Selasa, April 30, 2013

astaghfirullahal 'azim


O Allah.. What have i done?

Ya Allah.... Ampunkan aku.. 
Tak terniat untuk aku buat begitu. 

Ya Allah.. Apa yang cuba aku buat ni..

Ya Rahman, Ya Rahim..
Aku berserah padaMu Ya Rabb.





maaf aku tak terniat buat begitu kat hang.
truly,

Isnin, April 29, 2013

Rumah as-Salam


assalamualaikum....

moga adik adik kat sana berjaya dunia akhirat.. nice memory with them.


sesapa yang nak membantu, boleh search kat facebook. depa amat memerlukan sokongan dan bantuan kita semua. moh le kita tolong saudara disana. 
https://www.facebook.com/pages/Rumah-Anak-Yatimfakir-miskin-As-Salam-Langkawi/125144650993334




Jumaat, April 26, 2013

Le tour de Langkawi


Assalamualaikum.


Tomorrow, inshaAllah i will fly to langkawi. Opps, bukan fly. Naik bas dan feri. :). InshaAllah, aku dan group 1 RKM akan berangkat ke rumah anak yatim disana. Doakan segalanya berjalan dengan lancar.




Dengan izin Allah, inshaAllah. Moga perjalanan ini bermakna buat kami semua.

Rabu, April 24, 2013

Terseksa kerana dia



Assalamualaikum..


Akhirnya aku telah pergi menambah power kacamataku itu. Dek kerana ingin menukar lens itu, aku terpaksa meninggalkan kacamataku itu kepada kak long yang kerja di situ. Hihi. Skema~

Akibatnya, dalam kuliah psikologi, aku hanya mendengar tanpa melihat skrin di depan. Perit jugak rasa nak menengok tanpa spex mata kesayangan. The best is, semua orang aku nampak comel comel hari ni. Hahaha. Harap esok aku dah buleh dapat pakai spex aku balik. 



Terseksa tanpa dia. Truly,

Selasa, April 23, 2013

past is past



assalamualaikum...





sometimes.. when my past lalu lalang di kepala aku. aku betul betul menyesal. really wanna change my past. but past is past. tak ada siapa yang boleh ubah masa lalu. but we can change our destiny? right?




bergantung pada apa yang kita usahakan. kita boleh ubah takdir kepada takdir yang lain. itu yang aku faham. sebab aku faham, Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka berusaha mengubahnya..




past is past. it just a pastaaa.. permulaan bukanlah penentu kepada pengakhiran. so, be cool. hahaha. work hard to make our future work out.



Published with Blogger-droid v2.0.10

Isnin, April 22, 2013

hijab


Asslamualaykum...



hijabkan hatimu sebagaimana kau mennghijabkan dirimu.

.:: aku harap aku mampu untuk terus begitu ::.




Published with Blogger-droid v2.0.10

Ahad, April 21, 2013

I Want You Back



'N SYNC LYRICS



You're all I ever wanted
You're all I ever needed, yeah
So tell me what you do now
Cause (I, I, I, I, I,) I want you back 
It's hard to say I'm sorry
It's hard to make the things I did undone
A lesson I've learned too well, for sure
So don't hang up the phone now
I'm trying to figure out just what to do
I'm going crazy without you 


You're all I ever wanted
You're all I ever needed, yeah
So tell me what to do now
When I want you back 



Baby I remember,
The way you used to look at me and say
Promises never last forever
I told you not to worry
I said that everything will be alright
I didn't know than that you were right 



You're all I ever wanted
You're all I ever needed, yeah
So tell me what to do now
When I want you back 



I want you back 



You're the one I want
You're the one I need
Girl what can I do?
You're the one I want
You're the one I need
Tell me what can I do 



You're all I ever wanted
(You're the one I want) You're all I ever needed
(You're the one I want) So tell me what to do now
When I want you back 



You're all I ever wanted
You're all I ever needed
So tell me what to do now
When I want you back





faulty



Assalamualaikum..

google
Highlight : Guess its my fault! only ya..


