L.O.V.E.




This page is about my family. 


Abah (Md Zuki b Mustaffa) - Anak pertama dari 5 org adk beradik.
Abah merupakan seorang pendidik, senang taip Cikgu atau lebih famous, Guru. Sekarang ni beliau dah pon pencen. :). Dilahirkan pada 22 Disember 1952. Berasal dari kedah, tempat tinggal aku yang sekarang ni lah. Rumah kami terletak di sebelah rumah ‘mak dan ayah’ kepada abah. Yakni Tok dan Tokwan la kaan. Huhu. Abah aku merupakan seorang yang tegas di sekolah, kat rumah, biasa biasa ja. Abah jugak seorang yang pandai berjimat. Mungkin sebab tu la, kami adik beradik tak pernah tak makan. 

Mak (Maisharah bt Wahab) – Anak kedua dari 10 orang adik beradik.
Pekerjaan Mak adalah sebagai suri rumah sepenuh masa. Akceli, Mak bekerja sebagai Cikgu semasa awal usianya, masa tu mak baru ja bernikah dengan abah. Aku tak tau laa umur mak berapa masa tu. Yang aku tau, lepas dapat kak sulong aku, mak berhenti kerja. Sebab nak tumpukan perhatian kepada family. Tetiba aku rasa rindu kat masakan mak. Uhuks.. Kehidupan mak dipenuhi dengan ujian dan dugaan. Mak dilahirkan pada 20 Julai 1959, berasal dari kedah jugak, tak jauh dari tempat tinggal abah. Dalam 15 minit perjalanan kot. 





Ni list adik beradik aku.

Kaah.
Mengikut jejak langkah Abah yaituuu berkhidmat sebagai seorang Guru, di Pulau Pinang. Seorang guru pendidikan khas di sana. Mengajar semua subjek yang relevan seperti Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan etc.. Kaah baru saja bertunang. InsyaAllah, kenduri akan datang..

Kak Mayah.
Anak kedua dalam femli aku. Dia pon seorang Cikgu jugak. Tapi tak mengajar sebab dia bernama kaunselor. Kerja kat Yan, Kedah. Sudah pon bernikah dengan seorang lelaki? Haha. Of kos la kan. Hujung tahun 2011 dilangsungkan akad nikah dan juga majlis perkahwinan. 

Kak Uda.
Yang ni, juga mengekori jejak langkah Abah. Dia mengajar kat Sabah. Dia mengajar Pendidikan Islam kat sekolah. Sudah bernikah pada hari raya ke-empat 2012. Telah melangsungkan majlisnya pada hujung tahun 2012. 

Jie.
He’s anak dan cucu kesayangan jugak la. Biasa, anak lelaki sulong kan. Dia masih lagi study kat UIAM ambik kos Ukur Bahan. Aku tak tau bila dia nak dapat ijazah. Hehe. Bagi aku, dalam bebanyak adik beradik aku, jie la paling pandai, dapat pendidikan yang aku rasa sempurna.. Haha. 

Pidin.
Dia ni suka menanam. Segala jenis tanaman dirumah aku, kebanyakkannya dia tanam. Dia dah pon ada Diploma dalam bidang Pertanian. Keluaran Kolej Risda. Sekarang ni, sedang belajar di UITM, Shah Alam. 


Kak Chaq.
Ni anak bongsu. Dia la paling banyak dimanjakan oleh kak kak aku sebab dia ni pandai berkata kata. Haha. Dia jugak banyak mendapat zat zat. Sebab tu la badan dia sehat. Adik aku nih lepasan SPM 2011. Dia ni agak berusaha laa, sebab dia tak la pandai sangat. Aku rasa result dia mesti ok banyak dari aku. (Dan terbukti bila dia dapat 7A 1B 2C). Haha..


Nothing much about my family. Conclusionnya, adik beradik aku kebanyakkannya tak la pandai sangat. Biasa biasa ja. Hanya dengan izin-Nya lah kami boleh merasai kehidupan yang tak senang, tak susah. Orang kata, cukup cukup makan. Alhamdulillah. Moga keluarga aku ni dilimpahi dengan rahmat-Nya juga hidayah-Nya.. Aminn..


:) Yang aku pasti, aku sayang femli aku lebih dari aku sayang kengkawan aku. Harap Maklum. 


Future husband.
Belum diketahui identitinya. Didunia atau disyurga, tetap akan bertemu jugak! Its unpredictable who is he. Haha. 

Chill. (:


Tiada ulasan:

typo ur name