Isnin, Ogos 08, 2011

sedapnya . . .



Hari ni , dah isnin laa. Lambat sket nak update entri pasal aku balik rumah hari jumaat & sabtu lepas. Hehe.

Walaupun aku tak dapat makan sayur keladi, ikan keli bakar, ikan bilis goring, etc. etc.. yang aku ngidam tu, tapi aku dapat telan masakan mak aku yang best.. Sanagt sedap wehhh. Masakan mak aku, fuhh. Sedap la wehh. Sampai hari ni aku masih terasa keenakannya.

Waktu berbuka
·       Ikan bakar
·       Terung goring
·       Nasik daging
bukan gambar aku

Waktu sahur
·       Telur masin
·       Telur dadar
·       Serondeng
·       Sambal ayam

Hee. Bestnya. Hehe.

Tak sabar pulak aku nak berbuka puasa kat rumah. Bersahur kat rumah. Its okeh, 18/8/2011 nih dah nak stat cutiiii.

Yeahhhh.

      

Khamis, Ogos 04, 2011

Kita Bukan Hipokrit | iluvislam.com + discover the beauty of islam



Kita Bukan Hipokrit | iluvislam.com + discover the beauty of islam

"Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis" - Hadis riwayat At-Tabrani.

 

Apasal aku tersentuh baca ayat ni hah ?

:|

Tak jadi sembur la pulak.

Hari ni ada announcement.

pelajar diminta mongosongkan bilik sebelum pukul 4 petang kerana ada semburan nyamuk dan ...bla bla bla...’

Hah. Lebih kurang la kot. Aku tak dengar pon announce tu sebab, memang tak dengar punya la kalau duduk kat tingkat 3 nih.

Dah tau ada semburan nyamuk tu kan. . Lepas habis exam Fizik tadi terus gi tempat lain selain ke blok asrama. Aku, Ac and Mirah pon gi la kat astaka, dekat tempat mengurut kaki tu. Hehe. Sampai dekat pukul lima petang jugak laa, tak da lagi sembur sembur tu.

Haiyoo. Bikin gua panasss jaa. Maksudnya tuu, memang tak jadi la semburan nyamuk tu. Aku rasa dalam otak bebudak KMK tym tu mesti menyampah giler punya la. Menyampah kat nate hijau yang mengganggu kami secara besar besaran! Dalam otak mesti punya pikiaq

Mesti ada lagi nate hijau tu malam nih, tak bule stadi lagi!

Tapi, Alhamdulillah sesangat. Malam tu, tak banyak nate hijau. Aku rasa aman gila kowtt. Aman sebab nate hijau tu tak mengganggu aku dan student KMK yang lain.

Semua orang mesti rasa hepi gila malam tu. Esok, paper Biology dan sains comp. Dua dua subjek ni kena baca. So, dah tak da alasan laa bebudak KMK nak bagi kan. Make sure buleh jawab esok tau!

Aku, aku tak ambik biology. So, buleh la nak tido sampai pukul 12 tengah hari! Ngeh ngeh ngeh. Kepada bebudak Modul 1 dan Modul 3 (akaun, aku tak pasti) gambate! Selamat jawab paper yang tak best tuu. Haha. Modul 3, jangan lupa paper sains comp petang ni yerkk . . .

GAMBATE ! !

Rabu, Ogos 03, 2011

nate hijo nih ! !

Assalamualaikum.

Sesungguhnya. Disaat ini aku amat la geram! Eeeeeeeeeeeee. 

Aku benci la dengan serangga hijau nih. Dia macam nyamuk jugak, tapi lagi liar dari nyamuk, lagi kecik dari nyamuk. Banyak gila kowt. Ni, kat bilik aku dah kurang sikit serangga hijau tuh. Tu pon sebab tutup lampu. 

aku curik dafi fb KMC sesi 2011/2012.

Kalau bukak lampu ? Alamatnya jadi macam dekat luar bilik aku laa. Aku nak story pon. Macam tak logic pulak.

Nak tau ? aku panggil serangga hijau tu, BINATANG lah, senang sikit. Kat luar bilik aku enn.. Fuhh. Banyak giler binatang tuh. Kalau keluar bilik, memang kena pakai google+mask tak pon macam yang angkasawan pakai tu.

Kalau binatang tu gigit, memang sakit la weh. Lebih dari nyamuk O.o.. sampai ada bekas dia gigit. Lagi banyak garu, lagi la banyak parut yang ada. 

Tensionnya akuu. Huwaaa

Kalo ada sesapa yang tau pasal binatang nih, aku montak tolongggg sangat story sikit macammana nak hapuskan binatang nih. 

Arghhhhh. Aku tension! Dengar lagi bebudak menjerit pasal binatang tu.
Dikala ini, aku memang tak leh nak study wehh. 

Cikgu! Saya mintak maaf bebanyak. Saya memang nak tidoo ja malam ni. Ni suma binatang hijau punya pasal! Arghhh.

typo ur name