Aku tak tau apa yang aku dah buat. Aku tak tau apa salah aku. So, aku cuma berdiam diri. Aku takut kalau aku buat silap lagi. Sungguh aku tak tau apa salah aku! 

I guess it is because of my fault and I feel like its all my fault!

dono sincere or not,


Jumaat, April 19, 2013

Kepercayaan


Assalamualaykum..




to be a better person than before is hard. but i know u can do it. take care of your self, so that i can be confident and believe you. will never leave me again.

-insanely from me to you-



.:: Sebab aku susah nak percayakan orang ::.

Isnin, April 15, 2013

Hilang



Assalamualaikum..




Mood aku hilang bersama kredit aku yang hilang. Disebabkan kecuaian aku sendiri. 


Minggu lepas, aku langgan surf pack seminggu RM18. Sebab aku balik rumah seminggu. Dan semalam, aku ingatkan ingatkan expired pukul 11. Rupanya expired pukul 10. Tak sampai sejam pon, depa ambik habis kredit aku. Kredit aku RM66++ hilang macam tu ja.



celcom : with my own hand!




Kak aku kata. Mungkin bukan rezeki aku. Halalkan saja. Tapi aku masih sedih dan berduka cita atas segala kecuaian dan kebodohan aku. 



Sekian, mood yang hilang.

Ahad, April 14, 2013

Personaliti Rambut



Assalamualaikum..


RAMBUT LURUS: Kamu seorang yang bijak dan happy go lucky. Kamu bijak mengatur sesuatu tanpa meminta bantuan daripada sesiapa, malah seorang bijak bergaya. Kamu tahu pakaian yang mana sesuai untuk diri kamu. Namun, dalam diam kamu juga seorang yang kuat cemburu dan suka bersaing.

RAMBUT KERINTING (TEBAL): Kamu seorang yang degil dan keras kepala. Kalau boleh kamu sahaja yang betul. Ada kalanya kamu sukar untuk menyelesaikan masalah. Namun, sikap kamu yang sangat peramah dan mudah didekati akan membuatkan kamu mempunyai ramai kenalan yang selesa berkawan dengan kamu. Wah, dalam diam kamu juga seorang yang agak romantik dan berbunga-bunga orangnya. Jadi, tidak hairanlah mengapa kamu disayangi ramai.

RAMBUT KERITING (HALUS): Kebijaksanaan kamu sangat terserlah berbanding yang lain. Namun, kamu seorang yang ego serta pemilih. Kamu cerewet memilih sesuatu, bukan apa, kamu mahukan sesuatu yang terbaik untuk diri kamu. Dalam perhubungan pula, kamu seorang yang agak romantik tetapi ada kalanya kamu bersifat cemburu buta. Sikap kamu itu membuatkan orang terdekat rasa kurang selesa dengan kamu.

RAMBUT IKAL MAYANG: Kamu seorang yang comel dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Kamu bijak mengatur langkah, bahkan tidak terburu-buru melakukan sesuatu sebaliknya kamu akan mengambil masa untuk memikirkan sesuatu sebelum melakukannya. Selain itu, kamu juga seorang yang berfikiran terbuka dan suka bergaul. Bila seseorang melukakan hati kamu, kamu mudah memaafkannya, namun kamu sukar melupakan apa yang terjadi.

RAMBUT BERUBAN: Kamu kurang bijak dalam mengatur sesuatu. Ada kalanya kamu suka termenung dan berfikir sesuatu yang bukan-bukan. Walaupun kamu kurang bercampur dengan orang ramai, kamu seorang yang sangat terbuka dan boleh menerima idea orang lain. malah kamu juga pandai menyelesaikan masalah kamu sendiri.

RAMBUT KUSUT: Kamu merupakan seorang yang suka bergaul. Kamu pandai menarik perhatian orang ramai. Dalam keserabutan kamu itu, sebenarnya kamu seorang yang bijak dan pandai. Walaupun kamu mudah didekati dan mempunyai bilangan kawan yang ramai, tiada siapa yang dapat mengagak sebenarnya kamu seorang yang bengis dan agak garang. Paling menarik, kamu tak suka nak marah tak tentu hala. Kamu marah pun mungkin ada sebabnya. Namun, dalam kebaikan yang ada pada kamu itu, kamu sebenarnya seorang yang sukar memaafkan orang telah menghancurkan hati kamu.

