syurgaNya!


Our 'goal' is Jannah! InsyaAllah..


Khamis, Jun 28, 2012

Mak Abah



Assalamualaikum..

Aku merupakan anak kepada....


Cantik kan? Hehe..

Tu gambaq depan rumah aku. Abang aku buat. HAHA. Asalnya nak buat nama anak anak sekali. Tapi bahan tak cukup. Tali tu nak guna untuk ikat hidung lembu. Kuikuikui.. :) JK.. 

Aku bersyukur sangat.. Aku dilahirkan dalam keluarga yang macam keluarga aku. Hee.


Aku.. ada 7 orang adik beradik. Ramai kan? Tau tak, ramai ramai ni banyak persaingan. HEHE. Persaingan antara adik beradik, biasa la kan.. Tapi, aku rasa oke ja. Aku paham, mana mungkin nak bahagikan kasih sayang tu sama rata. Even mak aku cakap, "mak sayang ampa sama ja, takda beza.."  :)

Aku salute mak abah.. Mak abah didik kami sempurna. Heh. Kalo buat hal pon, tu dah dari diri sendiri la.. Bukan salah didikan mak abah. Yang paling aku suka nak bagitau. Mak abah tak penah ajar kami makan KFC, Mc'D, PizzaHut, serta yang seantero dengannya lah. HAHA. Anak anak aku nanti pon, aku takmau ajaq la makan benda merapu tuu. 


Abah dan Mak..

Hidup kami sederhana ja. Tak mewah. Cukup cukup makan orang kata. Aku dan adik beradik aku tak memilih sangat bab bab makan nih. Makan ja semua, tolak kayu ngan batu. So, tak heran la badan sehat. HAHA.

Mak abah, adik beradik, keluarga.. Kita tak bole nak pilih. Tak macam kawan, bole pilih pilih. So.. Jangan heran la kalau aku sayang femli aku moreeee than frenz.
Kesimpulannya, family comes first than friends.. Pandai pandai la utamakan yang lebih utama. I luv mak abah! I luv my femli!  ::moga aku jadi anak yang solehah::

Wassalaam.

Kehidupan di matrik?



Assalamualaikum..

Malam ni aku mendapat ilham untuk typo pengalaman kat matrik. Hee. Gatai tangan. Pengalaman aku..


Masa bergelar budak PDT (Program Dua Tahun)

Bagi aku. Biasa biasa ja. Dapat cikgu yang agak oke. Masa Semester 1, rajin la buat tutorial. Sebab cikgu suruh hantar kann. Buat la.. Hehe. Masuk Semester 2, dah mula malas buat tutorial. Tapii, MATEMATIK memang kena buat! FUHH. Aku tak dapat lupakan cikgu tu. :) And then. Assignment.. Oke oke saja. Paling rajin, buat sendiri. Rajin, copy member. Malas, tak buat langsung. 

PDT memang rileks banyak. Asal ada gap ja, lepak kat laman santai, serambi. Giler best la. Sem 1, Sem 2 dengan member kelas yang sama, cikgu pon yang sama. So, agak rapat laa. Lagi satu, masa kuliah. Geng kelas aku C1P4 mesti copp tempat belakang punya. HAHA. Cikgu penah marah kot. Kelas yang paling dirisaukan olehnya. Hihi. 

PDT yang best, English kot. Banyak projek. Hihi. Dari sem 1 sampai sem 2. Ada jaa. Drama, mini bulletin, story adaptation (buat novel!), story telling, promotion, banyak sangat! Sampai lupa. HAHA. Overall, setelah melepasi semua tu, aku rasa syioq aku ada pengalaman sebegitu. Masa tengah buat tuu, habis demm la tak suka.. HAHA

Kesimpulannya, PDT is the best! Rilek memanjang. Hepi go laki. Tak risau apa apa. Even ada PST yang... kutuk. Kan? Ada la sorang dua kot. Tak semua. Ada aku kesah? Tak tak..


Masa bergelar budak PST (Program Satu Tahun)

Bermulalah perjalanan sebenar sebagai pelajar matrikulasi. Aku merasa sakitnya jadual yang pax! Fuhh. Terbaik punya laa. 

Sem 1. Oke la jugak. Cikgu aku suma oke. Buat tutorial dalam kelas. HAHA. Aku suka! Balik bilik, rileks ja. Tapi, aku buat la Matematik punya tutorial. Sebab cikgu garang, selalu aku kena mengadap whiteboard, kira kat situ. Dah la aku lemah matematik. Padan la dengan aku. Dan oleh itulah aku berjaya dapat rezap yang oke untuk math. =)  Yang lain, okey. Cikgu sains komp, rileks. Fizik, garang tapi bagi kek kat kami, nice. Hihi. Kimia, sempoi!

Sem 2. Aku kena buat semua tutorial. Kimia, straight Lepas UPS, nama aku mesti naik. Mengadap whiteboard, tanpa apa apa rujukan kena selesaikan apa yang patut. Untonglaa aku buat tutorial. Ingat yang aku buat tutorial ja. Siriesli, ni la cikgu yang paling aku sayang. Sebab dia ingat aku, dan aku jadi rajin buat tutorial dan for the first time aku dapat B, bukan A la~ Fizik, kena buat tutorial jugak. Sains Komp, ikot hati la nak buat ka tak. Matematik, aku jarang buat. Selalu aku bawak tutorial member ja. Math aku sem 2 memang down laa.

Overall. PST is boring but. Okey. PST memang real la ketakutan. Lepas exam ja, mesti pikiaq bukan bukan. Apply habes apa yang boleh apply. Takot kena kick la katakan..