RAMBUT HALUS/LEMBUT: Kamu seorang yang memilih dan agak cerewet. Sifat manja yang kamu miliki agak menyenangkan orang di sekeliling. Kamu mudah memaafkan seseorang dan tegas dengan pendirian kamu. Kamu tahu apa yang terbaik dan apa yang tidak untuk kamu. Bukan itu sahaja, kamu juga seorang yang bersungguh-sungguh melakukan sesuatu pekerjaan. Malah kamu juga cekap dan cepat melakukan sesuatu yang diminta. Sememangnya kamu seorang yang boleh diharap.





** Ni ha, dah lama aku copy. Dan tak ingat pulak kat mana aku copy. Tapi aku dah bagitau nak copy. Hihi. Sori, nanti aku cari balik eh kat mana aku copy benda nih..**



.:: Nak kata betui ka dak, aku pon tak tau. Tapi bolehla sekadar baca tanpa percaya. ::.


Sekian,

Sabtu, April 13, 2013

Adik Kami, TV3



Assalamualaikum..





Nak meleleh ayaq mata aku tengok Cerekarama TV3, Adik Kami. 




See, tak semua orang bernasib baik. 



Kesian si abang, bersusah payah kerja. Berenti sekolah lagi untuk sara adik adik dia. Tup tup bapak sedara yang mata duitan menjual adik keciknya. Anak sulung, lelaki pulak tu, mestilah kena bertanggungjawab. Bagi aku, biar ja la dia berenti sekolah. Smart ja plan dia. Even berenti sekolah, dia tetap nak ambik STPM. Terpegun aku. Kalau aku, belum tentu boleh buat macam tu.

Si kakak pulak. Tabah. Tak daknya nak nangis depan si abang ngan Mala tuh. Padahal dalam hati... Aku rasa, baik dia bertabah daripada menangis. Nanti tak pasal pasal semua adik beradik dia asyik menangis. Bagus si kakak nih. Dah la kuat, sanggup bangun pagi pagi sediakan apa yang patut. Kalau aku? Maunya idakk ler nak bangun. Jaga adik kecik lagi.. 


Mala. Suka hati dia ja suruh bagi Adik Mia kat orang lain. Bila Adik Mia dah hilang, baru tau rindu. Menangis nangis cari adik dia. Bagi aku, Mala ni hanya menyusahkan ja. Ada ka patut lari pi rumah Bapak Sedara yang tak bertanggungjawab tuh. Memang patut kena marah. Kalau aku, dah lama aku lempang laju laju. Budak kecik, tak paham orang dewasa punya penderitaan.



Ct Z. Awat tak dak nama lain ka nak bagi kat si abang tuh.


Sekian sajalah my sight while menonton cerekarama nih. Nak tau lebih lanjut, sila bukak site yang betul. Hehe.


Jumaat, April 12, 2013

Bukan semua orang sama



Assalamualaikum..



Kopi adalah antara minuman yang aku susah nak buat bagi sedap. Bila aku bancuh air kopi, mesti takkan rasa macam mak atau opah aku buat. Tak sedap! Kalau mak atau opah aku yang buat, rasanya cukup cukup ja. Betapa aku tak reti buat air kopi sesedap itu.



Actually. Aku nak meluahkan rasa disini.



Bukan semua orang dianugerahkan rasa, bakat atau kebolehan yang sama. 

Google : Memasak

Contohnya, tak semua orang suka memasak atau pandai memasak. Macam aku. Haha. Aku ni bukan suka sangat memasak, dan tak pandai jugak memasak. Tapi bukan lah aku ni tak tau langsung nak masak. Just tau yang simple simple. At least aku kenal lah barang dan bahan untuk memasak. Walaupun bukan semua. :|. Kepada sesapa yang pandai memasak dan suka memasak. Best la hampa. Tak macam aku, kesian bakal suami. Haha. Alasan semata mata.


Bukan semua orang punya situasi yang sama.

Google : I'm taking ujian memandu

Contohnya aku kureng cekap bawak keta. Sebab aku tak selalu bawak keta. Kenapa? Sebab aku ada banyak kakak dan abang yang memang dah cekap bawak kereta. So, bila aku keluar dengan adik beradik aku, of course la depa yang memandu. Lainlah halnya dengan anak yang dalam kategori sulung. Ok. Situasi sebagai adik adik yang agak last ni sememangnya selalu tak tau buat apa sebab kurang dipercayai golongan sulung. :)(:.


Bukan semua orang lahir dalam keluarga yang islamik.

Google : Keluarga

Tak semua orang ada ibu bapa yang pentingkan agama seperti solat, pakaian, tingkah laku. Tak semua orang diberi kesempatan untuk mengenali Allah, Al-Qur'an dan sebagainya semasa masih kecil. Maka rugilah pada mereka yang lahir dalam keluarga yang mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna tapi masih lagi hidup dengan cara yang salah. Rugi besaq! Aku dalam golongan orang yang rugikah? 





Sekian sahaja.

Khamis, April 11, 2013

BUKAN DIA TAPI AKU - JUDIKA (OST SEDETIK CINTA)



BUKAN DIA TAPI AKU  

JUDIKA (OST SEDETIK CINTA)




Berulang kali kau menyakiti
Berulang kali kau khianati
Sakit ini coba pahami
Ku punya hati bukan tuk di sakiti


Ku akui sungguh beratnya
Meninggalkanmu yang dulu pernah ada
Namun harus aku lakukan
Kar'na ku tahu ini yang terbaik 

Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya 

Ku akui sungguh beratnya
Meninggalkanmu yang dulu pernah ada
Namun harus aku lakukan
Kar'na ku tahu ini yang terbaik


Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya 

Cintaku lebih besar dari cintanya
Mestinya kau sadar itu
Bukan dia, bukan dia, tapi aku 

Begitu beratkah ini...
Hingga ku harus mengalah...
Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya 

Cintaku lebih besar dari benciku
Cukup aku yang rasakan
Jangan dia, jangan dia, cukup aku
Jangan dia, jangan dia, cukup aku



untuk sinopsis sedetik cinta, boleh refer link di atas. :)


 

What Kind of Love Is In Your Heart



What Kind of Love Is In Your Heart??? :


You have storage love!!! Storage is love for your family. You and your family are very close. When something goes wrong or if you are questioning something you will go to your parents or a sibling for advice. Though you don't like to be disciplined you know its for your own good. You'd be devastated if you were ever cut off from them. I see a spouse and kids in your future.






Ni link dia : http://quizilla.teennick.com/hubs/love-quizzes

one more. 



Are you in love? :
Your confused. You think you like him/her one day, then the next day you don't. Or maybe you're just telling yourself that you don't like him/her, because you think that you guys wouldn't work out. All I can say is that you might not love this person... but you do like this person a little more than just a friend. All I can say is follow your heart. Not the words of others.




Jawapan yang aku dapat tuh agak agak kena dengan aku. Tu yang best tuhh.



.:: Hehe. P la try kuiz kuiz yang ada tuh. Best sekadar suka suki. ::.

Rabu, April 10, 2013

Old friends.



Assalamualaykum..


Tadi. Lepas solat maghrib, aku teringat kat sorang kawan. Old friend. Kawan yang agak rapat dengan aku masa darjah 5. Masa tu aku baru ja pindah kat sekolah tu. So, boleh dikatakan dia diantara kawan pertama aku dekat sekolah tu. Best friend ever la time tuh. 


Okay. Ini bukan entri pasal backstabber!


We are good friend actually.


Tak sampai 5 bulan aku dekat sekolah tu, kawan aku tu pindah ke sekolah lain. Dekat Sungai Petani tak silap aku. Disebabkan masalah keluarga rasanya. Aku sedih jugak la bila tau dia pindah. Sunyi sepi ja hidup aku. Selalunya aku akan keluar time rest dengan dia. Bila dia tak ada dengan aku, barulah aku rapat dengan yang lain.