Apapon. Belajaq kat matrik ni oke ja. (oke laa, rezap pon tak seberapa) Aku bukan apa, ramai budak yang tensyen dok matrik. Contohnya adik aku. Pukul 3 pagi tak tido lagi, kalut siapkan tutorial. Tiap hari dia tensyen. Yang bukan adik aku pon, ada jugak yang menangis. Tak tahan! Laju! Macam macam laa. Tapi, kalo yang rapat dengan senior.. Aku sure tak da masalah. Ikut perangai senior. HAHA. 

Kalau aku, memang tak laa. Aku kopi jer member punya tutorial. Pandai pandai la nak hidup. Dan apa yang aku tengok, bebudak X-PDT lebih pandai mengurus masa, mengurus perasaan. Dah berpengalaman la katakan. Study sungguh sungguh pon time study week. Member aku, tutorial dia, kopi adik bilik dia jer. Semua pulak tuu. Mana ada yang buat sendiri. Tapi result, gempak beb! 3.7 lebih. Result SPM hancuss macam aku ja. 

Aku compare budak PST ngan X-PDT bukan apa.. Cuma betolla, yang berpengalaman lebih berpengalaman. Yang otai, diotaikan. HAHA. Yang buat masalah pon yang berpengalaman. Yang terok, semua yang berpengalaman. Ex-PDT, dilabel macam macam, dipandang serong.. Padan laa kan. Yang ponteng, mostly budak TUA.. Nak buat apa lagi kan. Terima ja la. Sapa suruh buat masalah. HAHA. ~rileks~

Fuhh. Dah habis luahan perasaan pasai matrik. Buat adik adik, rilek laa. Cool sikit, even tutorial tak siap, kena marah. "Saya heran la dengan kamu. Kamu lepas matrik ni nak kawin ka?" (Aku kena ayat nihh. HAHA) Aku pon kena hapa. Rilek jer. Buat muka suci~ HAHA.


Owkehh. Sekian saja dari aku.

Wassalaam.



My Soul



Assalamualaikum..

Ya ahli dunya..

Aku disini sebok memikirkan hal hal keduniaan. Masa depan aku. 




Kepada yang tak tau, aku merupakan pelajar lepasan matrikulasi dari Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) sesi 2010/2011 dan 2011/2012. Fuhh. Sesi 2010/2011 aku ambik modul 2, sesi 2011/2012 pon aku teruskan dengan modul 2. :) . Modul 2... Belajar Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer.

Aku.. Sebenaqnya.. Rasa macam takdak soul la ngan sains sains nih. Siriassli. Aku belajaq, paham sikit sikit. Tapi, malangnya aku tak dapat apply apa yang aku belajaq dalam hidup seharian aku. Sadis! Penat ja belajaq. Masuk amali pon, buat ja experiment yang tercatat dalam buku manual. Hasilnya, aku copy ja report adik adik yang pandai! Hihi.

Tapi tak pa. Itu dah jalan aku. Itu yang Allah tentukan untuk aku. :) Aku redha. Suma tu dah pon berlalu. HikHik..


Kalau nak diikutkan hati..


  • Aku nak stay form SIX. Tu la real impian aku masa form 1 dan form 3 serta form 5. Aku kalo bleh nak ambik STPM. Sebab apa? Ntahla. Mungkin kak aku dua orang merupakan lepasan STPM dan itu memberi aku inspirasi untuk ambik STPM. Aku nak ambik sastera. Bukan sains. For ur information, lepas SPM'09, aku masok form SIX kat Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang. Tapi seminggu ja. Masa orentasi tuu. First first tu memang boring laa. Aku kan pendiam sikit. Hehe. Dah rasa boring kan. Aku pon quit. Dahtu, dapat pulak tawaran ke Politeknik..  

  • Aku nak jer stay kat Poli. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah a.k.a POLIMAS. Aku dapat kos Teknologi Maklumat (pengaturcaraan). Aku masok seminggu jugak. Sempat la merasa sakitnya orentasi. Aku tak tau apa itu programming masa tuu. Aku suka sebenaqnya dok kat poli. Cuma, masalah asrama la. Ketat kot. Macam dok kat skola ja. Lepas orentasi tu, aku balik rumah. Kat situ laa aku cek balik panggilan ke matrik untuk Program Dua Tahun (PDT) panggilan kedua. Ramai yang suruh aku masok matrik. Last last, aku ambik keputusan untuk masuk matrik. Last last minit lak tu wat decision.

sign board lagi..



Biarlah, dah berlalu.. Aku pon dah habis pengajian kat matrik. 


Yang aku risaukan.. Masa depan aku. UPU akan tau minggu ke-2 bulan Julai. Harap harap dapat la kos yang masuk dengan soul aku. Amiin. Amiin. 

Yang aku risaukan jugak.. Aku taktau la jiwa aku la ni dengan sapa. Dulu masa form 3, nak sastera. Tapi dah lekat kat kelas sains pulak.. Teruskan jer perjuangan, malas nak tukar kelas, malas pikiaq dah. Skang ni, aku dok dalam sains. Jiwa aku dah tak pandang sastera walaupun kurang meminati sains. HAHA. What the helikopter lahh.

Okeylah. Aku serahkan segalanya kepada Allah. Dia lebih tahu apa yang ada dalam diriku. Aku dapat kos apa lepas nih, semuanya ketentuanNya. InshaAllah, aku redha. Dan aku akan teruskan perjuangan menentang kezaliman! ^_^


Wassalaam..


typo ur name