Aku ingat lagi. Dia hantar surat dekat aku. Tulis atas kertas kotak kotak. Alaa, yang buku matematik tu. Dulu dulu ada la buku macam tu, sekarang nih tak da dah kot. Sweet giler ahh. Huhu. Aku tak reply pon surat dia. Kejam kan aku nih?


Siriesli. Aku rasa aku kejam. Kawan hantar surat penat penat, aku tak balas pon. Aku tau dia ada masalah. Aku tinggalkan dia macam tu ja. Masuk sekolah menengah pon, jarang sangat aku tegur dia. Ya laa, aku kelas depan sekali (aku kelas arab na, sebab tu dok depan) dia pulak kelas agak agak belakang. Sampai sekarang aku tak contact dia.


Hah. Aku baru jumpak Fb dia. Haha. Rupanya dia dah add aku. Aku yang tak approve. Sadis.



Apapun. Aku rindu kat hang. Tetiba ja kan? Haha. Allah bagi aku ingat kat hang. :) Macam mana pun hang, hang tetap kawan aku. 



Photobucket




.:: Moga Allah berikan dia secebis keinsafan, hidayah. Sebagaimana Dia beri pada aku. ::.


The Fact



We are alive for a reason.

So.

Don't give up.


Photobucket.com


ketawa pada diri sendiri. =.="




Isnin, April 08, 2013

Facebook Life




Assalamualaikum..


Hai. Aku baru lepas bukak facebook. Wonder what? Aku ternampak status someone yang menarik hati aku. Meronta ronta untuk aku bukak profile dia. Haha.


friends online **** lebih. tapi sombong. 

So nice word to see. Lepas aku tengok wall dia. Sadisly, aku telah klik unfriend. 

Oh. Why?

Google : unfriend

Sebab aku tak kenai dia pon. Mutual friends pon 2 orang ja. Bagi aku, for what simpan kawan maya yang aku tak kenai dalam facebook tuh kan. Lagi pun, agak la der. Nak kata orang sombong sekalipun, check diri sendiri dulu. Ada kau tegur friends kau yang banyak tuh? Ada? Ada? Tak ada pun. Watch yourself first.

Hah. Wondering jugak lah. Betul ka apa yang aku buat nih? 

Aku selalu jugak unfriend bebudak dalam facebook nih. TERutamanya yang status entah apa apa. Sikit sikit update pasal gf/bf dia. Rimas jugak aku tengok bebudak nih. Selalunya status bebudak perempuan laa yang macam tu. Lelaki kureng sikit. Don't worry, aku tak unfriend punyalah orang yang aku kenal. Especially member aku sendiri.

Aku cuma unfriend dengan certain orang yang aku tak kenal. Orang yang aku tak kenal, kalau dia selalu update something yang berfaedah, aku akan simpan. Bukan apa. Boleh mengingatkan aku waktu aku leka dan lalai. Harap aku nak bukak sendiri buku buku ilmiah, sirah, hadis, tafsir Qur'an.. Memang lambat sikit lah. :| Apa pon tak boleh...




Btw, thanks to insan insan yang berhati mulia. Yang mengingatkan aku dikala aku terlalu leka dengan dunia maya. Syukran jiddan. 



Ahad, April 07, 2013

cara buat sabun.



Assalamualaykum..


Sapa tau cara buat sabun menggunakan bahan natural? Sapa tau? Sapa tau? Tolong bagitau kalau tau.. Hehe.



Google

Dulu kat sekolah pernah la belajar buat sabun. Tapi tak jadik. Dan juga, aku dah tak tau bahan apa yang digunakan untuk buat sabun. 

Itu laa. Belajar. Tapi tak apply dalam hidup. Puihh. Tak berguna betul. 





Lirik Lagu Ku Pinang Kau Dengan Bismillah – Ungu ft. Rossa



by Lirik Lagu

Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Jumaat, April 05, 2013

Programming



Assalamualaykum..



Programming... Hurmm. Banyak language yang ada dalam programming nih. Ada yang senang, ada yang complicated macam C/C++.. Huhu.



Google

Ni dia languages dalam programming.. Banyak kan? Tapi buat masa sekarang aku cuma tau satu. C++ ja.


Aku teringin giler nak tau language JAVA. Haha. Berlagak giler.


Google

Satu lagi. Aku nak jugak expert dalam C sharp nih. Even bahasa C lebih kurang C++, tapi C lagi femes skang nih. 


Eisey.. Konon laa nak expert C. C++ aku pon berterabur lagi. Hampeh la..



Google

AC ngan Mirah belajaq C kan? Aku jeles kot. Haha.




Takpa takpa. Nanti aku bagi master C++ dulu nah. Bukan senang nak kreatifkan kepala otak untuk buat program. Kalau tak kreatif, nak start pon tak boleh. Yang boleh ditaip, 


#include<iostream>

using namespace std;

int main()

Haah. Tulis yang tu, sapa pon boleh der.. Tu tak masuk part function lagi, Object Oriented lagik.. Program tak boleh run pon kan kalau setakat taip yang tuu? Hahahaha.








Ada cara tak nak kreatifkan otak??





Khamis, April 04, 2013

100% Organik! Kolagen terbaik.



Pure Marina Collagen. 
Rumpai laut asli dari Sabah gred AAA. 100% Organik.
Boleh dibuat puding, diminum, dibuat mask, lauk, dsb...




Google. Gambar tengah ja xgoogle. 

Delivery Area Usm dan Alor Setar serta Kuala Lumpur...

Isnin, April 01, 2013

Khasiat dan Kelebihan Rumpai Laut



Khasiat Rumpai Laut
  • Nilai-nilai nutrisi 10x ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu (rm300/mangkuk)
  • Khasiatnya sama dengan sarang burung layang-layang (rm400 hingga ribu2 ringgit)
  • 24% kolagen ini bersamaan 2 keping sarang burung layang2
  • Ph bernilai 7.6
  • Kalsium- 37x lebih tinggi daripada hati ikan.
  • Antioksida – 55Ox lebih kuat dari vitamin C.
  • Vitamin A – 40x lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.
  • Protien – 21x lebih banyak dari susu.
  • Omega 3 dan Omega 6 – 2326x lebih banyak dari ikan.
  • Tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium,zat besi, magnesium, iodine, potasium,vitamin B6,B12,C,A,omega 3 dan antioksidanKaya dengan OMEGA-3 yang akan membuat kulit Kenyal dan Kencang
  • Penuh dengan Kolagen
  • Kandungan Serat yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir.
  • Kandungan Iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang
  • Sudah diiklankan dalam rancangan NONA 20 mei 2012 (pada yang sempat tonton lah)



Kelebihan Rumpai Laut
  • Melaraskan Berat Badan dan Hormon
  • Anti-bakteria, membuang Toksin
  • Menghilangkan Sembelit
  • Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi
  • Mencantikkan kulit, Melicin & Menegangkan kulit. (anti penuaan)
  • Meransang penghasilan Sel-sel baru kulit dan menyembuhkan Luka
  • Menguatkan Sistem Abdomen dan memelihara Kelenjar Tiroid
  • Memperbaiki masalah Kulit dan Rambut, mengurangkan Kedutan & Tempat Hitam, Selulit dan Jerawat
  • Membantu meningkatkan Metabolisma
  • Memejalkkan Payudara, Otot dan Punggung
  • Menurunkan tahap Kolesterol dalam tubuh
  • Melembutkan Tumit Kaki merekah
  • Menguatkan Tulang Sendi, menjauhi Artritis dan Osteoporosis
  • Meningkatkan Peredaran Darah, mengurangi sakit Bahu dan Belakang
  • Mencegah Kanser/Tumor
  • Meningkatkan fungsi Penghadaman/Pencernaan dan Merawat Gastrik
  • Mencegah Anemia
  • Memberi Kekenyangan/Diet
  • Meningkatkan Sel Rawan, Ligamen dan Otot
  • Memberi Tenaga




InshaAllah, dengan izinNya..


typo ur name